Showing posts with label Berjimat. Show all posts
Showing posts with label Berjimat. Show all posts

Faedah Yang Anda Dapat Dengan Amalan Berjimat Cermat


Faedah Berjimat Cermat, berjimat cermat amalan mulia


Faedah Yang Anda Dapat Dengan Amalan Berjimat Cermat | Dengan mengamalkan sikap berjimat cermat, persediaan untuk menghadapi masa depan yang lebih baik perlu dengan mempunyai sumber kewangan mencukupi.

Kita tidak mampu meramal masa depan, kita kena bersedia dari segi mental dan fizikal serta tidak lupa juga dari segi kewangan.

Jika anda mempunyai kebolehan untuk meramal masa depan, tahniah untuk anda.


Pernahkah anda meminta untuk masa depan yang buntu tanpa duit wang ringgit?

Sudah tentu tidak.

Begitu juga dengan saya.

Walau bagaimana pun, malang tidak berbau.


Kalau malang itu berbau, sudah tentu kita cuba elakkan sebaik saja bau itu terhidu dari jauh.

Banyak faedah dan kebaikannya untuk anda jika amalkan sikap berjimat-cermat.

Antaranya :


1 | Persediaan dan bekalan masa depan.



Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit. Duit tak boleh bawa mati tapi bila takda duit rasa nak mati.

Mati pun perlukan duit.

Sebab tu kena ada duit lebih untuk menghadapi situasi yang tidak diduga.

Contoh situasi yang tidak diduga ialah kereta rosak. Bila tiada duit nak baiki, macamana nak pergi kerja untuk dapat duit gaji.

“Uber/Grab kan ada. “

Uber/Grab pun bayar guna duit. Kecuali hari-hari dapat free Promo.

Situasi lain yang tidak diduga ialah dari segi kesihatan.

Itu la penting bagi kita untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Antara masalah yang sering dihadapi oleh rakyat Malaysia ialah obesiti.
Obesiti kini menjadi masalah kesihatan serius kepada Malaysia. Menurut Menteri Kesihatan baru-baru ini, setakat ini 8.5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4 juta daripada mereka adalah obes atau berat berlebihan yang melampau.- Harian Metro (21 April 2017)
Untuk tampung kos rawatan kena ada duit.

Terdapat kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat badan dan bilangannya semakin meningkat dalam situasi di mana kira-kira lima juta individu menderita mengalami pelbagai peringkat penyakit kencing manis.

Baca juga : Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat

Untuk berjimat dalam jangka masa panjang, kena la jaga kesihatan setiap masa.


Faedah Berjimat Cermat, berjimat cermat amalan mulia


2 |  Lebih banyak produk dan servis berkualiti dan murah

Apa kaitan berjimat-cermat dengan kualiti murah produk dan servis? 

Kaitannya ialah..

Kalau la semua orang amalkan sikap jimat cermat (kalau), penguna akan lebih berwaspada untuk membeli barangan dan servis.

Penguna akan mengelak membeli yang bukan keperluan mereka. Mereka akan cuba minimumkan berbelanjaan mereka. Maka terlahir la penguna yang bijak.

Lalu berlumba-lumba pengeluar untuk mengeluarkan produk berkualiti serta murah bagi meningkatkan penjualan.

Logik kan?

Ianya tidak mustahil cuma susah sikit kerana kita sebagai penguna adakalanya membeli berbekalkan nafsu serakah.


3 | Melatih diri lebih disiplin

Pernah dengar tentang eksperimen marshmallow?

Eksperimen ini dikatakan bermula pada sekitar 1960-an.

Beberapa kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun diasingkan dan diletakkan satu mashmallow atas meja di hadapan mereka.

Mereka diberitahu bahawa mereka boleh memakan marshmallow tersebut pada masa itu tapi sekiranya mereka menunggu selama 15 minit dan tidak memakan marshmallow itu, mereka diberi tambahan satu lagi marshmallow.

Faedah Berjimat Cermat, berjimat cermat amalan mulia
Sumber gambar : HelloKids.com

Universiti Standford yang menjalankan ekperimen ini kepada 600 kanak mendapati..

  1. Ada beberapa kanak-kanak yang memakan marshamallow pada masa yang berbeza kerana tidak dapat menahan diri selama 15 minit.
  2. Cuma sebahagian kecil dari kanak-kanak itu berjaya menahan diri daripada marshamallow itu dan diberikan satu lagi marshmallow, oreo atau pun pretzel.

Selepas beberapa tahun, hasilnya mengejutkan !

Didapati kanak-kanak yang berjaya menahan selama 15 minit dalam eksperimen tersebut mempunyai prestasi lebih baik dari segi akademik dan membuat keputusan berbanding mereka yang tidak berjaya menahan diri dalam 15 minit tersebut.

Sumber : Daily Mail. Marshmallow test - how resisting a sweet can lead to a better life


Apa peribahasa yang sesuai dengan eksperimen ini?

Bersusah –susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Begitu juga la kita, jika kita dapat menahan nafsu serakah dari membeli barang-barang mewah, kita tak perlulah bersusah-susah kemudian.

Nanti 2 minggu sebelum gaji, makan maggi tiap-tiap hari. 

Tapi kalau mampu untuk beli barang-barang mewah, tidak mengapa. Beli ikut kemampuan diri sendiri, ukur baju di badan sendiri.


4 | Mengelakkan masalah rumah tangga

Memang indah kalau suami isteri sanggup mengharungi susah senang bersama. Orang kata duit itu tidak menjamin kebahagian rumah tangga.

Betul ke?

Menurut Rela Ahmad, Exco Pembangunan Wanita, faktor utama penceraian ialah masalah kewangan.

"Setiap hari ada pasangan yang bercerai. Rata-ratanya sudah berkahwin selama lima hingga 10 tahun. Mereka memberi alasan masalah ekonomi sebagai punca mereka bercerai," kata beliau.

Kerana kedudukan ekonomi yang tidak stabil, pasangan berkahwin menghadapi kesukaran sehingga membawa kepada tekanan terutama kepada pihak suami untuk menyara hidup keluarga mereka.

Pasangan berkahwin juga perlu pintar untuk mengurus soal kewangan dan tidak memilih perceraian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.


Sumber : Sinar Harian. Masalah kewangan punca utama penceraian. 

Berbagai permasalahan akan timbul apabila berlakunya perceraian di antara suami dan isteri. 

Namun begitu, apa yang terkesan sekali ialah anak yang sedang membesar. Bagaimana anak yang masih mentah hendak menghadapi situasi keluarga yang pincang di usianya masih belum mengenal erti kehidupan?

Sebagai ibu bapa juga perlulah berjimat cermat agar dapat memberikan pendidikan dan kasih sayang yang secukupnya untuk anak yang tercinta.

Bukan mudah untuk mendidik anak agar menjadi anak yang baik. Tanggungjawab ibu bapa memang mencabar, lebih-lebih lagi anakk mereka yang dalam generasi millenial ini.

Sebenarnya, untuk menghasilkan anak yang pintar, terdapat beberapa teknik dan formula yang boleh digunakan, ia sebenarnya bermula dari sejak anak tersebut di dalam kandungan lagi. 

Setiap ibu bapa pasti ingin anak mereka pintar dan cerdas.

Yalah. Mana ada ibu bapa yang nak anak mereka yang ikut perangai iblis kan?

Zaman sudah berubah, dulu anak-anak yang berumur 4-6 tahun, banyak bermain nyorok-nyorok, kejar-kejar, cakar ayam, teng-teng dan sebagainya.. tetapi kini, anak-anak yang berumur 3 tahun pun sudah ada ipad/tablet sendiri.


Kesimpulannya

Amalan jimat cermat amalan mulia

Sekiranya kita mengamalkan sikap berjimat cermat, yang pasti ia sangat menguntungkan diri sendiri dan juga orang lain  di sekeliling kita.

Memang banyak faedah berjimat-cermat, tapi boleh tak anda senaraikan faedah dan kebaikan amalan boros dan membazir?

Baca juga : Cara Berjimat Ringkas Dan Mudah

Faedah Berjimat Cermat, berjimat cermat amalan mulia

Cara Berjimat Yang Ringkas Dan Mudah


Cara Berjimat Yang Ringkas Dan Mudah | Kadang-kala perkara yang paling susah untuk dibuat ialah dengan memulakan sesuatu.

Dengan melakukan sedikit perubahan dalam hidup anda, pasti boleh menjadikan masa hadapan anda yang lebih selesa

Bermula dengan perlahan dan lakukan secara konsisten adalah berganda-ganda lebih baik berbanding bermula dengan rakus dan tidak konsisten.

Berikut merupakan langkah Dedaun Comel menyimpan duit secara ringkas dan mudah.


1 | Tetapkan matlamat 


Menetapkan matlamat untuk diri anda adalah cara untuk mencapainya. Ianya memberi motivasi dan inspirasi untuk anda terus menyimpan duit.

Tanya diri anda.

Kenapa anda perlu simpan duit?

Apa tujuan anda menyimpan duit?


Kita ada sebab tersendiri untuk menyimpan duit. Antaranya mungkin..

  1. Kahwin
  2. Bawa ibu bapa menunai umrah atau haji

Apa pun niat anda, pastikan jangan bertujuan untuk menunjuk dan riak.

Bila sudah tetapkan matlamat, biar matlamat tu anda sentiasa nampak dengan jelas. Contoh kalau nak kahwin, simpan la gambar pasangan anda di dompet. 

Kalau nak bawa ibu bapa tunai umrah/haji, letak gambar ibu bapa kat dompet.

Setiap kali  keluarkan dompet untuk berbelanja, tatap gambar kat dompet tu dan bayangkan kegembiraan terpancar dari wajah ibu bapa yang dapat menunaikan umrah/haji.

Atau bayangkan kebahagiaan di wajah anda bila dapat berkahwin dengan perempuan idaman sebelum disailang orang lain.


2 | Rekod perbelanjaan.

Cara seterusnya untuk menyimpan wang ialah dengan menyedari berapa banyak perbelanjaan yang kita simpan.

Kita tahu secara teorinya untuk menyimpan duit ialah jangan berbelanja melebihi pendapatan dan simpan lebihan duit tersebut.

Tapi kenapa masih ramai yang belum habis bulan dah habis duit?

Tahu saja tidak cukup. Oleh itu, kita kena sedar bila duit keluar dan bila duit masuk.

Setelah anda tahu di mana wang anda terbang melayang, anda boleh kategorikan pengeluaran duit anda seperti kemahuan atau keperluan dan tahap kepentingan setiap transaksi.


3 | Teknik bayar diri

Setelah sebulan menunggu gaji, penting untuk membayar diri anda dahulu sebelum anda bayar bil-bil lain seperti bil api, bil telefon dan yang lain.

Bayaran untuk diri anda ni adalah untuk simpanan masa depan. Biasanya ramai yang mengalakkan anda harus menyimpan 10% dari gaji sebelum melakukan pembayaran yang sepatutnya.

Kalau 10% dari gaji tak termampu, boleh la simpan yang semampu mungkin.

Mindset yang salah selalu saya dengar ialah beli la barang tu, sementara masih ada duit gaji. Nanti duit tiada, mana dapat beli lagi..

Bila tiap-tiap bulan ulang perkataan sama, ianya jadi kebiasaan dan sukar untuk mengubah mindset yang macam ni..

Mindset yang sepatutnya ialah simpan la duit sementara masih ada duit. Nanti duit tiada, mana dapat simpan lagi. Kan?

Anda juga boleh lakukan ni secara automatik.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Maybank menyediakan kemudahan untuk penggunanya menyimpan wang secara potongan bulanan yang ditetapkan secara online.

Menarik bukan? Ibarat bermain ‘kutu’ dengan diri sendiri, lebih selamat dan bila tiba tempohnya, pasti akan dapat.

Baca : Cara Main Duit Kutu Dengan Maybank


4 | Lakukan perbandingan harga - dan cari kedai runcit yang lebih murah.

Kebanyakan kita mendapat rutin membeli-belah di kedai runcit yang sama, dan kita mungkin tidak menyedari bahawa kita tidak mendapat tawaran terbaik.

Dengan mempunyai rekod pembelian, lihat pada 20 barangan yang paling kerap anda beli, kemudian belanja barang-barang ini di pelbagai kedai.

Bila anda dapati, kedai tersebut menawarkan harga paling murah , jadikan ia destinasi membeli belah yang tetap.


5 | Pelbagaikan sumber kewangan


Kalau kita tengok sekarang ni, ekonomi dan nilai Ringgit Malaysia pun turun naik. Kos sara diri pun semakin lama semakin meningkat.

Kurang releven sekiranya kita bergantung hanya pada satu sumber pendapatan sahaja.

Memang memerlukan komitmen yang lebih sedikit disebabkan kita perlu fokus pada dua perkara yang penting. Cubalah cari masa dan bijak bahagikan masa. 

Jangan terlalu fokus pada yang satu dan cuba seimbangkan.

Dengan ada internet ni, sebenarnya memudahkan kita menjana pendapatan secara online. Kalau dulu kena ada tapak kena ada kedai.

Sekarang ada macam-macam platform untuk berniaga seperti blog, Instagram dan Facebook.

Baca : Bertubi-tubi RM1 masuk dalam akaun !


6 | Berjimat dari segi trend

Trend dan gaya hidup berubah setiap masa. Dan ada musim-musimnya. Adakalanya kita terpengaruh dengan trend kerana nak mengikut peredaran zaman dan hipster.

Jangan terlalu ikutkan hati tapi fikirlah kesenangan untuk masa hadapan. 

Trend semasa yang muncul di zaman moden ini lah membuatkan kita terpengaruh dan tanpa sedar, kita membuat sesuatu yang mendorong ke arah pembaziran.

Bijaklah merancang perjalanan hidup anda.

Ahli falsafah Lao Tzu pernah berkata, “Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan. "

Cara Main Duit Kutu Dengan Maybank


duit kutu, bank


Cara Main Duit Kutu Dengan Maybank | Adakah anda ingin berjimat dan menyimpan duit tapi apabila setiap hujung bulan duit anda tidak pernah cukup?

Sekiranya anda mempunyai masalah kewangan ini, jawapan untuk permasalahan ini adalah dengan automasikan perbelanjaan dan menyimpanan duit anda.

"Automasi" bermaksud menetapkan sistem automatik untuk menjaga tugas pengurusan wang yang biasanya anda dikendalikan diri anda.

Ianya agak mudah, ringkas dan menjimatkan masa.

Artikel ini merupakan tulisan asal dari SisiAzie Hassan.

Dedaun Comel kongsikan di sini kerana percaya artikel ini boleh membantu mereka yang cuba untuk menyimpan duit dan berjimat dalam menghadapi kos sara diri yang semakin membelenggu.


SIMPANAN “KUTU” DIRI SENDIRI


Selalunya bila terima gaji, masyarakat kita amat sukar menyimpan. Ada saja bayaran atau hutang yang perlu dilangsaikan. 

Niat mahu menyimpan sudah ada, namun selalu tergendala dek masalah kewangan yang tidak teratur.

Kadang-kadang bila sudah berjaya menyimpan, terpaksa keluarkan simpanan untuk dibelanjakan.

Jadi, bagaimana caranya nak menyimpan dengan lebih berdisiplin dan selamat? 

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Maybank menyediakan kemudahan untuk penggunanya menyimpan wang secara potongan bulanan yang ditetapkan secara online. 

Menarik bukan? 

Ibarat bermain ‘kutu’ dengan diri sendiri, lebih selamat dan bila tiba tempohnya..

pasti akan dapat.


FLEXI SAVER PLAN

Salah satu cara saya menyimpan ialah dengan Flexi Saver Plan. Contohnya, ligat nak bayar lumpsum untuk bayar road tax kereta, kenapa tak cuba cara ini?

Sebagai contoh, saya simpan RM100 sebulan selama 12 bulan untuk bayar road tax kereta bulan Mei 2017 akan datang. Saya sudah mula menyimpan dengan Flexi Saver ini sejak bulan Mei 2016.

Jadi setiap bulan, RM100 akan ditolak dari akaun bank saya pada 2 haribulan. InshaAllah pada 2 Mei 2017 nanti, RM1200 akan masuk semula dalam akaun. Maka dengan duit itu saya boleh bayar road tax kereta tanpa sebarang masalah.

Berikut adalah caranya (boleh juga rujuk gambar di bawah artikel ini)
  1. Login akaun Maybank anda seperti biasa
  2. Klik pada Accounts & Banking
  3. Klik Personal Saver Account
  4. Di sebelah kanan, klik pada Setup Flexi Saver Plan
  5. Anda boleh pilih dari 12 bulan ke 60 bulan mengikut keperluan masing-masing
  6. Tujuan? Pilih mengikut pilihan yang sedia ada
  7. Pilih tarikh yang anda sendiri kehendaki duit ditolak dari akaun bank anda setiap bulan

LIHAT CONTOH DI BAWAH


Disember 2015 : RM150/bulan (12 bulan)

Setiap 30 haribulan setiap bulan bermula dari Disember 2015, RM150 dalam akaun akan ditolak secara automatik dan 30 Disember 2016, duit masuk semula ke dalam akaun. RM150 x 12 = RM1,800

Pastikan setiap 30 haribulan dalam akaun cukup RM150 untuk ditolak.

Duit ini tidak akan muncul dalam baki akaun anda sehingga tiba tarikh matangnya. Maksudnya duit itu pihak bank sudah siap letak tepi. 

1 | Login akaun Maybank anda seperti biasa



2 | Klik pada Accounts & Banking


3 | Klik Personal Saver Account



4 | Di sebelah kanan, klik pada Setup Flexi Saver Plan



5 | Anda boleh pilih dari 12 bulan ke 60 bulan mengikut keperluan masing-masing
6 | Tujuan? Pilih mengikut pilihan yang sedia ada
7 | Pilih tarikh yang anda sendiri kehendaki duit ditolak dari akaun bank anda setiap bulan


Jadi, anda tidak perlu risau untuk berbelanja menggunakan wang yang ada dalam akaun bank kerana simpanan tersebut telah diasingkan.

Semoga tips ini dapat membantu anda menyimpan dan berjimat cermat.

Nota Kaki:

Kalau belum ada lagi akaun Maybank, cakap nak buka akaun Personal Saver. Initial RM10. Baki minimun RM1. 

Then baru boleh guna Flexi Saver Plan. Kalau dah ada (yang “Kawanku” atau tengok kat M2U takde function ni), pergi ke Maybank untuk convert je yang ada sekarang ke Personal Saver.


Sumber Asal : SisiAzie Hassan

Kenapa Susah Sangat Nak Berjimat ??

cara berjimat. susah berjimat


Untuk berjimat kita kena lebihkan perbelanjaan dari pendapatan.

Setiap bulan saya ingatkan diri untuk berjimat, akhirnya hampir setiap bulan juga saya terlebih berbelanja.

Dan begitu la juga seterusnya. Ingatkan diri untuk berjimat tapi tetap terbelanja lebih tanpa sengaja.

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat menjadikan aktiviti menyimpan dan berjimat itu agak sukar dilakukan.

Walaupun bergitu, rasanya belum terlambat untuk kita bermula untuk merancang kewangan kita. Kan?

Setiap yang terjadi pasti ada sebabnya dan ini merupakan antara sebab yang dikongsikan di Dedaun Comel berkenaan kenapa susah sangat untuk berjimat.


1 | Otak kita suka dengan feedback yang pantas


Kita lebih cenderung untuk memberi keutaamaan kepada keperluan atau keinginan yang segera.

Sebagai contoh, membeli telefon atau benda baru berbanding dengan keperluan masa depan seperti menyimpan wang untuk pelaburan dan persaraan.

Jika kita membeli barangan hipster kegemaran kita, kepuasan itu kita akan dapat setelah memiliki barangan itu adalah dalam kadar yang segera.

Manakala apabila ingin berjimat, ia memerlukan beberapa bulan malahan bertahun untuk berjaya mengumpul jumlah wang yang kita inginkan.


2 | Manusia sentiasa lupa dalam kesenangan

Sebagai manusia, lupa merupakan salah satu perkara yang biasa kita lakukan.

Terutamanya bila baru mendapat gaji.

Ingatkah anda semasa anda dalam kesempitan wang?

Mungkin dalam fikiran anda kalau ada duit ni waktu susah ni, nak berjimat, tak perlu la bila hujung bulan asyik terpaksa makan maggi kari hari-hari.

Dan hari yang ditunggu pun tiba. 

Bila gaji masuk anda berbelanja macam hari esok takkan tiba. 

Anda lupa tentang maggi yang anda akan makan kari pada hujung bulan. Berbelanja sakan la orang kata.

Salah satu situasi lagi, apabila sudah terbiasa hidup bergaji kecil dan tiba-tiba anda mendapat gaji atau bayaran yang lebih besar, berkemungkinan besar juga anda meningkatkan perbelanjaan untuk membeli lebih banyak barang.


3 | Dunia menuju ke arah “cashless society”

Kemudahan untuk membayar produk dan servis melancarkan lagi aktiviti pemborosan setiap bulan.

Pembayaran melalui kad kredit dan kad debit mengalakkan perbelanjaan tanpa kawalan dan boleh meningkatkan keinginan untuk berhutang.

Cara pembayaran yang mudah dan cepat kadangkala boleh membuat kita boros secara tidak disedari.

Tambahan lagi kita diperkenalkan dengan system pembayarab yang lebih mudah dan cepat seperti Alipay dan Samsung Pay.

Negara kita juga menuju ke arah “cashless society” seperti yang dikatakan oleh Khairy Jamaluddin.



4| Sering membandingkan diri dengan orang lain

Media sosial boleh memberikan banyak kebaikan. Namun media sosial secara tidak langsung boleh memberi tekanan dalam cara kita berbelanja...

Menurut kajian Sean Stein dari Universti Camden, “Melihat gambar selebriti, keluarga dan rakan-rakan yang memuat naik gambar percutian mereka merupakan salah satu rintangan sukar dalam proses untuk berjimat.”

Bukan setakat percutian, handphone dan kereta baru pun mereka upload kat media sosial.

Bagi sesetengah orang, ia membuat mereka merasa rendah diri dan ada pula yang rasa tercabar.

Apa pun, sentiasa bersabar, jangan terlalu bandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang pasti berbeza dari segi kemampuan dan kerja keras.

Bak kata pepatah, mengukur baju di badan sendiri.


5 | Tiada matlamat kewangan


Menurut kajian yang dilakukan oleh Gail Matthews di Universiti Dominican, mereka yang menuliskan matlamat mereka dicapai jauh lebih tinggi daripada mereka yang tidak menuliskan matlamat mereka.

Tanya diri anda beberapa soalan seperti
  1. Kenapa saya ingin berjimat?
  2. Bagaimana saya lebih berjimat tanpa sifat kedekut?
  3. Berapa banyak penjimatan setiap hari yang boleh saya lakukan?
  4. Berapa lama (bulan/tahun) saya perlu berjimat?
  5. Bila saya boleh mula berjimat?
  6. Bagaimanakah saya dapat membayar kos pendidikan anak nanti jika tidak berjimat?
Tetapkan matlamat anda secara jelas dengan sebab-sebab untuk berjimat. Macamana nak jaringkan goal kalau tiada tiang gol kan?

Amalan berjimat cermat merupakan nilai murni yang perlu ada pada diri kita. 

Dengan berjimat cermat, kita boleh hidup dengan kesederhanaan tanpa membazir.

Ahli falsafah Lao Tzu pernah berkata, “Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan. "

Sebab Utama Anda Perlu Berjimat

berjimat. menyimpan duit


Kenapa perlu berjimat?

Tak kira la ketika ekonomi negara memberansangkan ataupun merundum, penjimatan kena kita buat dari masa ke semasa.

Beli ikut keperluan dan bukan ikut kemampuan. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya. Biasa anda dengar kan?

Banyak sebab kita perlu berjimat. Antaranya ialah


Untuk kegunaan masa kecemasan..

Anda tidak dapat meramal masa hadapan. Saya pun bukan peramal masa depan.

Ada masanya anda mungkin akan menghadapi masalah seperti kerosakkan kereta atau dibuang kerja.

Bila ada simpanan, bolehlah bersedia untuk menghadapinya saat-saat gentingn begini.

Bukan kita harap benda ni terjadi, tapi apa-apa pun boleh berlaku tanpa diminta. Bak kata orang dulu-dulu, malang tidak berbau.

Oleh itu, kena berjimat dan ada  tabung kecemasan.


Untuk memenuhi kehendak dan impian anda..


Setiap orang ada impian dan kehendak.

Bagi memenuhi impian dan kehendak perlukan duit. Mungkin impian anda untuk membeli kereta, rumah atau pun melangsungkan perkahwinan yang kedua, tetap perlu keluarkan duit walaupun sikit.

Sebagai seorang yang bekerja keras untuk keluarga dan diri sendiri, ada masanya anda perlu membelanjakan sebahagian wang untuk apa yang penting dan anda berhak untuk bergembira atas usaha yang telah anda lakukan.

Siapa yang kata duit tidak boleh membuatkan mereka gembira, silalah bank-in duit anda kepada saya. #gurau 


Membuat pelaburan..

Membuat pelaburan, berjimat dan membuat simpanan adalah perkara yang berbeza. Tapi dengan berjimat dan membuat simpanan anda boleh membuat pelaburan.

Berjimat dan membuat simpanan mempunyai risiko yang kecil manakala melabur risikonya lebih besar namun pulangannya berganda-ganda.

Sekarang ni macam-macam cara anda boleh melabur seperti pelaburan emas,  jual beli saham dan juga  pelaburan Unit Trust.

Contohlah anda ingin menjadi salah seorang penjual atau pembeli saham, anda perlu faham akan konsep pelaburan. Jika anda merupakan seorang pelabur saham, anda akan simpan saham tersebut dalam tempoh masa yang lama

Keuntungan pelaburan saham dapat dibuat jika teknik dan juga analisis yang betul dibuat.


Berjimat Dan Simpan Duit Anda
Jom Melabur !

Bebas dari segi kewangan..

Bebas dari segi kewangan bukanlah bermakna kaya tapi anda bebas dari tekanan-tekanan wang seperti..
  1. bebas untuk melancong
  2. bebas bertukar kerjaya
  3. bersara awal
  4. membantu ahli keluarga dari segi kewangan
  5. bebas dari hutang

Sekurang-kurangnya, tidak la anda sering disindir di media sosial - Hutang belum bayar, tapi upload gambar makanan sedap-sedap

Berjimat la selagi mampu. Lagipun sekarang harga barang semakin lama, semakin naik. Nilai RM pun tak stabil. Sudah tentu kos sara hidup pun semakin meningkat..

Cara Jimat Cermat Untuk Pelajar Universiti

panduan, jimat, cermat, pelajar

Jika peningkatan kos sara hidup kini membebankan kebanyakkan rakyat Malaysia yang bekerja, apatah lagi kepada pelajar universiti, kan?

Menjadi pelajar universiti bukannya mudah. Selain daripada pergi ke kelas, mengulang kaji pelajaran dan buat assignment last minute, pelajar juga perlu bijak menguruskan kewangan dengan baik supaya tidak menganggu tumpuan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. 

Antaranya kajian yang dibuat oleh universiti-universiti di Malaysia, sesetengah pelajar mengutamakan perbelanjaan mereka kepada gadget dan cara perbelanjaan banyak dipengaruh oleh rakan-rakan.


Cara Jimat Cermat Untuk Pelajar Universiti


1.  Gunakan kad pelajar sebaik mungkin.

 

panduan, jimat, cermat, pelajar

Terdapat kedai buku dan alat tulis yang menyediakan potongan harga bagi pelajar universiti. Sentiasa membawa kad pelajar ke mana-mana. Jangan tinggalkan di rumah, di hostel atau di mana seaja anda tinggal. Kad pelajar juga boleh digunakan bagi mendapatkan potongan harga untuk menonton wayang. 


2. Gunakan pengangkutan awam / pengangkutan yang disediakan


panduan, jimat, cermat, pelajar

Banyak universiti menyediakan perkhidmatan percuma untuk pelajar ke kelas.  Cuma pelajar kena keluar awal untuk menunggu dan bersesak-sesak dengan pelajar lain. Sekiranya tidak berminat untuk naik pengangkutan awam, boleh la kongsi kereta dengan kawan, tapi berkongsi la juga bayar minyak tu. Nanti marah pula kawan berkecil hati.

Sekiranya tak dapat kongsi bayar minyak, sebaiknya beli la basikal sekiranya tidak mampu kongsi bayar minyak kereta member. Terbakar juga lemak-lemak yang degil.

Sentiasa rancang  keperluan serta perjalanan destinasi yang dituju. Sekiranya destinasi tidak jauh, tidak salah ssekiranya pelajar berjalan kaki. 

3. Berjima dengan tinggal di asrama

 

panduan, jimat, cermat, pelajar

Tingal di asrama dan pelajar boleh jimatkan wang daripada membayar sewa rumah yang mungkin beratus-ratus setiap bulan. Hampir setiap universiti tempatan menyediakan asrama untuk pelajar-pelajarnya. Kebanyakkannya juga menyediakan kemudahan yang banyak seperti air, elektrik dan gym.  Penjimatan yang berganda ! Bil air dan elektrik pun tak perlu risau.

4. Elakkan Membeli Telefon Pintar Yang Mahal



panduan, jimat, cermat, pelajar

Adakalanya ternampak kawan guna Iphone, terasa dan tercabar nafsu batin juga nak pakai Iphone. Sekarang ni memang telefon pintar hangat di pasaran.  Setiap masa ada saja keluaran model telefon pintar. Baru nak beli Samsung Note 12, bulan-bulan depan dah keluar Samsung Note 13. 

Cari la telefon pintar mampu milik yang menawarkan fungsi dan aplikasi yang sama dengan telefon jenama terkenal. Tapi pelajar harus pandai membezakan kualiti samaada original atau pun cap ayam untuk mengelakkan ianya cepat rosak dan terpaksa beli lagi yang baru untuk berulang kali.

5. Sentiasa pergi ke perpustakaan


Belajar di universiti memerlukan buku-buku dan sumber rujukan. Ada subjek yang memerlukan pelajar untuk menggunakan buku yang berharga puluh-puluh ringgit dan juga ratus-ratus ringgit. Malah buku tersebut cuma digunakkan untuk satu semester atau pun cuma terdapat beberapa bab saja dalam buku itu digunakan kan untuk menjawab peperiksaan.

Belajar di perpustakaan atau pinjam buku di perpustakaan menjimatkan wang. Pelajar juga boleh mengunakan Wi-Fi di sana untuk melayari internet.

Perkara yang menyebabkan pelajar susah untuk berjimat cermat.



1. Kredit Telefon


Kredit telefon memang penting. Lebih-lebih nak call bapa, emak kat kampung nak minta duit belanja lebih, nak call lecturer, girlfriend, boyfriend dan sebagainya. Pelajar sekarang kira beruntung kerana banyak aplikasi seperti Whatsapp, WeChat, LINE dan Telegram menyediakan perkhidmatan panggilan percuma dan chat. Kalau dulu-dulu, nak bersms pun kena cas RM 0.20/SMS. Fuh ! 

Tapi dalam kelebihan ini pelajar biasanya akan menghabiskan kredit dengan mengisi kouta internet akibat aktiviti-aktiviti media sosial seperti Facebook, Instagram dan penghantaran gambar-gambar yang kononnya lawak di group-group Whatsapp.

2. Berpacaran

panduan, jimat, cermat, pelajar


Bila dah masuk universiti ni , ramai la pelajar ambil kesempatan untuk mencari pacar masing-masing. Until Jannah la katanya. Berpacaran atau berkapel ni akan menyebabkan pelajar selalu keluar bersama-sama dan melaburkan duit kepada hiburan seperti menonton wayang dan ke tempat-tempat hipster, contohnya Starbucks dan Upperstar.

Mungkin pelajar akan menafikan hal ini tapi memang berpacaranni memerlukan pelajar mengunakkan duit lebih. Kalau boleh, elakkan atau kurangkan berpacaran agar selamatkan kewangan pelajar dan juga elakkan kejadian yang tidak diingini. Jangan saja anda menyara jodoh orang lain :D

3. Rokok /Vape

panduan, jimat, cermat, pelajar

Merokok dan vape bukan saja memberi impak negatif kepada kewangan, ia juga memberi impak kepada kesihatan. Dengan kenaikkan harga rokok sekarang, memang akan membebankan pelajar sekiranya ketagihan rokok. Vape pula ada harga yang sampai beratus-ratus ringgit. Mungkin ada pelajar berfikiran, ada rokok seludup dan ada flavour vape yang murah tapi kalau tiap-tiap minggu beli memang memakan belanja yang besar.

Kalau tak dapat juga tahan ketagihan rokok atau vape, caranya ialah tak payah beli rokok, tiap-tiap hari minta rokok kongsi tanpa segan silu atau berkongsi  beli vape dengan kawan-kawan (kalau sanggup berkongsi air liur la)

Itu adalah antara cara untuk berjimat untuk pelajar universiti. Kadang cara ini mudah dan boleh difikirkan tapi untuk dipraktiskan agak sukar. Tapi itu terpulang kepada diri sendiri. Sekiranya kemahuan itu kuat, tiada yang mustahil :)