Mobile Legend Bakal Diberhentikan ?



Mungkinkah Mobile Legends : Bang Bang bakal ditutup dan  diberhentikan kerana meniru game League of Legends?

Developer League of Legends ( LOL ), Riot Games akan menyaman Shanghai Moonton Technology  atas ketiga-tiga permainan telefon pintar yang dikeluarkan oleh kerana meneniru sebahagian besar dari konten LOL.

Ketiga-tiga permainan telefon pintar itu adalah Mobile Legends: 5V5 MOBA, Mobile Legends: Bang Bang, dan Magic Rush: Heroes.  Tuntutan mahkamah ini dibuat pada minggu lalu di Central District Court of California (via Dot Esports).

Sekiranya anda peminat permainan jenis sebegini (MOBA) anda pasti tidak terkejut dengan perkara begini kerana jenis permainan seakan-akan sama kesemuanya. Dari jenis, karakter, skills, map dan raksasa hutan.


Similiar logo LOL and ML
Gambar kredit : Dot Esport

Semuanya bermula dengan logonya. Kedua-duanya menggunakan font dan shield backdrops yang sama. Itu kita belum masuk lagi kepada tektur, rekaan map, skema warna, dan lokasinya ditiru hampir kesemuanya.


Similiar Base LOL and ML
Gambar kredit : Dot Esport

Menurut Dot Esports, Riot Games bukanlah melakukan tindakan melulu dengan terus mengambil tindakan mahkamah. 

Tuntutan pelanggaran hak cipta ini telah dilakukan selepas mereka telah cuba beberapa kali untuk menghubungi Google Play dan App Store bagi memadamkan kedua-dua Magic Rush dan Mobile Legends: 5V5 MOBA.

Moonton kemudian telah memadamkan Mobile Legends: 5V5 MOBA daripada App Store tanpa notis, dan selepas itu menaikkan semula game yang sama di bawah nama yang berbeza – iaitu Mobile Legends: Bang Bang.

Riot Games percaya bahawa Moonton telah menjana ribuan dollar, malah mungkin jutaan dollar – dengan hanya meniru League of Legends.

Bagaimana pula dengan DOTA 2?

Kredit : Dot Esport, JomGaming, Reddit