PERATUSAN GAGAL BISNES ONLINE


buat, duit, online, gagal

Bagaimana kita boleh mengelak daripada kegagalan yang besar ?

Perkara yang perlu anda tahu tentang bisnes, setiap bisnes... ialah tiada jaminan kejayaan dalam setiap keadaan.

Sedangkan bisnes antarabangsa yang besar pun boleh gagal dalam menceburi persekitaran bisnes yang baru. Contohnya Nokia. Kegagalan selalunya adalah pilihan tapi kebarangkalian untuk kejayaan boleh ditingkatkan.

Anda boleh meningkatkan keberangkalian kejayaan dengan ➡

Mempunyai pelan SEBELUM memulakan bisnes online.

 
Ada pepatah popular yang mengatakan, " Sesiapa yang gagal merancang, merancang untuk gagal. " Pelan bisnes yang specifik untuk kejayaan perlu dibuat. Anda perlu ada langkah demi langkah dari point A ke point B disenaraikan dengan spesifik di mana melibatkan kos anggaran realistik untuk melaksanakan setiap langkah.

Kerja keras adalah perlu untuk mencapai matlamat. 


Jangan pernah menjangka semuanya sangat mudah. Anda akan merasakan anda betul setiap masa sekiranya anda menganggap kerja keras sangat penting kerana kejayaan tidak datang semudah yang dilihat. 


Kejayaan memerlukan usaha, masa dan kesabaran. 


Kadangkala perkara yang kita rancang dan mahu itu tidak berjaya pada cubaan pertama. Memang. Dan anda perlu bersemangat untuk cuba sekali lagi dan cuba lagi sehingga anda berjaya.

Jangan mudah terpedaya dengan skim cepat kaya. 


Dunia internet penuh dengan pemangsa menunggu mangsanya mencari jalan mudah untuk menjadi kaya. Ianya tidak wujud. Jangan pernah fikir ada cara mudah menjadi kaya kecuali anda anak menteri. 

buat, duit, online, gagal
Kredit gambar: behappy.me

Ingat statistik sebelum ini ! Sembilan puluh peratus daripada bisnes internet yang baru memulakan bisnes mereka gagal dalam tempoh 120 hari. Anda tidak perlu tergolong kepada 90% tersebut. Anda boleh menjadi sebahagian 10% yang berjaya dalam bisnes online :)

Teruskan membaca :
1. Kenapa Bisnes Online Gagal?
2. Peratusan Kegagalan Bisnes Online
3. Meningkatkan Peratusan Kejayaan
3. Asas Keusahanan Internet
4. Kunci Kepada Perkembangan Bisnes Online Yang Berterusan 
5. Ciri-Ciri Pelaburan Diri Yang Berkesan
6. Merancang Kejayaan