Tutorial : Cara Tukar Domain Blogspot.com Kepada .Com

Cara, tukar, domain, .blogspot, .com

Cara Tukar Nama Domain Di Blogspot | Dengan menukar nama ke domain.com, blog kita akan kelihatan lebih padu dan profesional. Dengan ini, kepercayaan pembaca terhadap blog juga meningkat. Selain itu, nama blog juga mudah diingati serta ia juga merupakan penjenamaan terhadap nama blog.

Sebelum memulakan petukaran domain, kita hendak la membeli nama domain daripada website yang menyediakan perkhidmatan penyediaan hosting. Dedaun Comel mencadangkan membeli domain daripada ShiftServer kerana mereka menyediakan domain dengan harga yang murah dan bagus.


Tutorial selanjutnya merupakan cara untuk menukar blogspot.com ke .com melalui domain yang di beli melalui  ShiftServer. Anda boleh juga membeli domain dari website lain seperti Hostgator dan ikuti tutorial ini  Sebab proses menukar domain berbayar adalah lebih kurang sama.

Tutorial Cara Tukar Domain Blogspot.com Kepada .Com :


1. Dapatkan nama domain anda.

2. Dari Dashboard > Settings > Basic. 

 Cara, tukar, domain, .blogspot, .com

3.  Tekan pada +Set up a third-party URL for your blog. Masukkan domain yang anda telah beli. Dalam format www.namadomain.com. Contoh. www.dedauncomel.com dan Save.

 Cara, tukar, domain, .blogspot, .com

4. Pastikan anda tidak terkejut beruk apabila nampak amaran yang muncul yang mengatakan bahawa masalah dengan domain yang anda telah masukkan. JANGAN RISAU. Ini adalah normal.

 Cara, tukar, domain, .blogspot, .com

5. Maklumat penting akan muncul seperti yang ditunjukkan di bawah :

 Cara, tukar, domain, .blogspot, .com

6. Masuk ke laman web untuk domain yang anda telah daftar. Klik pada My Domain, pastikan nama domain anda yang betul dan klik pada Manage DNS.

 Cara, tukar, domain, .blogspot, .com


Cara, tukar, domain, .blogspot, .com

Cara, tukar, domain, .blogspot, .com


Selepas itu akan muncul DNS MANAGEMENT. Akan ada tiga bahagian penting dan anda perlu copy paste code pada bahagian yang betul supaya nama domain anda berjaya di tukar. Tiga bagagian penting ini ialah  HOSTNAME, RECORD TYPE dan ADDRESS

NOTA : Fokus pada langkah seterusnya kerana ia agak mengelirukan :)

7. Klik pada Record Type dan pilih CNAME (Alias).

Ikut maklumat penting yang dinyatakan pada langkah ke 5.

Masukkan www pada bahagian Host Name
Masukkan ghs.google.com bahagian Address 

8. Ulang langkah 7 untuk baris seterusnya.

Masukkan maklumat yang betul pada bahagian Host Name dan Address.

9. Tekan Save Change.

Cara, tukar, domain, .blogspot, .com
Cara Setting Maklumat Dalam Host Name, Record Type dan Address

10. Untuk pastikan pertukaran domain berjaya, tambah maklumat pada baris seterusnya dengan cara ini. Klik pada Record Type dan pilih A (Address). Masukkan nombor-nombor ini.

216.239.32.21
216.239.34.21
216.239.36.21
216.239.38.21

Biarkan kosong pada bahagian Host Name untuk baris yang ke 3 hingga 6. Tekan Save Change.

11. Tunggu dalam masa 24 jam dan biarkan dulu blog anda dalam keadaan blogspot.com. Anda tidak perlu lakukan apa-apa dalam tempoh ini. Cuma perlu bersabar.

12. Selepas 24 jam, masuk semula ke akaun blogger, Dashboard > Settings > Basic , kemudian masukkan nama domain anda, iaitu www.(nama-domain-anda).com dan klik Save.

13. Berjaya. Dan anda boleh la view blog anda dengan nama domain baru anda. Tahniah !

NOTA : Sekiranya terdapat amaran tidak berjaya selepas anda tekan save pada langkah ke-12, berkemungkinan anda ,
  1.  Terlepas pandang langkah-langkah penting.
  2. Anda tidak masukkan nama domain yang betul.
  3. Tersalah masukkan maklumat dalam salah satu  bahagian penting dalam DNS MANAGEMENT seperti Host Name dan Address
  4. Tersalah pilih Record Type yang betul.
  5. Tidak tunggu 24 jam selepas langkah ke-10
  6. Anda belum membeli nama domain.
Semoga Berjaya !