Kita tidak mampu meramal masa depan, kita kena bersedia dari segi mental dan fizikal serta tidak lupa juga dari segi kewangan.
Jika anda mempunyai kebolehan untuk meramal masa depan, tahniah untuk anda.
Pernahkah anda meminta untuk masa depan yang buntu tanpa duit wang ringgit?
Sudah tentu tidak.
Begitu juga dengan saya.
Walau bagaimana pun, malang tidak berbau.
Kalau malang itu berbau, sudah tentu kita cuba elakkan sebaik saja bau itu terhidu dari jauh.
Banyak faedah dan kebaikannya untuk anda jika amalkan sikap berjimat-cermat.
Antaranya :
1 | Persediaan dan bekalan masa depan.
Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit. Duit tak boleh bawa mati tapi bila takda duit rasa nak mati.
Mati pun perlukan duit.
Sebab tu kena ada duit lebih untuk menghadapi situasi yang tidak diduga.
Contoh situasi yang tidak diduga ialah kereta rosak. Bila tiada duit nak baiki, macamana nak pergi kerja untuk dapat duit gaji.
Uber/Grab pun bayar guna duit. Kecuali hari-hari dapat free Promo.
Situasi lain yang tidak diduga ialah dari segi kesihatan.
Itu la penting bagi kita untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Antara masalah yang sering dihadapi oleh rakyat Malaysia ialah obesiti.
Terdapat kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat badan dan bilangannya semakin meningkat dalam situasi di mana kira-kira lima juta individu menderita mengalami pelbagai peringkat penyakit kencing manis.
Baca juga : Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat
Untuk berjimat dalam jangka masa panjang, kena la jaga kesihatan setiap masa.

“Uber/Grab kan ada. “

Obesiti kini menjadi masalah kesihatan serius kepada Malaysia. Menurut Menteri Kesihatan baru-baru ini, setakat ini 8.5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4 juta daripada mereka adalah obes atau berat berlebihan yang melampau.- Harian Metro (21 April 2017)Untuk tampung kos rawatan kena ada duit.
Terdapat kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat badan dan bilangannya semakin meningkat dalam situasi di mana kira-kira lima juta individu menderita mengalami pelbagai peringkat penyakit kencing manis.
Baca juga : Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat
Untuk berjimat dalam jangka masa panjang, kena la jaga kesihatan setiap masa.
2 | Lebih banyak produk dan servis berkualiti dan murah
Apa kaitan berjimat-cermat dengan kualiti murah produk dan servis?
Kaitannya ialah..
Kalau la semua orang amalkan sikap jimat cermat (kalau), penguna akan lebih berwaspada untuk membeli barangan dan servis.
Penguna akan mengelak membeli yang bukan keperluan mereka. Mereka akan cuba minimumkan berbelanjaan mereka. Maka terlahir la penguna yang bijak.
Lalu berlumba-lumba pengeluar untuk mengeluarkan produk berkualiti serta murah bagi meningkatkan penjualan.
Logik kan?
Ianya tidak mustahil cuma susah sikit kerana kita sebagai penguna adakalanya membeli berbekalkan nafsu serakah.

3 | Melatih diri lebih disiplin
Pernah dengar tentang eksperimen marshmallow?
Eksperimen ini dikatakan bermula pada sekitar 1960-an.
Beberapa kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun diasingkan dan diletakkan satu mashmallow atas meja di hadapan mereka.
Mereka diberitahu bahawa mereka boleh memakan marshmallow tersebut pada masa itu tapi sekiranya mereka menunggu selama 15 minit dan tidak memakan marshmallow itu, mereka diberi tambahan satu lagi marshmallow.

Sumber gambar : HelloKids.com |
Universiti Standford yang menjalankan ekperimen ini kepada 600 kanak mendapati..
- Ada beberapa kanak-kanak yang memakan marshamallow pada masa yang berbeza kerana tidak dapat menahan diri selama 15 minit.
- Cuma sebahagian kecil dari kanak-kanak itu berjaya menahan diri daripada marshamallow itu dan diberikan satu lagi marshmallow, oreo atau pun pretzel.
Selepas beberapa tahun, hasilnya mengejutkan !
Didapati kanak-kanak yang berjaya menahan selama 15 minit dalam eksperimen tersebut mempunyai prestasi lebih baik dari segi akademik dan membuat keputusan berbanding mereka yang tidak berjaya menahan diri dalam 15 minit tersebut.
Sumber : Daily Mail. Marshmallow test - how resisting a sweet can lead to a better life
Apa peribahasa yang sesuai dengan eksperimen ini?
Begitu juga la kita, jika kita dapat menahan nafsu serakah dari membeli barang-barang mewah, kita tak perlulah bersusah-susah kemudian.
Nanti 2 minggu sebelum gaji, makan maggi tiap-tiap hari.

Bersusah –susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Begitu juga la kita, jika kita dapat menahan nafsu serakah dari membeli barang-barang mewah, kita tak perlulah bersusah-susah kemudian.
Nanti 2 minggu sebelum gaji, makan maggi tiap-tiap hari.
Tapi kalau mampu untuk beli barang-barang mewah, tidak mengapa. Beli ikut kemampuan diri sendiri, ukur baju di badan sendiri.
4 | Mengelakkan masalah rumah tangga
Memang indah kalau suami isteri sanggup mengharungi susah senang bersama. Orang kata duit itu tidak menjamin kebahagian rumah tangga.
Betul ke?
Menurut Rela Ahmad, Exco Pembangunan Wanita, faktor utama penceraian ialah masalah kewangan.
"Setiap hari ada pasangan yang bercerai. Rata-ratanya sudah berkahwin selama lima hingga 10 tahun. Mereka memberi alasan masalah ekonomi sebagai punca mereka bercerai," kata beliau.
Kerana kedudukan ekonomi yang tidak stabil, pasangan berkahwin menghadapi kesukaran sehingga membawa kepada tekanan terutama kepada pihak suami untuk menyara hidup keluarga mereka.
Pasangan berkahwin juga perlu pintar untuk mengurus soal kewangan dan tidak memilih perceraian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Sumber : Sinar Harian. Masalah kewangan punca utama penceraian.

Berbagai permasalahan akan timbul apabila berlakunya perceraian di antara suami dan isteri.
Namun begitu, apa yang terkesan sekali ialah anak yang sedang membesar. Bagaimana anak yang masih mentah hendak menghadapi situasi keluarga yang pincang di usianya masih belum mengenal erti kehidupan?
Sebagai ibu bapa juga perlulah berjimat cermat agar dapat memberikan pendidikan dan kasih sayang yang secukupnya untuk anak yang tercinta.
Bukan mudah untuk mendidik anak agar menjadi anak yang baik. Tanggungjawab ibu bapa memang mencabar, lebih-lebih lagi anakk mereka yang dalam generasi millenial ini.
Sebenarnya, untuk menghasilkan anak yang pintar, terdapat beberapa teknik dan formula yang boleh digunakan, ia sebenarnya bermula dari sejak anak tersebut di dalam kandungan lagi.
Setiap ibu bapa pasti ingin anak mereka pintar dan cerdas.
Yalah. Mana ada ibu bapa yang nak anak mereka yang ikut perangai iblis kan?
Zaman sudah berubah, dulu anak-anak yang berumur 4-6 tahun, banyak bermain nyorok-nyorok, kejar-kejar, cakar ayam, teng-teng dan sebagainya.. tetapi kini, anak-anak yang berumur 3 tahun pun sudah ada ipad/tablet sendiri.
Kesimpulannya
Amalan jimat cermat amalan mulia
Sekiranya kita mengamalkan sikap berjimat cermat, yang pasti ia sangat menguntungkan diri sendiri dan juga orang lain di sekeliling kita.
Memang banyak faedah berjimat-cermat, tapi boleh tak anda senaraikan faedah dan kebaikan amalan boros dan membazir?
Baca juga : Cara Berjimat Ringkas Dan Mudah