Apakah Itu Backlink? Dan Kelebihan Backlink

Tags

 backlink, kelebihan, apa, itu


Backlink merupakan link ataupun pautan yang menghala ke blog kita. Backlink boleh datang dalam pelbagar sumber seperti Facebook, Twitter, Google+, Youtube, Forum, laman ping mahupun dari blog lain. Dengan backlink ni, kita berpeluang membolehkan enjin pencarian untuk meletakkan blog kita dalam halaman pertama mereka.

Backlink : Link DoFollow

Link DoFollow merupakan link yang akan membantu anda untuk menuju puncak halaman utama dalam enjin pencarian. Hal ini kerana link ini akan menghantar signal-signal jelas kepada enjin pencarian.

Backlink : Link NoFollow

Link NoFollow ialah pautan ke blog kita juga tetapi tidak memberi kesan yang jelas untuk meletakkan kita di tangga teratas enjin pencarian. Walaupun begitu, kedua-dua jenis link ini perlu dibagi perhatian yang seimbang agar kedua-duanya mendapat kasih sayang yang sama rata.

MITOS : Link DoFollow sahaja yang memberi kesan kepada enjin pencarian, oleh itu, isikan blog dengan backlink hanya dengan DoFollow link. Salah. Kedua-dua jenis backlink perlu digunakan sebaiknya untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

backlink, kelebihan, apa, itu
Kelebihan Backlink

Kelebihan Backlink: 


Menaikkan Populariti Blog


Mesti la blog kita akan menjadi popular, sebab sesiapa yang cari maklumat di google dengan menaip keyword kita, haah mesti nama blog kita ja balik-balik dalam first page google.

Meningkatkan Kedudukan Blog Dalam Hati Enjin Pencarian


Dengan pautan-pautan dari berbagai sumber, enjin pencarian menganggap blog kita mempunyai aspek-aspek sebuah blog yang boleh dipercayai dan kacak. Oleh itu mereka pun jatuh cinta pandang pertama.

Mempertahan Posisi Blog Dalam Mesin Pencarian.


Bila kita sudah berjaya mendapat kedudukan yang dalam enjin pencarian, dengan backlink ni, dia boleh kekalkan kedudukan blog dalam enjin pencarian dalam tempoh yang lama.

KESIMPULAN : Backlink merupakan salah satu teknik SEO untuk meningkatkan trafik.

backlink, kelebihan, apa, itu
Hati-hati k

NOTA : Kuantiti backlink yang banyak tidak semestinya membantu dalam meningkatkan posisi di enjin pencarian. Yang perlu diambil perhatian adalah kualiti backlink. Dapatkan backlink secara perlahan, berhemah dan berhati-hati. Tindakan yang melulu akan memberi kesan negatif kepada blog anda.