Adakah anda tahu apakah itu SEO dan bagaimana ia boleh membantu anda.? Dalam posting ini. kita akan berkenalan dengan lebih jauh mengenai dengan SEO serta kepentingannya.
SEO merupakan singkatan kepada Search Engine aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan qunatiti dan kualiti traffik anda perolehi melalui enjin pencarian seperti, Google, Yahoo dan Bing.
Dengan bahasa yang lebih mudah di fahami, dengan SEO kita dapat meletakkan blog kita berada di halaman pertama enjin pencarian.
Biasanya orang akan klik blog/website yang berada pada halaman pertama enjin pencarian berbanding halaman kedua dan ketiga
Kenapakah SEO penting untuk Anda?
Bayangkan anda baru saja buat kedai membuka sebuah perniagaan. Sebagai contoh, anda membuka kedai makan. Sudah pasti anda mahu kedai anda sentiasa dikunjungi.Lain lah kalau niat anda buat kedai makan untuk makan sendiri.
Tapi saya tak buat kedai makan, saya buat blog
Tiga Kepentingan SEO
1. Menjana Pendapatan Online
Sekiranya anda menjalankan bisnes selalui internet atau menbuat affiliate internet, semakin ramai pembeli yang akan datang ke website anda, dan semakin besar peluang anda membuat jualan. Orang yang mencari melalui enjin pencarian mengenai informasi atau pun sesuatu produk mempunyai niat membeli yang tinggi kerana mereka berniat dan berusaha untuk mencarinya sendiri.
2. Website/blog Akan Dikenali Ramai
Jika anda mendapat lebih banyak pengunjung, maka ianya akan dikenali ramai. Sudah tentu anda juga dikenali ramai. Sebagai contoh, pengunjung menaip perkataan yang di cari melalui Google, seringkali nampak website/blog anda di muka halaman pertama.
3. Mendapat Kepercayaan.
Kepercayaan sangat penting, lebih-lebih lagi dalam menjalankan bisnes online. Anda dapat menukarkan pengunjung menjadi pembeli. website/blog menduduki kedudukan pertama dalam enjing pencarian akan dipadang sebagai website/blog yang dipercayai sehingga membolehkan pengunjung yakin dengan urusan jual beli. Sekiranya anda tidak tidak menjual pun, pengunjung percaya anda dengan memberikan maklumat yang berkualiti.
Apakah elemen yang penting dalan SEO?
On Page SEO
On Page SEO merupakan teknik SEO yang dilakukan dalam website/blog itu sendiri. Ianya terdiri daripada perkara-perkara kecil yang memberi impak besar dalam enjin pencarian. Antara perkara yang terlibat dalam On Page SEO ialah :
- Title Tag
- Decription Blog
- Permalink (URL)
- Heading ( h1, h2, h3 )
- Image & ALT Image Tags
- Internal Linking
Off Page SEO
Berbeza dengan On Page SEO yang fokous kepada internal website/blog, Off Page SEO merupakan perkara yang kita perolehi melalui external website/blog. Cara memantapkan Off Page SEO ialah dengan berusaha mendapatkan backlink berkualiti yang menuju ke arah blog kita.
Apak itu backlink? Penting kah backlink kepada kita? Backlink itu adalah sebuah link yang berada di website lain. Apabila link itu diklik, maka orang yang menekan klik tadi akan diarahkan kepada website/blog anda. Jadi backlink ini mempunyai peranan yang penting dalam memantapkan SEO.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang backlink, BACA SINI
Itu la sedikit sebanyak tentang SEO secara ringkas yang dapat Dedaun Comel kongsikan. Semoga dalam posting akan datang, Dedaun Comel akan kongsi tentang SEO dengan lebih mendalam. Terima kasih kerana membaca :)