Meditasi dan Manfaat Meditasi Kepada Diri dan Orang Lain

Apakah itu meditasi?


Manfaat Meditasi


Meditasi yang akan dibincangkan dalam artikel ini bukan la Kumpulan Meditasi yang pernah popular pada suatu ketika dahulu.

Meditasi yang dimaksudkan ialah salah satu cara untuk mendapatkan kesedaran tentang apa yang berlaku dalam minda kita.

Dalam dunia serba sibuk ni, kadang-kadang kita tidak sedar dengan apa yang berlaku sekeliling kita dan apa yang berlaku di dalam minda kita.

Pernahkah anda berkata kepada diri anda, “ Cepatnya masa berlalu. Tak sedar-sedar dah nak habis tahun dah ni.”

Hal ini kerana dalam minda terlalu banyak fikiran-fikiran yang menganggu kita untuk fokus dengan persekitaran.

Dengan meditasi , sesorang itu mampu untuk mengawal perasaan kerana dia sedar tentang apa yang bermain di fikirannya.

Terdapat beberapa cara untuk meditasi yang ada dan setiap orang mungkin mempunyai sebab masing-masing untuk bermeditasi.

Meditasi ada kalanya disalah anggap sebagai amalan yang cuma dilakukan oleh sami atau penganut agama lain.

Sebenarnya meditasi boleh dipraktiskan oleh sesiapa saja dan mengikut kajian para pakar neurologi, meditasi boleh membantu dalam perkembangan otak dan juga memberi manfaat kepada tubuh badan. [Sumber


Antara manfaat meditasi ialah


Mengurangkan tekanan akibat perkerjaan yang sibuk

Akibat kerja yang banyak dan arahan dari ketua yang tidak pernah memahami tugas anda, minda anda bercelaru. 

Tapi kerja perlu terus dilakukan untuk mencari sesuap nasi. 

Meditasi mengelakkan anda untuk terus berserabut dan menyelesaikan tugas satu persatu dengan fikiran yang tenang.

Meningkatkan keyakinan

Fikiran yang tenang, meningkatkan kenyakinan kerana tidak perlu risau dengan fikiran negative yang bakal menganggu minda.

Mengurangkan depressi/kemurungan

Dengan sedar tentang perkara yang boleh menyebabkan pemikiran mencadi kacau bilau. Meditasi boleh meleraikan kekusutan dan kemurungan/depressi.

Merapatkan hubungan dengan orang sekeliling

Emosi yang stabil dari minda yang stabil membolehkan seseorang peka dengan hubungan dan komunikasi dengan orang lain lalu menjadikan hubungan antara rakan dan keluarga semakin baik.

Meningkatkan fokus

Mereka yang bermeditasi dapat menghiraukan kesalahan masalah lalu dan member tumpuan untuk masa yang sekarang.


Pada mereka yang memulakan meditasi, ianya memang tidak semudah yang disangka. 

Bila kita cuba untuk mengosongkan minda, terdapat fikiran yang akan menganggu seperti terkenangkan kisah-kisah dan kesilapan yang lalu atau pun memikiran apa akan terjadi pada masa depan.

Antara tujuan meditasi adalah supaya menyedarkan bahawa kita bukan berada pada masa lalu ataupun masa harapan. Kita berapa pada masa sekarang, pada saat ini.

Mungkin susah untuk difahami. Menurut buku The Power of Now, antara sebab kita berasa murung adalah disebabkan masa lalu dan yang menyebabkan kita sentiasa risau adalah disebabkan masa hadapan,

Penulis buku The Power Of Now , Eckhart Tolle juga, perkara dulu suda berlalu dan tiada ada apa yang dapat mengubahnya dan masa hadapan belum berlaku tidak banyak yang boleh kita lakukan. 

Oleh itu , fokus apa yang kita boleh lakukan sekarang, pada saat ini.

Dengan itu kita dapat tenangkan diri dari masa lalu yang telah pergi dan masa hapadan yang belum berlaku.