Rahsia Buat Duit Dengan Instagram


Buat Duit Di Instagram | Media sosial merupakan platform yang semakin popular untuk melakukan perkara seperti menyampaikan khabar berita, informasi, berkenal-kenalan dan merapatkan hubungan.

Apa yang orang ramai tidak tahu media sosial mampu menjadikan anda berpendapatan ribuan ringgit!

Ya, dengan Instagram anda boleh menjana pendapatan 4 angka !

Sebenarnya ramai yang perolehi pendapatan melalui Instagram ni, cuma mereka bukan jenis yang suka menunjuk-nunjuk pendapatan mereka.

Antara mereka yang buat duit melalui Instagram ini ialah mereka yang mempunyai bisnes sendiri.

Mereka juga mempunyai blogshop dan fanpage bisnes sendiri untuk memantapkan pendapatan mereka.

" Aik, mesti ada bisnes dan produk sendiri ke, baru dapat duit dari Instagram? "


Tidak semestinya. Dedaun Comel bagi tahu Rahsia Buat Duit Dengan Instagram, tanpa produk !

Teknik yang akan dikongsikan ini boleh digunakan tidak kira anda ada produk atau pun tidak.


Kenapa Perlu Guna Instagram Untuk Jana Pendapatan?



1. Modal.


Tidak perlu buat kedai dan melaburkan banyak duit untuk pengiklanan. Instagram itu la merupakan kedai anda. Buat akaun Instagram tidak perlu buat pinjaman bank ribuan ringgit seperti mahu buat kedai dengan tiang-tiang dan atap segala.

Malahan kedai Instagram anda sentiasa terbuka 24 jam secara online.


2. Berbeza Dengan Platform Lain.


Keistimewaan Instagram ialah ianya dikhaskan sebagai tempat perkongsian gambar-gambar yang menarik. Yang terbaru ia juga mengenalkan video dalam jangka masa 3 hingga 60 saat. 

Cuma gambar dan video pendek berserta caption. 

Sekiranya orang lain masuk ke profile Instagram, gambar dan video yang kita upload adalah tersusun rapi. 

Pelawat juga boleh skrol sampai gambar yang paling bawah dengan mudah dan cepat.


Langkah-langkah Pemasaran Instagram !



1. Kumpul Follower Anda


Sekiranya anda ada kedai, kedai yang mempunyai produk atau servis yang unik lagi menarik. Tetapi kedai anda terletak di tengah hutan, mungkin haiwan liar saja yang masuk ke kedai. 

Sama juga seperti kedai Instagram anda.

Tingkatkan followers Instagram supaya gambar anda sampai ke pengetahuan targeted audience.

Berapa ramai follower kalau nak buat duit dengan Instagram?

Menurut Huffingtonpost, anda perlu ada antara 5 000 hingga 10 000 followers.

Lebih banyak followers, lebih mahal nilai Instagram dan anda boleh mengenakan bayaran yang tinggi untuk servis yang anda tawarankan.

Bagaimana nak tingkatkan followers dengan banyak dan cepat? Dedaun Comel akan kongsikan sebentar lagi.

NOTA TAMBAHAN : Pengikut Instagram yang banyak tidak semestinya membeli produk anda. 

Contoh, sekiranya anda menjual botol susu berperisa durian, tetapi anda ada 2.6 billion followers dalam kalangan budak-budak baru nak up, memang peluang jualan anda tipis.

Tapi sama juga dengan followers 2, 3 kerat sahaja. Lagi tipis.

Apa yang penting, banyakkan followers dan pastikan mereka targeted audience anda.


2. Upload Gambar Stylo Dan Berkualiti


Ambil la gambar yang berkualiti dan upload dalam Instagram anda agar followers anda dapat lihat dengan jelas apa yang cuba anda sampaikan.

Ini dapat menyakinkan followers anda, yang anda mempunyai nilai tersendiri dalam mata mereka..

Kalau kualiti kamera yang tidak mengizinkan, boleh la edit dan tambah effect mengancam.


3. Caption Menarik, Lengkap dengan Hashtag


Lepas upload gambar, sertakan dengan caption penuh dengan ayat power dan mengancam agar followers bertukar menjadi pelanggan.

Upload gambar tanpa caption akan menyebabkan followers anda binggung sebab maklumat yang tidak cukup.

Dalam caption, lengkapkan dengan memberitahu kegunaan/kelebihan produk atau servis anda, cara pembayaran, macamana nak hubungi, cara penghantaran.

Paling penting HASHTAG Instagram.

Dengan ini, anda dapat sampaikan maklumat anda diluar daripada followers anda.

Maksudnya, orang yang bukan follow pun dapat nampak produk/servis yang anda tawarkan. 

Hashtag yang biasa digunakan ialah #sayajual, #sayajualmurah, #sayajualbaju, #sayajualonline


4. Rahsia


5. Pastikan Tiada Labah-labah Membuat Sarang Dalam Akaun Instagram Anda


Upload secara konsisten dan aktif membalas komen orang lain. Kalau kedai Instagram tu sunyi sangat, nampak macam takut pula orang nak datang.

Tunjukkan anda aktif dengan upload sekurang-kurangnya seminggu sekali dan rajin komen di akaun Instagram orang lain.

Kalau boleh, komen la di Instagram Nora Danish, Emma Maembong, Mia Ahmad, Neelofa.

Komen dekat Instagram mereka tu berpada-pada la. Komen yang berkaitan dengan gambar. Gambar selfie Nora Danish tapi komen " Saya jual ubat kurus dalam 5 jam. Visit my IG. "

Tak pasal-pasal kena block.


Gambar Instagram Nora Danish 


Gambar Instagram Mia Ahmad 


Kenapa Ramai Yang Tidak Berjaya Buat Duit Online?



1. Tidak Rajin Update Akaun Instagram


Semua nak senang. Lebih suka mengeluh daripada berusaha. Bukankah berusaha banyak dan kurangkan keluhan adalah lebih baik?


2. Tidak Sabar. 


Baru buat akaun Instagram hari ni, harapkan pendapatan cecah ratus ribu. Padahal follower baru 1 orang. Perlu berusaha dan konsisten baru la berjaya.


3. Tidak memajukan diri. 


 Rasa diri hebat dan banyak tahu tanpa mencari jalan untuk menambahkan ilmu.

Itu merupakan antara langkah-langkah dan tips permulaan untuk membuat duit melalui instagram.

Sekiranya anda betul-betul serius menjana pendapatan 4 angka sebulan, anda perlu baca Rahsia Buat Duit Dengan Instagram.


Rahsia Dominasi Instagram


Adakah anda perlu menghadap Instagram 24 Jam sehari untuk dapatkan ribuan ringgit sebulan? 

Perlu Produk?

 Tidak, hanya perlu main Instagram 1 Jam Sehari sekiranya anda tahu teknik rahsia berperingkat ini.


Rahsia #1: Teknik yang akan menjana anda pendapatan 5 angka di Instagram

Rahsia #2: Teknik pasti berjaya lulus pendaftaran jadi affiliate.

Rahsia #3: 3 ciri-ciri tawaran yang sesuai untuk pasaran di Malaysia.

Rahsia #4: 5 kategori tawaran yang akan menjanjikan durian runtuh. Apa dia 5 kategori ini?

Rahsia #5: Teknik setup kreatif untuk menjadikan akaun instagram anda bagai magnet penarik perhatian!

Rahsia #6: Teknik percuma & selamat jana trafik bertubi-tubi dengan segera

Rahsia #7: Kesilapan terbesar ketika menjana trafik & cara mengelakkannya

Rahsia #8: Cara mengembangkan bisnes ke infiniti, dan masih kerja 1 jam sehari sahaja!

Anda pasti anda bersedia dan serius untuk menjana wang daripada Instagram? Untuk mengetahui tentang rahsia ini anda boleh dapatkat e-Book : Rahsia Dominasi Instagram

Kesimpulan


Panduan ini tidak menjamin anda mendapat pendapatan 4-5 angka setiap bulan. Apa yang menjamin anda untuk mendapat pendapatan sebanyak itu ialah diri anda sendiri.

Setiap orang akan mendapat hasil yang berbeza-beza dan bergantung kepada keupayaan dan krediliti mereka.

Terpulanglah kepada anda sekiranya ingin menjana duit sebanyak 4 hingga 5 angka sebulan.

Tetapi sekurang-kurangnya dengan ini anda sudah ada panduan yang jitu untuk menjana duit dengan Instagram.

Sentiasa menambah ilmu dan semoga berjaya dengan tips yang Dedaun Comel kongsikan :)