Showing posts with label Produktiviti. Show all posts
Showing posts with label Produktiviti. Show all posts

Kenapa Azam Tahun Baru Gagal?


azam baru tahun 2018. 2019, 2020


Apa khabar azam tahun lalu?

Tahun baru biasanya menjadi symbol bagi satu permulaan yang baru.

Kononnya 365 muka surat sudah berlalu dan tiba masanya untuk membuka buku baru bermula dengan muka surat pertama yang memberi maksud hari pertama dalam tahun baru.

Menurut Doktor psikologi, Dr John Narcoss dari Universtiy Scranton Penysvilla, hampir 44% mereka yang mempunyai azam tahun baru berjaya mencapainya dalam masa 6 bulan !

Adakah anda salah satu daripada 44% itu?

Namun Dr John mengatakan bahawa mereka yang benar-benar berjaya adalah mereka yang mencatat azam baru mereka dengan teliti.

Sebelum kita mengetahui cara untuk berjaya melengkapkan azam baru, samaada azam untuk kurus atau azam kumpul duit kahwin kali ketiga, mari kita tengok apakah penyebab kegagalan  bagi melengkapkan azam-azam baru kita.


1 | Anda cuba menang perlumbaan marathon dengan berlari seperti 100 meter.

Kesabaran itu penting.

Kebanyakan dari kita mahu cepat. Hari ni pergi gym, harap besok badan dah sado.

Bak kata Sammy Vellu, "hari ini hantar. semalam sampai !"

Sebab tu la juga banyak produk kecantikkan laku keras kerana menjanjikan pelanggan mereka dengan nilai “urgency” seperti
  1. Kesan secepat 2 hari.
  2. Calit-calit dah cantik
  3. Kunyah-kunyah dah putih
Ramai orang nak cepat dan senang walhal kejayaan itu perlukan kesabaran dan disiplin yang mantap.


2 |  Banyak fikir, banyak cakap tapi tiada perlaksanaan.

Untuk memulakan sesuatu memang perlu perancangan tapi kalau dari muka surat pertama buku tahun baru sampai habis 365 muka surat masih merancang, langsung tak buat, asyik-asyik besok la memang tak menjadi.

Esoknya jadi minggu depan,minggu depan jadi bulan depan, bulan depan jadi tahun depan.

 Dari 2018 hingga 2019 hingga wawasan 2020. Sampai la TN50.

Dalam konteks barat, mereka panggil ni sebagai “Analysis Paralysis” yang merujuk kepada mereka yang merancang dan analis sesuatu perkara terlalu lama sehingga tidak memulakan apa-apa perbuatan selain merancang.


3 | Tidak membuat catatan

nota, pen, azam baru tahun 2018. 2019, 2020

Mempunyai rekod tentang mengenai kemajuan anda akan membantu anda mengekalkan sikap "Saya BOLEH melakukan ini".


Apa yang anda perlukan ialah buku nota dan pen.

Contohnya anda ingin bersenam untuk lebih sihat.

Untuk setiap latihan, rekod latihan yang anda lakukan, bilangan pengulangan yang dilakukan, dan berapa berat yang anda gunakan jika berkenaan.

Matlamat anda? Buat dengan lebih baik untuk minggu dan bulan seterusnya.

Memperbaiki prestasi terbaik anda secara tetap dan konsisten memberikan maklum balas positif yang akan mendorong anda untuk meneruskan.


4 | Tidak mendapat sokongan

Agak sukar untuk sentiasa bermotivasi apabila kita berseorangan.

Anda sebenarnya tidak berseorangan. Anda boleh dapatkan sokongan dengan membuat status di facebook atau join mana-mana komuniti mengikut minat anda sendiri.

Mungkin anda ingin memperbaiki masakan, mungkin boleh like mana-mana page masakkan , group facebook ataupun group whatsapp.

Atau boleh tengok blog resepi Kak Eny di EnyAbdullah.com

Mengikut pengalaman saya sendiri, dengan mempunyai sokongan dari kawan atau keluarga boleh meningkatkan motivasi dan konsistensi serta kemahiran.

Sebelum ni, artikel-artikel yang saya postkan di dedauncomel, memang kurang audience dan trafik, kalau trafik tinggi pun tak konsisten.

Selepas join komuniti blogger AFBdotMY, trafik blog ini meningkat 20%-40% setiap bulan dan agak konsisten.

azam baru tahun 2018. 2019, 2020


5 | Tidak percaya dengan diri sendiri.

Kalau tak percaya dengan diri sendiri, siapa lagi yang nak percayakan anda?
Keyakinan itu penting. Tapi over-confident itu perlu dijauhkan.  [ Click To Tweet ]
Mungkin susah untuk percayakan diri sendiri setelah berulang kali menemui kegagalan.

Keraguan adakalanya sering bermain difikiran yang membataskan kemampuan sebenar yang ada dalam diri anda.

Salah satu cara untuk mengalahkan keraguan ialah percaya dengan diri sendiri.

Tiada orang peduli anda gagal 10 kali, 20 kali. Orang akan peduli bila anda sudah berjaya.

Tahun ini anda boleh cuba sekali lagi. Tetapi kali ini dengan lebih baik !


Sumber :
1. Norcross, J. C. (2013). Changeology: 5 steps to realizing your goals and resolutions.
2. Lifehack.com

Disusun dan diolah : dedauncomel.com

Anda Perlu 10,000 Jam Untuk Menjadi Hebat

Peraturan 10000 Jam, Cara Menjadi Hebat


Bagaimana perasaan anda jika menjadi antara yang terbaik di dunia dalam bidang yang anda minati?

Pada tahun 1993, tiga orang pakar bernama K. Anders Ericsson, Ralf Th. Krampe, dan Clemens Tesch Romer melakukan kajian di Berlin Academy of Music.

Mereka berusaha mencari jawapan bagaimana seseorang boleh menjadi hebat dan terbaik dalam sesuatu bidang.

Dengan bantuan seorang professor, mereka mengumpulkan pelajar tahun akhir dalam 3 kategori.
  1. calon guru musik, 
  2. calon pemusik profesional, 
  3. calon maestro/okestra muzik dunia. 

Pertanyaan mereka untuk pelajar tersebut ialah: Semua mahasiswa yang diterima dan belajar di akademi tersebut, pastilah orang-orang berbakat. 

Namun kenapakah akhirnya ‘hasil’ mereka berbeza? 

Ada yang sekadar menjadi pemuzik biasa, dan ada yang boleh menjadi pakar.

Bagi membolehkan jawapan kajian yang lebih tepat, mereka mengulangi kajian tersebut dengan model kategori yang sama. 

Bukan saja dalam bidang muzik, malah diulang berulang kali untuk kategori dan bidang yang berlainan seperti pemain catur dan olahragawan.

Akhirnya mereka menemukan kesimpulan yang luar biasa.

Kesimpulannya ialah mereka yang terbaik dalam bidang mereka adalah....

Mereka yang terbaik telah berlatih selama 10 000 jam !

Dan kini kesimpulan tersebut dikenali sebagai Peraturan 10 000 jam di seluruh di dunia.

Peraturan 10 000 jam ini telah dipopularkan oleh Malcolm Gladwell dalam buku The Outliers. 


Berapa lama 10 000 jam itu?


The Beatles, Cara Menjadi Hebat
The Beatles. Kredit : Spotify

Jika kita membelanjakan masa 3 jam sehari untuk berlatih, bermaksud kita perlukan 10 tahun bagi kita untuk menjadi seorang pakar.

Dalam bukunya itu, Gladwell mengulas The Beatles, band popular sebagai contoh sederhana yang membuktikan ‘kebenaran’ peraturan 10.000 jam.

Ternyata, The Beatles memerlukan 10 tahun untuk berjaya setelah kumpulan itu ditubuhkan pada 1957.


Anda kenal Bill Gates?

Bill Gates, Cara Menjadi Hebat
Kredit Gambar : Entreprenuer

Contoh kedua ialah Bills Gates.

Pada umur 13 tahun, Bill Gates, yang mulai membuat program komputer di tahun 1968. Pada usia 20 tahun, dia mendirikan Microsof yang tidak lama kemudian dipercaya sebuah sebuah syarikat gergasi pada ketika itu.

Kenapa tidak 10 tahun?

Karena Bill Gates melaburkan masa untuk berlatih lebih dari 3 jam sehari.

Di dalam autobiografinya ditulis, dia berlatih 7-8 jam sehari, bahkan sehingga tertidur di makmal komputer.

Namun pada usianya baru 20 tahun, dia sudah berlatih melebih dari 10.000 jam.


Pengkaji dan penulis buku lain tidak bersetuju !

Terdapat beberapa kajian dan pakar lain tidak bersetuju dengan Peratuan 10000 Jam.

Soalan yang sering dikemukakan oleh mereka adalah :


Mereka yang bekerja sebagai cikgu atau pengajar yang mempunyai pengalaman berbelas tahun kenapa masih membuat pelajar tertidur setiap kali kelas?


Mungkin mereka terlepas pandang antara aspek penting dalam Peraturan 10 000 Jam ialah deliberate practice
Peningkatan dalam latihan
Mereka yang tidak maju dalam bidang mereka walaupun telah melakukan perkara itu selama berbelas tahun sebenarnya melakukan perkara yang sama setiap hari tanpa memperbaiki kemahiran mereka.

Antara aspek yang penting dalam deliberate practice adalah :
  1. Menerima feedback dengan terbuka
  2. Menjadikan tugasan lebih mencabar
  3. Konsisten  meningkatkan kemahiran

Penulis buku 20 Hours Rule, Josh Kaufman kurang bersetuju dengan Peraturan 10000 Jam. Beliau mengatakan bahawa sesorang hanya memerlukan masa sebanyak 20 jam untuk mahir dalam sesuatu bidang.

Mahir dan menjadi antara yang terbaik merupakan perkara yang berbeza.

Penulis buku Tim Feriss pula mengatakan anda cuma perlu beberapa jam seminggu untuk menjadi lebih berjaya dalam bukunya 4 Hour WorkWeek.


Antara yang menarik tentang buku ini ialah Tim Feriss menyatakan sebahagian mereka yang mempunyai pendapatan yang banyak setiap tahun tidak semestinya kaya dan berjaya kerana masa yang mereka ada untuk keluarga atau berehat kadangnya sangat terhad.

Mereka yang benar-benar kaya bukanlah mereka yang mempunyai banyak duit, kekayaan yang sebenar adalah mereka yang pandai menguruskan masa dengan berkesan .

Baca juga :  Menjadi Magnet Kekayaan

Dalam buku beliau juga ada menceritakan bagaimana untuk menjimatkan masa dan mengandakan kewangan dengan cara outsourcing. 

Berhenti Bandingkan Diri Dengan Orang Lain

Berhenti Bandingkan Diri Dengan Orang Lain


Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain.

Adakah kehidupan ini satu perlumbaan?

Dunia ini satu perjalanan namun bukan perlumbaan. Berhenti melihat di mana kedudukan orang lain dan fokus apa yang penting kepada diri anda sekarang.

Mungkin tanpa anda sedari, anda pernah bandingkan diri anda dengan orang lain dengan berkata,
  1. " Kenapa orang tu lagi berjaya dari aku? "
  2. " Orang tu hensem/cantik/sado dari aku? "
  3. " Untunglah, dia tu anak orang kaya. Belum lahir dah ada Iphone xx "

Antara punca kita seringkali membandingkan diri dengan orang lain :



1 | Media Sosial

Selalu kita nampak, orang upload gambar dekat facebook/instagram, gambar mereka melancong, makan sedap-sedap, gambar rumah dan kereta.

Bagi sesetengah orang, ia membuat mereka merasa rendah diri dan ada pula yang rasa tercabar.

Dan bermula la up status 

“ Tak payah la nak menunjuk, semua tu dunia bukan boleh bawa mati” 

" Macamana pun hebat kereta kita, nanti kita saiz kubur kita lebih kurang sama ..”

Walhal dalam hati, dengki/cemburu

Apa pun, sentiasa bersabar, jangan terlalu bandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang pasti berbeza dari segi kemampuan dan kerja keras.

Sekiranya anda rasa anda semakin membandingkan diri anda kerana sebab ini, langkah yang bijak adalah untuk mengurangkan masa yang anda luangkan dengan sosial media


2| Kurang keyakinan

Ada masanya kita rasa kita kurang berbanding orang lain, kurang yakin dengan kelebihan yang kita ada.

Maka perkara yang paling mudah dilakukan ialah menyalahkan takdir. 

Namun perkara yang jarang-jarang dibuat ialah bersyukur.

Salah satu cara yang baik ialah sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi. Fokus kepada kelebihan yang anda ada berbanding kekurangan yang ada.

Tumpukan perhatian kepada benda positif dan perkara positif akan datang kepada anda.


Sebab utama anda perlu berhenti bandingkan diri anda dengan orang lain


1 | Sentiasa berasa kurang

Bila membandingkan diri dengan orang lain, fokus akan memihak kepada kekurangan yang ada pada diri kita. Dalam kehidupan kita pasti ada yang lebih daripada anda.

Secara tidak sedar, menyebabkan anda tidak pernah puas dan kurang yakin dengan kelebihan yang anda ada.


2 | Sentiasa berasa lebih

Kadang-kadang kita bukan saja membandingkan diri dengan orang yang lebih berjaya dari kita tapi membandingkan orang yang gagal berbanding dengan diri kita.

Kita merasakan kita hebat sangat berbanding orang lain. Maka lahir la rasa ego dan riak yang tinggi.

Sehingga ada yang memandang rendah kepada mereka yang tidak berpelajaran dan bergaji kecil.

Dan baru-baru ni, ada orang viral kerana berbangga memiliki 6 buah rumah dengan gaji RM 2500. Yang menambah tak sedapnya, beliau merendahkan orang lain yang tidak berjaya memiliki rumah dengan alasan terlalu manja.

Setiap orang berbeza perjalanan dalam hidup ini kan? 


3 | Masalah mental

Sebuah kajian yang ditulis oleh Stephen R Swallow dan Nicholas A Kuiper di Clinical Psychology Review mendapati bahawa membandingkan diri sendiri dan orang lain menyebabkan kemurungan

Dalam kajian yang lain dibuat di Elsevier oleh Jennifer Dunn, Nicole E Ruedy, dan Maurice E Schweitzer juga mendapati ianya boleh menyebabkan anda susah mempercayai orang lain dan orang lain susah mempercayai anda.


Apabila kita terlalu fokus dengan orang lain, kita tidak ada masa untuk fokus dengan diri kita.

Janganlah menjadi seseorang yang tidak percaya pada kemampuan diri sendiri. Sebab, setiap orang memiliki kelebihan dan kelemahannya masing-masing.

Tanpa anda sedari anda sebenarnya lebih baik Namun, jangan lupa bahawa di luar sana ada banyak orang dengan situasi atau keadaan yang lebih buruk daripada anda.

Maka, bersyukurlah.

Kerana  dengan bersyukur, rezeki akan lebih murah. 

Antara perkara yang sukar untuk dalam hidup ini adalah..
Mencapai kebahagian
Lebih-lebih lagi bila kita mula membandingkan diri kita dengan orang lain. Kebahagian akan tertangguh selagi kita membandingkan diri kita dengan orang lain.


Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya dan mengatakan, dunia ni penuh persaingan, kalau tak bandingkan dengan orang lain, macamana nak berjaya?

Saya percaya, orang yang anda perlu bandingkan dengan anda ialah diri anda yang semalam.

Dan tanya diri anda hari ini,

Adakah saya melakukan yang terbaik hari ini, berbanding dengan diri saya semalam?

Malas : Penyakit Keturunan dan Genetik?

genetik-malas


Anda pernah berjanji kepada diri anda untuk siapkan sesuatu kerja tu keesokkan harinya?

Contohnya seperti bersenam, belajar ataupun mengemas rumah.

Dan bila hari esok tiba, anda akan kata lagi, “Besok la baru buat.”


Pernahkah anda terfikir kenapa sesetengah orang rajin bekerja dan sesetengah orang kuat merungut tentang kerja mereka?

Kenapa sesetengah orang berjaya dan sesetengah orang kurang berjaya?


Mungkin anda boleh salahkan genetik anda !

Cuba baca kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Universiti Missourri.

Kajian di University of Missouri membiakkan jenis tikus berdasarkan genetik yang sangat aktif dan sangat malas.

Sumber : Couch Potatoes May Be Genetically Predisposed to Being Lazy, MU Study 


Booth dan pasukannya meletakkan tikus dalam kandang dengan roda berputar untuk mengukur seberapa aktif tikus tersebut dalam jangka masa enam bulan.

Selepas itu, penyelidik mengasingkan tikus yang paling aktif dengan tikus yang paling malas untuk diperkembangkan generasi mereka

Keputusannya, selepas 10 generasi, tikus yang paling aktif mempunyai kecenderungan untuk lebih aktif berbanding dengan keturunan tikus pemalas.

Penyelidik menemui perbezaan genetik pada tikus yang diperoleh dari kedua-dua keturunan.

Penyelidik juga mendapati adanya perbezaan mitokondria pada sel otot, serta RNA dalam genetik tikus tersebut.

Terdapat sekurang-kurangnya 17,000 gen di bahagian otak yang berlainan. Sementara itu, terdapat 36 gen berbeza yang berkaitan dengan motivasi aktiviti fizikal.

Kajian ini diterbitkan dalam AJP - Regulatory, Integrative and Comparative Physiology.

"Penyelidikan ini menunjukkan bahawa mungkin saja kecenderungan untuk malas terbawa dalam gen. Hal ini tentu langkah penting untuk mengetahui penyebab obesiti pada manusia," kata penyelidik Frank Booth, seperti disiarkan oleh NY Daily News (09/04).


Anda mesti terfikir, itukan tikus bukannya manusia.

Walaupun begitu, penyelidik beranggapan bahawa genetik boleh memainkan peranan penting terhadap motivasi dan keaktifan manusia. 

Sel otak dan reaksi kimia seperti Serotonin, Dopamine & Endorphin dari aktiviti seharian haiwan seperti tikus adalah hampir serupa dengan yang ada pada manusia.


Jika anda rasa malas merupakan sebahagian dari genetik anda, anda boleh jadikan ianya sebagai alasan ataupun ...

anda boleh bangkit dan melawan genetik dan kemalasan anda.

Pilihan anda.

Saya faham bukan mudah untuk menghilangkan rasa malas bagi sesetengah orang, sekiranya berjaya, pasti merasa nikmatnya kejayaan.

Baca juga : 3 Cara Untuk Gagal Dalam Setiap Perkara


Persoalannya, boleh kita melawan genetik kemalasan dan takdir?

Satu kajian mengesahkan amalan seperti meditasi, senaman dan pernafasan dalam yoga boleh mengubah masalah gen berkaitan tekanan yang mengundang pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Ini bermakna anda mungkin bebas atau dapat merendahkan tahap tekanan selama-lamanya.

Kajian tersebut melibatkan 846 responden, menilai kesan biologi terhadap amalan yoga (senaman, meditasi, pernafasan), Qi gong dan Tai Chi mendedahkan satu penemuan yang mengejutkan.

Ketua penyelidik, Ivana Buric, seorang pelajar kedoktoran Universiti Coventry di England dan pasukannya terkejut melihat betapa amalan badan dan minda memberi kesan yang sama kepada tahap genetik.

“Meditasi dan senaman adalah 2 perkara berbeza tetapi apabila diamalkan selalu, ia memberi kesan sama terhadap tahap kesihatan,” katanya.

Sumber : Kajian mengesahkan yoga mampu ubah genetik, FMT.

Baca juga : Meditasi dan Manfaat Meditasi Kepada Diri dan Orang Lain
Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah.

Meditasi dan Manfaat Meditasi Kepada Diri dan Orang Lain

Apakah itu meditasi?


Manfaat Meditasi


Meditasi yang akan dibincangkan dalam artikel ini bukan la Kumpulan Meditasi yang pernah popular pada suatu ketika dahulu.

Meditasi yang dimaksudkan ialah salah satu cara untuk mendapatkan kesedaran tentang apa yang berlaku dalam minda kita.

Dalam dunia serba sibuk ni, kadang-kadang kita tidak sedar dengan apa yang berlaku sekeliling kita dan apa yang berlaku di dalam minda kita.

Pernahkah anda berkata kepada diri anda, “ Cepatnya masa berlalu. Tak sedar-sedar dah nak habis tahun dah ni.”

Hal ini kerana dalam minda terlalu banyak fikiran-fikiran yang menganggu kita untuk fokus dengan persekitaran.

Dengan meditasi , sesorang itu mampu untuk mengawal perasaan kerana dia sedar tentang apa yang bermain di fikirannya.

Terdapat beberapa cara untuk meditasi yang ada dan setiap orang mungkin mempunyai sebab masing-masing untuk bermeditasi.

Meditasi ada kalanya disalah anggap sebagai amalan yang cuma dilakukan oleh sami atau penganut agama lain.

Sebenarnya meditasi boleh dipraktiskan oleh sesiapa saja dan mengikut kajian para pakar neurologi, meditasi boleh membantu dalam perkembangan otak dan juga memberi manfaat kepada tubuh badan. [Sumber


Antara manfaat meditasi ialah


Mengurangkan tekanan akibat perkerjaan yang sibuk

Akibat kerja yang banyak dan arahan dari ketua yang tidak pernah memahami tugas anda, minda anda bercelaru. 

Tapi kerja perlu terus dilakukan untuk mencari sesuap nasi. 

Meditasi mengelakkan anda untuk terus berserabut dan menyelesaikan tugas satu persatu dengan fikiran yang tenang.

Meningkatkan keyakinan

Fikiran yang tenang, meningkatkan kenyakinan kerana tidak perlu risau dengan fikiran negative yang bakal menganggu minda.

Mengurangkan depressi/kemurungan

Dengan sedar tentang perkara yang boleh menyebabkan pemikiran mencadi kacau bilau. Meditasi boleh meleraikan kekusutan dan kemurungan/depressi.

Merapatkan hubungan dengan orang sekeliling

Emosi yang stabil dari minda yang stabil membolehkan seseorang peka dengan hubungan dan komunikasi dengan orang lain lalu menjadikan hubungan antara rakan dan keluarga semakin baik.

Meningkatkan fokus

Mereka yang bermeditasi dapat menghiraukan kesalahan masalah lalu dan member tumpuan untuk masa yang sekarang.


Pada mereka yang memulakan meditasi, ianya memang tidak semudah yang disangka. 

Bila kita cuba untuk mengosongkan minda, terdapat fikiran yang akan menganggu seperti terkenangkan kisah-kisah dan kesilapan yang lalu atau pun memikiran apa akan terjadi pada masa depan.

Antara tujuan meditasi adalah supaya menyedarkan bahawa kita bukan berada pada masa lalu ataupun masa harapan. Kita berapa pada masa sekarang, pada saat ini.

Mungkin susah untuk difahami. Menurut buku The Power of Now, antara sebab kita berasa murung adalah disebabkan masa lalu dan yang menyebabkan kita sentiasa risau adalah disebabkan masa hadapan,

Penulis buku The Power Of Now , Eckhart Tolle juga, perkara dulu suda berlalu dan tiada ada apa yang dapat mengubahnya dan masa hadapan belum berlaku tidak banyak yang boleh kita lakukan. 

Oleh itu , fokus apa yang kita boleh lakukan sekarang, pada saat ini.

Dengan itu kita dapat tenangkan diri dari masa lalu yang telah pergi dan masa hapadan yang belum berlaku.

Apa Itu Peraturan 5 Saat ?



Apa Itu Peraturan 5 Saat ?

Peraturan 5 Saat merupakan salah satu trik dan cara untuk menghindari diri daripada sikap bertangguh.

Anda cuma ada 5 saat untuk mengambil keputusan bagi memulakan sesuatu tugas sebelum ganguan secara fizikal atau mental berlaku dalam minda anda.

Peraturan ini sebenarnya sudah lama digunakan oleh orang-orang dahulu untuk meningkatkan produktiviti tetapi dipopularkan semula oleh Mel Robbins dalam bukunya "The 5 Second Rule: Transform your Life, Work, and Confidence with Everyday Courage"

Bagaimana Peraturan 5 Saat boleh meningkatkan produktiviti?

Otak kita berfungsi untuk melindungi dan menghindari kita daripada melakukan perkara yang kita tidak selesa. Hal ini adalah salah satu bagi otak  untuk mengelakkan kita daripada melakukan benda yang boleh membahayakan diri.

Kalau hendak berubah, kita kena keluar dari zon selesa. 

Jika mahu bersenam, biasanya kita akan cakap pada diri sendiri, "alaa, kejap lagi la," dan akhirnya kita menangguhkan kerja itu selama beberapa jam ataupun beberapa hari.

Bila anda bertangguh lebih dari 5 saat, otak anda akan sempat untuk mengeluarkan fikiran negatif seperti :
  1. Malaslah nak bersenam, nanti la sejam kemudian.
  2. Mesti penat kalau bersenam, nanti tak dapat pula buat kerja lain.
  3. Best lagi layan Mobile Legends, Facebook dan Youtube dari bersenam.
  4. Makan jamu pun boleh 
Jika anda ingin bersenam, cuba kira 5 saat secara menurun.

5..

4..

3..

2..

1

dan sebelum angka 1, buat pergerakan badan seperti menukar baju sukan ataupun melalukan satu 1 tekan tubi.

Baca juga : Senaman Efektif Untuk Kuruskan Badan 

Produktiviti adalah proses  melakukan sesuatu yang penting untuk anda. Peraturan 5 saat nampak mudah tapi jangan biarkan ia memperdayakan anda.

Hal ini kerana anda perlukan kekuatan minda untuk bermula. Jadi paksa diri anda untuk mulakan sesuatu dalam kiraan 5 saat anda kebaikan diri anda sendiri

Anda mungkin tahu cara untuk buat duit secara online tapi untuk memulakan berblog selalu bertangguh.

Bangun awal, fokus dan paksa untuk mulakan perkara paling penting yang anda dalam kiraan 5 saat.

Bila anda ubah perbuatan anda, anda mengubah segalanya.

Untuk muat turun imej ini (600x600) : [ KLIK SINI ]

Jika anda rasa perkara itu betul-betul penting, anda akan cari masa untuk melakukannya. [ Click to Tweet ]

Anda ada peluang untuk memutuskan apa yang terbaik untuk anda.

Semoga berjaya ;)