Apakah Perbezaan Domain Dan Hosting ?


beza, domain, hosting

Sebelum ni Dedaun Comel, ada ceritakan tentang kebaikan mempunyai nama domain berbayar sendiri. Dalam posting ini pula pasal perbezaan antara domain dan hosting.

Apa itu Domain?


Domain merupakan alamat url ke blog/website anda.  Contohnya, seperti yang anda layari sekarang adalah domain berbayar, dedauncomel.com. Manakala, contoh subdomain percuma ada seperti dedauncomel.blogpost.com atau pun dedauncomel.wordpress.com.

Apa beza domain berbayar dengan domain percuma.

Apa perbezaan menggunakan domain berbayar dengan subdomain percuma? Bezanya cuma dengan domain berbayar lebih kepada mempunyai alamat/ jenama sendiri, salah satu cara untuk menunjukkan komitmen. kalau subdomain percuma kiranya anda menumpang alamat.domain mereka sahaja.


Pemilihan nama domain ni perlu la fikir masak-masak. Bukan sebab tak boleh ubah, cuma ianya ianya akan membebankan diri anda dan pelawat anda.

Pemilihan nama domain perlulah ringkas, mudah diingati dan elakkan kan memasukkan nombor-nombor. Contoh :

www.budakwicet_ciaciacia_13097.com

Antara kelebihan dengan domain berbayar ni, url/alamat blog anda boleh lebih pendek dan mudah diingati dan cepat terindeks dalam engin pencarian.


Apa itu Hosting ?


Hosting ni merupakan tempat data-data di simpan. Ianya seperti storage untuk menyimpan data-data seperti file, entri, gambar, komen dan segala kandungan dalam blog anda. Kiranya seperti diibaratkan rumah yang anda sewa/beli.

Apa beza hosting berbayar dengan hosting percuma.

Segala data anda dan maklumat anda adalah hak milik anda 100%. Menurut ShoutMEloud, ia mengatakan dengan mempunyai self-hosting, ianya lebih mesra SEO.

Dengan hosting berbayar, anda ada customer support sekiranya terdapat masalah dengan hosting anda, simpan data anda dengan selamat dan dipercayai dan mudah hendak monitor akaun.

Ada sesetengah orang yang mengatakan bahawa kalau guna hosting percuma seperti blogspot  dan wordpress tidak selamat kerana pihak mereka bila-bila masa boleh padamkan post/entri anda tanpa pengetahuan anda.

Pada saya, selagi tidak melanggari peraturan mereka, tidak salah mengunakan platform mereka secara percuma.

Biasanya mereka yang mempunyai hosting berbayar ini ialah mereka yang berdedikasi untuk blog/website mereka, fokus SEO, dan mempunyai entri yang banyak.

Apa beza domain dan hosting?


Domain merupakan alamat/url yang menuju kepada blog/website anda. Hosting pula ialah tempat menyimpan data-data seperti entri, post, gambar, komen dan maklumat-maklumat lain.

Kalau beli domain, perlu beli hosting?

Domain dan hosting adalah elemen yang berbeza. Boleh saja jika beli domain tanpa hosting. Tapi kalau nak beli hosting, kena ada nama domain.

Penting sangat ke beli domain dan hosting?

Terpulang kepada tujuan anda. Sekiranya anda hendak mempunyai jenama/branding sendiri, serius dan dedikasi untuk berblogging, mungkin anda perlu mempertimbangkan untuk membeli domain dan hosting. Sebagai  permulaan, beli domain dan hosting dengan harga yang berpatutan, 

Salah satu server domain dan hosting terbaik dan murah ialah dari iViperhost (Shiftserver).

beza, domain, hosting

Dengan mendaftar domain, anda boleh la buat nama domain cool dan menarik mengikut cita rasa anda sendiri. Sekiranya anda mempunyai masalah menukar blogspot ke .com, boleh baca sini : Cara tukar blogspot.com ke .com