Malas : Penyakit Keturunan dan Genetik?

genetik-malas


Anda pernah berjanji kepada diri anda untuk siapkan sesuatu kerja tu keesokkan harinya?

Contohnya seperti bersenam, belajar ataupun mengemas rumah.

Dan bila hari esok tiba, anda akan kata lagi, “Besok la baru buat.”


Pernahkah anda terfikir kenapa sesetengah orang rajin bekerja dan sesetengah orang kuat merungut tentang kerja mereka?

Kenapa sesetengah orang berjaya dan sesetengah orang kurang berjaya?


Mungkin anda boleh salahkan genetik anda !

Cuba baca kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Universiti Missourri.

Kajian di University of Missouri membiakkan jenis tikus berdasarkan genetik yang sangat aktif dan sangat malas.

Sumber : Couch Potatoes May Be Genetically Predisposed to Being Lazy, MU Study 


Booth dan pasukannya meletakkan tikus dalam kandang dengan roda berputar untuk mengukur seberapa aktif tikus tersebut dalam jangka masa enam bulan.

Selepas itu, penyelidik mengasingkan tikus yang paling aktif dengan tikus yang paling malas untuk diperkembangkan generasi mereka

Keputusannya, selepas 10 generasi, tikus yang paling aktif mempunyai kecenderungan untuk lebih aktif berbanding dengan keturunan tikus pemalas.

Penyelidik menemui perbezaan genetik pada tikus yang diperoleh dari kedua-dua keturunan.

Penyelidik juga mendapati adanya perbezaan mitokondria pada sel otot, serta RNA dalam genetik tikus tersebut.

Terdapat sekurang-kurangnya 17,000 gen di bahagian otak yang berlainan. Sementara itu, terdapat 36 gen berbeza yang berkaitan dengan motivasi aktiviti fizikal.

Kajian ini diterbitkan dalam AJP - Regulatory, Integrative and Comparative Physiology.

"Penyelidikan ini menunjukkan bahawa mungkin saja kecenderungan untuk malas terbawa dalam gen. Hal ini tentu langkah penting untuk mengetahui penyebab obesiti pada manusia," kata penyelidik Frank Booth, seperti disiarkan oleh NY Daily News (09/04).


Anda mesti terfikir, itukan tikus bukannya manusia.

Walaupun begitu, penyelidik beranggapan bahawa genetik boleh memainkan peranan penting terhadap motivasi dan keaktifan manusia. 

Sel otak dan reaksi kimia seperti Serotonin, Dopamine & Endorphin dari aktiviti seharian haiwan seperti tikus adalah hampir serupa dengan yang ada pada manusia.


Jika anda rasa malas merupakan sebahagian dari genetik anda, anda boleh jadikan ianya sebagai alasan ataupun ...

anda boleh bangkit dan melawan genetik dan kemalasan anda.

Pilihan anda.

Saya faham bukan mudah untuk menghilangkan rasa malas bagi sesetengah orang, sekiranya berjaya, pasti merasa nikmatnya kejayaan.

Baca juga : 3 Cara Untuk Gagal Dalam Setiap Perkara


Persoalannya, boleh kita melawan genetik kemalasan dan takdir?

Satu kajian mengesahkan amalan seperti meditasi, senaman dan pernafasan dalam yoga boleh mengubah masalah gen berkaitan tekanan yang mengundang pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Ini bermakna anda mungkin bebas atau dapat merendahkan tahap tekanan selama-lamanya.

Kajian tersebut melibatkan 846 responden, menilai kesan biologi terhadap amalan yoga (senaman, meditasi, pernafasan), Qi gong dan Tai Chi mendedahkan satu penemuan yang mengejutkan.

Ketua penyelidik, Ivana Buric, seorang pelajar kedoktoran Universiti Coventry di England dan pasukannya terkejut melihat betapa amalan badan dan minda memberi kesan yang sama kepada tahap genetik.

“Meditasi dan senaman adalah 2 perkara berbeza tetapi apabila diamalkan selalu, ia memberi kesan sama terhadap tahap kesihatan,” katanya.

Sumber : Kajian mengesahkan yoga mampu ubah genetik, FMT.

Baca juga : Meditasi dan Manfaat Meditasi Kepada Diri dan Orang Lain
Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah.