Cara mudah memasang Disqus di blog anda. Disqus merupakan salah satu sistem komen yang digunakan untuk memaparkan pendapat serta perbincangan dalam blog dan website anda.
Widget Disqus sebenarnya sudah lama bertapak dalam dunia blogging dan ramai menggunakannya.
Akan tetapi dalam beberapa tahun lalu, widget ini mempunyai bug/glitch atau pun ketidakstabilan dalam widget membuatkan ramai yang memilih untuk mengunakannya lagi.
Namun glitch tersebut telah pun diperbaiki dan kehebatan Disqus kembali menyerlah.
Kenapa memilih untuk mengunakan Disqus sedangkan komen blog lain sudah disediakan? Apa yang membuatkan Disqus lebih menarik berbanding sistem komen yang lain?
Bagi saya, Disqus nampak lebih elegan, reponsif dan rapi.
Selain itu, banyak lagi kelebihan lain Disqus, tapi untuk posting ini, kita bercerita tentang cara memasang Disqus di blog dulu. Kebaikan memasang Disqus kita akan cerita di lain artikel.
Cara mudah memasang Disqus di Blog
Sekiranya anda belum mendaftar dengan Disqus
1. Buka laman web Disqus
2. Klik Get Started
3. Klik cara pendaftaran yang anda mahu samaada Facebok, Twitter ataupun Google
4. Setelah selesai pendaftaran, anda klik "I want to install Disqus on my site"
5. Isi Nama Blog anda dan apa-apa kategori yang berkaitan. Lepas tu klik "Create Site"
6. Pilih platform yang anda guna untuk Disqus. Blogger
7. Tekan item dalam senarai yang pertama
8. Anda akan dibawa ke paparan seterusnya. Klik add widget
9. Selesai. Untuk pastikan anda berjaya pasang widget Disqus. Pergi ke akaun blog anda. Klik pada layout , pastikan ada widget disqus dan klik save arrangement.
Senangkan ?
Jika anda nak pindahkan komen-komen yang sedia ada ke Disqus anda boleh periksa langkah 6 dan klik item kedua dari senarai tersebut.
Dengan itu, semua komen lama akan terpindah ke Disqus secara automatik.
Sekarang anda boleh gunakan komen Disqus dengan mudah ;)