Bantulah Sekiranya Mampu

Tags

bantu-membantu


Pernahkah anda berada dalam kesusahan dan tiada orang yang datang membantu anda?

Pernah anda meminta bantuan dan tiada orang yang datang membantu anda?

Mungkin anda tidak pernah.

Sesiapa yang pernah merasanya pasti rasa deritanya di dalam dada.

Membantu antara satu sama lain merupakan perbuatan yang indah.

Ingatlah satu kebaikan akan mencipta seribu kebaikan lainnya.

Kadang-kadang kita terfikir apa yang boleh kita lakukan untuk membantu orang lain. Bantu la sekiranya mampu yang penting ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Itu la yang terbaik.

Baru-baru ini ada kawan blogger yang mengalami masalah yang serius. Mungkin ramai dalam komuniti blogger tahu tentang ini, mungkin ada juga yang tidak tahu.

Apa yang dimaklumkan kepada saya, masalah beliau tidak boleh dibincangkan entri blog kerana ia agak sulit.

Blogger yang saya maksudkan ialah Suria Lekat-Lekit.

Boleh baca tentangnya di blog beliau  lekatlekit.com

Mungkin anda mengenali Kak Suria ni dengan taglinenya Apa Yang Melekat Lekit Hari ini

bantu-membantu



Bagaimana kita dapat membantu Cik Suria ni?


1. Paid review


Siapa-siapa yang ada produk atau servis untuk dipromosikan. Boleh la minta review berbayar dari beliau. Harga mampu bayar dengan penulisan yang santai.


2. Pakej Iklan Viral


Cik Suria akan viralkan produk atau servis anda. Saya yakin dengan pengalaman beliau bertahun-tahun dalam  dunia blog ni, produk anda boleh laku keras.


Sekiranya berminat untuk menyumbang melalui pakej pengiklanan beliau boleh la hubungi whatsapp 017 2429610.


3. Beri trafik



Semua orang pun tahu traffic merupakan antara benda yang penting untuk blogger. Sumbang la beberapa trafik yang mampu dengan melawat blog beliau ataupun dengan klik sini : lekatlekit.com


4. Share artikel ini


Mungkin ada lagi yang tidak mengetahui tentang masalah yang dihadapi Cik Suria. Jadi sebarkan bagi membantu belau agar lebih ramai yang menghulurkan bantuan.


Hari ni hari beliau. Hari kita, kita tak tahu.


bantu-membantu