Cara Paling Mudah Letakkan Lagu Dalam Blog

cara, letak, lagu, dalam, blog

Memasang dan memasukan lagu yang diinginkan ke blog antara cara untuk mengubahsuai blog untuk kelihatan lebih menarik pada pengunjung-pengunjung blog. Ianya juga boleh membuatkan pelawat merasa seronok untuk berkunjung berulangkali.

Cara pemasangan lagu yang Dedaun Comel kongsikan pada kali ini merupakan, cara yang paling mudah iaitu melalui laman web SCM Music Player . dengan memasang widget dari SCM Music Player ini, anda tidak perlu mendaftar dan iaya percuma !

Selain itu, anda juga boleh meletakkan lagu sebanyak mana lagu yang anda suka dan boleh pilih samaada lagu terpasang secara autoplay mahupun manual. 

Tak juga nampak sangat blog tu krik, krik, kan? :D

Cara Letak Lagu Dalam Blogspot


Langkah 1

Pergi ke laman web SCM Music Player ( klik ). Lihat gambar di bawah dan ikuti langkah seterusnya.

cara, letak, blog, lagu
Letak Lagu Dalam Blog

Perhatikan pada gambar diatas. Pada bahagian ini, ada boleh memilih warna music player anda. Pilih warna yang anda rasa sesuai untuk blog,  klik pada butang bulat pada bahagian kanan. 

Seterusnya, tekan pada butang next ataupun tab Edit Playlist.

Langkah 2

Anda boleh pilih mana-mana lagu yang anda suka. Masukkan lagu dari Youtube dengan copy URL Youtube dan paste ke dalam kotak SONG URL. Untuk Song TITLE, taipkan tajuk lagu dan nama artis, atau terpulang kepada anda apa yang mahu ditaip sana.

Lihat contoh di bawah :

cara, letak, lagu, blog
Letak Lagu Dalam Blog


Langkah 3 

Selepas selesai letak lagu-lagu mengikut cita rasa anda, tekan tab Configure Setting, dan Dedaun Comel cadangkan biarkan setting tersebut. Cuma sekiranya, anda mahu kelainan, anda boleh ubah di bahagian Appearance.

cara, letak, lagu, blog
Letak Lagu Dalam Blog


Tekan butang Done, jika anda berpuas hati dengan Setting anda, dan selepas itu anda akan dibawa ke paparan seperti di bawah :

cara. tutorial, lagu, blog
Letak Lagu Dalam Blog


cara, letak, lagu, tutorial
Letak Lagu Dalam Blog

Kode HTML akan tersedia dan anda. Anda perlu ikut arahan yang diberikan dalam paparan tersebut.

Masukkan kod HTML daripada SCM Music Player ke dalam kod HTML blogspot anda selepas kode <body>

Selesai. Save dan lihat hasilnya. :)