Berhenti Bandingkan Diri Dengan Orang Lain

Berhenti Bandingkan Diri Dengan Orang Lain


Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain.

Adakah kehidupan ini satu perlumbaan?

Dunia ini satu perjalanan namun bukan perlumbaan. Berhenti melihat di mana kedudukan orang lain dan fokus apa yang penting kepada diri anda sekarang.

Mungkin tanpa anda sedari, anda pernah bandingkan diri anda dengan orang lain dengan berkata,
  1. " Kenapa orang tu lagi berjaya dari aku? "
  2. " Orang tu hensem/cantik/sado dari aku? "
  3. " Untunglah, dia tu anak orang kaya. Belum lahir dah ada Iphone xx "

Antara punca kita seringkali membandingkan diri dengan orang lain :



1 | Media Sosial

Selalu kita nampak, orang upload gambar dekat facebook/instagram, gambar mereka melancong, makan sedap-sedap, gambar rumah dan kereta.

Bagi sesetengah orang, ia membuat mereka merasa rendah diri dan ada pula yang rasa tercabar.

Dan bermula la up status 

“ Tak payah la nak menunjuk, semua tu dunia bukan boleh bawa mati” 

" Macamana pun hebat kereta kita, nanti kita saiz kubur kita lebih kurang sama ..”

Walhal dalam hati, dengki/cemburu

Apa pun, sentiasa bersabar, jangan terlalu bandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang pasti berbeza dari segi kemampuan dan kerja keras.

Sekiranya anda rasa anda semakin membandingkan diri anda kerana sebab ini, langkah yang bijak adalah untuk mengurangkan masa yang anda luangkan dengan sosial media


2| Kurang keyakinan

Ada masanya kita rasa kita kurang berbanding orang lain, kurang yakin dengan kelebihan yang kita ada.

Maka perkara yang paling mudah dilakukan ialah menyalahkan takdir. 

Namun perkara yang jarang-jarang dibuat ialah bersyukur.

Salah satu cara yang baik ialah sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi. Fokus kepada kelebihan yang anda ada berbanding kekurangan yang ada.

Tumpukan perhatian kepada benda positif dan perkara positif akan datang kepada anda.


Sebab utama anda perlu berhenti bandingkan diri anda dengan orang lain


1 | Sentiasa berasa kurang

Bila membandingkan diri dengan orang lain, fokus akan memihak kepada kekurangan yang ada pada diri kita. Dalam kehidupan kita pasti ada yang lebih daripada anda.

Secara tidak sedar, menyebabkan anda tidak pernah puas dan kurang yakin dengan kelebihan yang anda ada.


2 | Sentiasa berasa lebih

Kadang-kadang kita bukan saja membandingkan diri dengan orang yang lebih berjaya dari kita tapi membandingkan orang yang gagal berbanding dengan diri kita.

Kita merasakan kita hebat sangat berbanding orang lain. Maka lahir la rasa ego dan riak yang tinggi.

Sehingga ada yang memandang rendah kepada mereka yang tidak berpelajaran dan bergaji kecil.

Dan baru-baru ni, ada orang viral kerana berbangga memiliki 6 buah rumah dengan gaji RM 2500. Yang menambah tak sedapnya, beliau merendahkan orang lain yang tidak berjaya memiliki rumah dengan alasan terlalu manja.

Setiap orang berbeza perjalanan dalam hidup ini kan? 


3 | Masalah mental

Sebuah kajian yang ditulis oleh Stephen R Swallow dan Nicholas A Kuiper di Clinical Psychology Review mendapati bahawa membandingkan diri sendiri dan orang lain menyebabkan kemurungan

Dalam kajian yang lain dibuat di Elsevier oleh Jennifer Dunn, Nicole E Ruedy, dan Maurice E Schweitzer juga mendapati ianya boleh menyebabkan anda susah mempercayai orang lain dan orang lain susah mempercayai anda.


Apabila kita terlalu fokus dengan orang lain, kita tidak ada masa untuk fokus dengan diri kita.

Janganlah menjadi seseorang yang tidak percaya pada kemampuan diri sendiri. Sebab, setiap orang memiliki kelebihan dan kelemahannya masing-masing.

Tanpa anda sedari anda sebenarnya lebih baik Namun, jangan lupa bahawa di luar sana ada banyak orang dengan situasi atau keadaan yang lebih buruk daripada anda.

Maka, bersyukurlah.

Kerana  dengan bersyukur, rezeki akan lebih murah. 

Antara perkara yang sukar untuk dalam hidup ini adalah..
Mencapai kebahagian
Lebih-lebih lagi bila kita mula membandingkan diri kita dengan orang lain. Kebahagian akan tertangguh selagi kita membandingkan diri kita dengan orang lain.


Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya dan mengatakan, dunia ni penuh persaingan, kalau tak bandingkan dengan orang lain, macamana nak berjaya?

Saya percaya, orang yang anda perlu bandingkan dengan anda ialah diri anda yang semalam.

Dan tanya diri anda hari ini,

Adakah saya melakukan yang terbaik hari ini, berbanding dengan diri saya semalam?