Jika peningkatan kos sara hidup kini membebankan kebanyakkan rakyat Malaysia yang bekerja, apatah lagi kepada pelajar universiti, kan?
Menjadi pelajar universiti bukannya mudah. Selain daripada pergi ke kelas, mengulang kaji pelajaran dan buat assignment last minute, pelajar juga perlu bijak menguruskan kewangan dengan baik supaya tidak menganggu tumpuan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.
Antaranya kajian yang dibuat oleh universiti-universiti di Malaysia, sesetengah pelajar mengutamakan perbelanjaan mereka kepada gadget dan cara perbelanjaan banyak dipengaruh oleh rakan-rakan.
Cara Jimat Cermat Untuk Pelajar Universiti
1. Gunakan kad pelajar sebaik mungkin.
Terdapat kedai buku dan alat tulis yang menyediakan potongan harga bagi pelajar universiti. Sentiasa membawa kad pelajar ke mana-mana. Jangan tinggalkan di rumah, di hostel atau di mana seaja anda tinggal. Kad pelajar juga boleh digunakan bagi mendapatkan potongan harga untuk menonton wayang.
2. Gunakan pengangkutan awam / pengangkutan yang disediakan
Banyak universiti menyediakan perkhidmatan percuma untuk pelajar ke kelas. Cuma pelajar kena keluar awal untuk menunggu dan bersesak-sesak dengan pelajar lain. Sekiranya tidak berminat untuk naik pengangkutan awam, boleh la kongsi kereta dengan kawan, tapi berkongsi la juga bayar minyak tu. Nanti marah pula kawan berkecil hati.
Sekiranya tak dapat kongsi bayar minyak, sebaiknya beli la basikal sekiranya tidak mampu kongsi bayar minyak kereta member. Terbakar juga lemak-lemak yang degil.
Sekiranya tak dapat kongsi bayar minyak, sebaiknya beli la basikal sekiranya tidak mampu kongsi bayar minyak kereta member. Terbakar juga lemak-lemak yang degil.
Sentiasa rancang keperluan serta perjalanan destinasi yang dituju. Sekiranya destinasi tidak jauh, tidak salah ssekiranya pelajar berjalan kaki.
Tingal di asrama dan pelajar boleh jimatkan wang daripada membayar sewa rumah yang mungkin beratus-ratus setiap bulan. Hampir setiap universiti tempatan menyediakan asrama untuk pelajar-pelajarnya. Kebanyakkannya juga menyediakan kemudahan yang banyak seperti air, elektrik dan gym. Penjimatan yang berganda ! Bil air dan elektrik pun tak perlu risau.
4. Elakkan Membeli Telefon Pintar Yang Mahal
Adakalanya ternampak kawan guna Iphone, terasa dan tercabar nafsu batin juga nak pakai Iphone. Sekarang ni memang telefon pintar hangat di pasaran. Setiap masa ada saja keluaran model telefon pintar. Baru nak beli Samsung Note 12, bulan-bulan depan dah keluar Samsung Note 13.
Cari la telefon pintar mampu milik yang menawarkan fungsi dan aplikasi yang sama dengan telefon jenama terkenal. Tapi pelajar harus pandai membezakan kualiti samaada original atau pun cap ayam untuk mengelakkan ianya cepat rosak dan terpaksa beli lagi yang baru untuk berulang kali.
5. Sentiasa pergi ke perpustakaan
Belajar di universiti memerlukan buku-buku dan sumber rujukan. Ada subjek yang memerlukan pelajar untuk menggunakan buku yang berharga puluh-puluh ringgit dan juga ratus-ratus ringgit. Malah buku tersebut cuma digunakkan untuk satu semester atau pun cuma terdapat beberapa bab saja dalam buku itu digunakan kan untuk menjawab peperiksaan.
Belajar di perpustakaan atau pinjam buku di perpustakaan menjimatkan wang. Pelajar juga boleh mengunakan Wi-Fi di sana untuk melayari internet.
Perkara yang menyebabkan pelajar susah untuk berjimat cermat.
1. Kredit Telefon
Kredit telefon memang penting. Lebih-lebih nak call bapa, emak kat kampung nak minta duit belanja lebih, nak call lecturer, girlfriend, boyfriend dan sebagainya. Pelajar sekarang kira beruntung kerana banyak aplikasi seperti Whatsapp, WeChat, LINE dan Telegram menyediakan perkhidmatan panggilan percuma dan chat. Kalau dulu-dulu, nak bersms pun kena cas RM 0.20/SMS. Fuh !
Tapi dalam kelebihan ini pelajar biasanya akan menghabiskan kredit dengan mengisi kouta internet akibat aktiviti-aktiviti media sosial seperti Facebook, Instagram dan penghantaran gambar-gambar yang kononnya lawak di group-group Whatsapp.
Bila dah masuk universiti ni , ramai la pelajar ambil kesempatan untuk mencari pacar masing-masing. Until Jannah la katanya. Berpacaran atau berkapel ni akan menyebabkan pelajar selalu keluar bersama-sama dan melaburkan duit kepada hiburan seperti menonton wayang dan ke tempat-tempat hipster, contohnya Starbucks dan Upperstar.
Mungkin pelajar akan menafikan hal ini tapi memang berpacaranni memerlukan pelajar mengunakkan duit lebih. Kalau boleh, elakkan atau kurangkan berpacaran agar selamatkan kewangan pelajar dan juga elakkan kejadian yang tidak diingini. Jangan saja anda menyara jodoh orang lain :D
Merokok dan vape bukan saja memberi impak negatif kepada kewangan, ia juga memberi impak kepada kesihatan. Dengan kenaikkan harga rokok sekarang, memang akan membebankan pelajar sekiranya ketagihan rokok. Vape pula ada harga yang sampai beratus-ratus ringgit. Mungkin ada pelajar berfikiran, ada rokok seludup dan ada flavour vape yang murah tapi kalau tiap-tiap minggu beli memang memakan belanja yang besar.
Kalau tak dapat juga tahan ketagihan rokok atau vape, caranya ialah tak payah beli rokok, tiap-tiap hari minta rokok kongsi tanpa segan silu atau berkongsi beli vape dengan kawan-kawan (kalau sanggup berkongsi air liur la)
Itu adalah antara cara untuk berjimat untuk pelajar universiti. Kadang cara ini mudah dan boleh difikirkan tapi untuk dipraktiskan agak sukar. Tapi itu terpulang kepada diri sendiri. Sekiranya kemahuan itu kuat, tiada yang mustahil :)