Domain Murah Di Malaysia - Shiftserver

domain, malaysia, murah

Kenapa perlu ada nama domain ? Kenapa perlu bayar untuk domain? Sebenarnya boleh saja kalau tiada nama domain ni cuma domain ni penting untuk branding dan memudahkan orang lain untuk ingat nama blog/website anda.

Nama domain sangat terpengaruh kerana dapat membangunkan kepercayaan pengunjung kepada blog.

Baca : Kelebihan Domain Berbayar

Domain Malaysia Yang Murah


Dedauncomel.com didaftarkan di bawah iverperhost (shifserver). Antara sebab saya pilih siiftserver ni ialah kos untuk daftar sangat murah dan berbaloi. Ya la, buat apa bayar lebih untuk servis yang hebat sedangkan anda boleh dapat dengan harga yang jauh lebih murah kan ?

 

Kelebihan Daftar Domain di Shifserver


Murah dan Berbaloi


Harga semestinya menjadi masalah kepada kita yang baru nak memulakan blog. Sesuatu yang mahal pasti akan mempengaruhi pilhan anda untuk membeli sesuatu atau tidak. Oleh itu Shiftserver memberikan harga domain antara paling murah di Malaysia.

Ketika artikel ini ditulis, untuk pendaftaran tahun pertama, domain cuma RM 35.00 setahun ! Untuk untuk tahun berikutnya ialah RM 40.00.

Starter Pack
Domain : RM 35.00
Server : RM 15.00 sebulan
Keseluruhan RM RM45.00

Customer Service yang ramah dan pantas


Setiap orang mesti ada benda yang pertama kali mereka buat kan? Begitu juga dengan saya. Untuk tukar dari blogspot ke .com agak membingungan untuk pertama kalinya. Setelah setting dengan baik, blog ini tak keluar dekat enjin pencarian google.

Dan saya pun balik-balik tanya kepada kotak chat yang disediakan, ternyata soalan saya cepat dibalas dan diselesaikan. (Itu pun sebab saya silap setting domain saya.)

Masalah, persoalan dan keluhan cepat diselesaikan. Kepada yang baru nak setting domain dan ada masalah boleh tanya terus kepada mereka.

Kemudahan akses domain.


Pemilihan nama domain sangat mudah dan design website yang menarik, sangat meningkatkan kepuasan mereka yang mengunakan servis ini.  Selepas daftar dengan shifserver, kalau anda  pergi ke Home anda akan lihat pemilhan warna website yang minimalist serta cantik.

Proses pembayaran yang mudah.

 

Terdapat 3 pilihan cara pembayaran iaitu melalui:

  1. MEPS-PFX (CIMB/MAYBANK)
  2. Bank transfer
  3. Paypal
Untuk pembayaran secara MEPS-PFX dan paypal, pengesahan akan dilakukan secara automatik. 

Untuk pembayaran secara bank transfer anda perlu mengirimkan maklumat seperti invoice number, bank receipt, reference number melalui email kepada sales@shiftserver.com.

Pihak shiftserver akan mengesahkan pembayaran anda dengan menghantar email kepada anda.

Baca : Cara Tukar Domain Blogspot ke .Com

domain, malaysia, murah
 
Memang terbaik kan? Sudah la murah, servis pun setanding dengan  syarikat-syarikat yang lain. Saya memang sarankan anda gunakan servis mereka. Boleh Daftar Sini kalau berminat.

Cuma satu benda saja yang kurang menarik tentang company mereka.

Saya dah senaraikan kelebihan domain dari Shifserver ni dan hanya satu menghairankan saya sebab syarikat ni ada dua jenama/nama/brand ? iViperhost dan Shiftserver.

Selain itu, mereka memang menyediakan servis domain murah dan terbaik di Malaysia.