Sebelum mengunakan bermacam-macam teknik dan kaedah SEO yang mantap, adalah lebih baik kita menetahui dan berkenalan dengan lebih dalam tentang cara dan prosedur enjin pencarian seperti Google, Yahoo dan Bing menemui website/blog kita.
Asas ini adalah penting kerana dari konsep ini la kita dapat terapkan SEO yang lebih effektif dan tepat. Jadi Dedaun comel senaraikan bagaimana website/blog anda dapat mendapat tempat dalam halaman pertama enjin pencarian.
- Pertama sekali, penguna enjin carian akan membuka laman tersebut.. Sebagai contoh penguna mengunjungi www.google.com
- Setelah laman Google terbuka, penguna boleh menaipkan kata kunci untuk mencari informasi. Sebagai contoh, penguna mencari tips dan teknik menjana duit secara online, maka penguna itu perlu memasukkan kata kunci " cara buat duit online ". Dan tekan Enter.
- Proses kerja enjin carian akan berlaku dengan sangat cepat dan ketika ianya berlaku maka algoritma turut berjalan. Algorithma? Apa tu?
Algoritma merupakan istilah matematik dan pengiraan yang bermakna dan mengerakkan arahan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Algoritma ini la yang berfungsi untuk menampilkan hasil carian melalui kata kunci
* Algorithma ini lah yang memilih website dan blog yang paling berkait dan releven dengan perkataan (keywords) yang di taip dalam search box enjin pencarian. Namun apa yang perlu anda ketahui, algoritma tidak mencari perkataaan yang ditaip semasa anda menekan butang Enter, tetapi algorithma hanya memilih hasil pencarian yang sudah ada pada database enjin pencarian.
Membingungkan? Anda akan lebih faham tentang ni sekiranya anda membuat dan menghantar sitemap website dan blog anda kepada enjin pencarian.
Database (index) enjin carian ini sebelumnya sudah di disiapkan terlebih dahulu oleh spider/crawler yang di miliki oleh setiap enjin pencarian.
* Setelah algorithma enjin carian selesai bekerja, maka hasil carian tersebut yang releven dan berkait rapat dengan kata kunci (keywords) yang di taip oleh penguna akan dirpaparkan.
Jadi dapat kita simpulkan bahawa dalam memantapkan SEO, sebenarmya tujuan kita adalah untuk membuat enjin carian menjadi lebih baik dan mengenali website/blog kita. Jadi perlu kita ketahui mengenai algoritma bahawa setiap enjin pencarian mempunyai algoritmanya tersendiri.