5 Jenis Iklan Yang Anda Perlu Tahu

Tags

Setiap orang ada niat masing-masing untuk membuat blog. Ada yang suka-suka, ada yang minat dan ada nak buat duit sampingan, ada juga memang blogger sepenuh masa. Tak kira apa niat sekalipun,  yang penting happy. Tapi niat yang positive la ye, niat yang membawa keburukan, buang jauh-jauh.
jenis, iklan, dalam, blog

Bagi yang mahu membuat duit melalui blog, salah satu caranya ialah melalui pengiklanan. Iklan ni ada banyak jenis. Kenapa kita perlu tahu jenis iklan ni? Sebab kita boleh memaksimumkan pendapatan daripada blog.

Contoh, sekiranya kita tahu satu jenis iklan seperti CPM, nanti penuh blog dengan banner, semata-mata nak kejar impresssion. Selain itu, dengan mengetahui jenis iklan, kita boleh sesuaikan iklan-iklan tersebut dengan design blog, jenis pelawat dan lokasi yang sesuai.

Jenis Iklan Yang Anda Perlu Tahu


1. Cost Per Mile ( CPM )


Iklan jenis ini membayar membayar kita berdasarkan setiap 1000 view. Nama lain bagi CPM ialah Cost Per Impression.  Iklan CPM lebih mudah untuk menjana wang kerana ia tidak memerlukan pelawat untuk klik pada iklan. Rate biasa disebut oleh syarikat pengiklanan ada seperti $1-$4 per CPM.

CPM sangat sesuai dipasang di blog yang mempunyai trafik yang banyak.

2. Cost Per Click ( CPC )


Seperti namanya sendiri, CPC membayar kita melalui jumlah klik yang kita perolehi pada iklan tersebut. Iklan ini susah sikit untuk dapat duit berbanding CPM sebab ia memerlukan kita meletakkan banner/iklan di tempat yang paling sesuai. Yang bagusnya, sekiranya iklan CPC berada di tempat yang sesuai, blog dengan trafik rendah pun boleh banyak untung.

3. Pay Per Post ( PPP )


Iklan ini juga dipanggil sebagai Paid Review. Iklan jenis ini antara yang paling mahal sebab satu post seja boleh dibayar ratusan ringgit, mungkin juga ribuan. Baru satu, kalau sepuluh? 

Sayangnya pengiklan jenis membayar per post ni mencari blog yang berkualiti, tinggi trafik dan femes untuk berkerjasama. 

4. Cost Per Action ( CPA )


Iklan jenis ini cuma akan membayar kita sekiranya transaksi berjaya. Sekiranya view dan klik mencapai 2.6 billion, kita tetap tidak akan dibayar sekiranya tiada aksi (action) dilakukan. Haah bukan aksi lain. Aksi seperti pembelian atau menghantar alamat email kepada pengiklan.

5. Pay Per Download ( PPD )


Pengiklan akan membayar sekiranya ada muat turun yang berlaku. Kita akan dibayar untuk setiap 1000 muat turun yang dilakukan. Jelas, terang lagi bersuluh, iklan ini sesuai untuk blog yang menyediakan perkhidmatan seperti download movie, mp3, video, software dan game.

Itu la antara jenis-jenis iklan yang perlu kita tahu. Pentingnya jenis iklan ini supaya kita dapat bezakannya, sesuaikan dengan blog kita dan gabungkan, kalau boleh.