Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Meditasi dan Manfaat Meditasi Kepada Diri dan Orang Lain

Apakah itu meditasi?


Manfaat Meditasi


Meditasi yang akan dibincangkan dalam artikel ini bukan la Kumpulan Meditasi yang pernah popular pada suatu ketika dahulu.

Meditasi yang dimaksudkan ialah salah satu cara untuk mendapatkan kesedaran tentang apa yang berlaku dalam minda kita.

Dalam dunia serba sibuk ni, kadang-kadang kita tidak sedar dengan apa yang berlaku sekeliling kita dan apa yang berlaku di dalam minda kita.

Pernahkah anda berkata kepada diri anda, “ Cepatnya masa berlalu. Tak sedar-sedar dah nak habis tahun dah ni.”

Hal ini kerana dalam minda terlalu banyak fikiran-fikiran yang menganggu kita untuk fokus dengan persekitaran.

Dengan meditasi , sesorang itu mampu untuk mengawal perasaan kerana dia sedar tentang apa yang bermain di fikirannya.

Terdapat beberapa cara untuk meditasi yang ada dan setiap orang mungkin mempunyai sebab masing-masing untuk bermeditasi.

Meditasi ada kalanya disalah anggap sebagai amalan yang cuma dilakukan oleh sami atau penganut agama lain.

Sebenarnya meditasi boleh dipraktiskan oleh sesiapa saja dan mengikut kajian para pakar neurologi, meditasi boleh membantu dalam perkembangan otak dan juga memberi manfaat kepada tubuh badan. [Sumber


Antara manfaat meditasi ialah


Mengurangkan tekanan akibat perkerjaan yang sibuk

Akibat kerja yang banyak dan arahan dari ketua yang tidak pernah memahami tugas anda, minda anda bercelaru. 

Tapi kerja perlu terus dilakukan untuk mencari sesuap nasi. 

Meditasi mengelakkan anda untuk terus berserabut dan menyelesaikan tugas satu persatu dengan fikiran yang tenang.

Meningkatkan keyakinan

Fikiran yang tenang, meningkatkan kenyakinan kerana tidak perlu risau dengan fikiran negative yang bakal menganggu minda.

Mengurangkan depressi/kemurungan

Dengan sedar tentang perkara yang boleh menyebabkan pemikiran mencadi kacau bilau. Meditasi boleh meleraikan kekusutan dan kemurungan/depressi.

Merapatkan hubungan dengan orang sekeliling

Emosi yang stabil dari minda yang stabil membolehkan seseorang peka dengan hubungan dan komunikasi dengan orang lain lalu menjadikan hubungan antara rakan dan keluarga semakin baik.

Meningkatkan fokus

Mereka yang bermeditasi dapat menghiraukan kesalahan masalah lalu dan member tumpuan untuk masa yang sekarang.


Pada mereka yang memulakan meditasi, ianya memang tidak semudah yang disangka. 

Bila kita cuba untuk mengosongkan minda, terdapat fikiran yang akan menganggu seperti terkenangkan kisah-kisah dan kesilapan yang lalu atau pun memikiran apa akan terjadi pada masa depan.

Antara tujuan meditasi adalah supaya menyedarkan bahawa kita bukan berada pada masa lalu ataupun masa harapan. Kita berapa pada masa sekarang, pada saat ini.

Mungkin susah untuk difahami. Menurut buku The Power of Now, antara sebab kita berasa murung adalah disebabkan masa lalu dan yang menyebabkan kita sentiasa risau adalah disebabkan masa hadapan,

Penulis buku The Power Of Now , Eckhart Tolle juga, perkara dulu suda berlalu dan tiada ada apa yang dapat mengubahnya dan masa hadapan belum berlaku tidak banyak yang boleh kita lakukan. 

Oleh itu , fokus apa yang kita boleh lakukan sekarang, pada saat ini.

Dengan itu kita dapat tenangkan diri dari masa lalu yang telah pergi dan masa hapadan yang belum berlaku.

Bina Rutin Positif Baru Hanya Dengan 20 Saat


Setiap orang pasti ingin berjaya. Mungkin jarang sekali kita temui orang yang ingin gagal dalam hidup.

Pernah tak anda teringin untuk menjadikan kehidupan anda lebih baik?

Pernah tak anda merancang pada malam ini untuk jadikan besok hari yang terbaik dalam hidup anda dan apabila esok hari tiba anda tidak melaukan apa-apa yang anda rancangkan?

Di dalam buku The Happiness Advantage, penulis buku dan juga pengkaji,  Shawn Achor menceritakan bagaimana beliau ingin menjadikan bermain gitar sebagai rutin harian beliau.

Walau bagaimana pun, beliau menghadapi masalah untuk melakukannya.

Shawn Achor tidak mampu untuk memotivasikan dirinya untuk bermain gitar setiap hari. Apapun yang terjadi, gitar tersebut masih tidak tersentuh dari tempatnya.

Masalah seperti ini sering terjadi kepada orang lain termasuk juga saya.

Sekiranya kita hendak tukarkan tabiat untuk jangka masa panjang, pada mulanya kita kena bergantung dengan kemahuan yang kuat.

Masalah dengan kemahuan, kadang-kadang kita terganggu dengan ganguan persekitaran yang menyebabkan kita letih dalam membuat keputusan yang penting.

Rutin harian seperti bermain permainan online atau melayani Facebook berpuluh-puluh jam lebih mudah berbanding membuat sesuatu yang produktif seperti bersenam.

Kenapa hal ini terjadi?

Hal ini kerana halangan masa untuk melayani Facebook adalah kurang berbanding dengan bersenam.

Bayangkan untuk Facebook, anda yang perlu ambil telefon pintar, swipe dan tekan icon Facebook.

Tak sampai 20 saat.

Bila bersenam, anda perlu bangun, tukar pakaian yang sesuai dan panaskan badan sementara dalam fikiran anda berbisik, " mesti penat dan berpeluh-peluh nanti ni."

Tapi bagaimana jika anda ada cara untuk mengubah keadaan ini? 

Mahukah anda mencubanya?

Dalam cerita Shawn Achor, untuk berlatih bermain gitar, dia perlu keluarkan gitar dari almarinya yang mana memaksa dia mengeluarkan tenaga yang lebih untuk mula berlatih.

Perkara tersebut mengambil masa 20 saat. Dan jarak masa 20 saat ini membezakan antara berjaya untuk memulakan latihan gitar sebagai rutin harian ataupun tidak.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Shawn cuba meletakkan gitar betul-betul di tengah apartmennya.

Hasilnya?

Sumber Gambar: Mashable

Dia berjaya berlatih gitar untuk 21 hari berturut-turut tanpa ada masalah.

Beliau menamakan teknik ini sebagai Peraturan 20 saat.
" Dengan mengurangkan halangan masa selama 20 saat, saya berjaya menbina rutin harian yang baru," kata Shawn Achor.
Peraturan 20 saat bukan saja boleh digunakan untuk membina tabiat baru , ia juga mampu untuk mengubah tabiat negatif kepada positf.

Shawn melakukan percubaan yang lain lagi. Beliau ingin mengubah tabiat menonton televisyen selepas balik dari kerja kepada membaca dan juga menulis buku beliau.

Oleh itu, beliau mengeluarkan bateri dari remote kawalan televisyen dan meletakkan bateri tersebut jauh daripada ruang tamunya.

Apabila beliau balik dari kerja, beliau cuba menghidupkan televisyen dengan a;at kawalan dengan menekan berulang kembali tanpa menyedari beliau terlupa bateri alat kawalan diletakkan jauh dari televisyen.

Beliau berkata beliau benci melakukakan perkara begini tapi akhirnya beliau berjaya mengurangkan tabiat menonton televisyen sehingga larut malam.

Anda boleh mencuba peraturan 20 saat ini dengan perkara lain juga.. 

Cuma anda kena ingat, anda kena kurangkan halangan masa untuk melakukan perkara positif dan tingkatkan halangan masa untuk perkara negatif.

Sekrianya anda ingin kurangkan makan makanan segera, anda boleh berhenti simpan makanan segera anda di kabinet dapur anda.

Anda ingin kurangkan masa anda di media sosial, delete app tersebut dari telefon pintar anda. Usaha anda untuk ke Appstore, muat turun apps tersebut dan log in semula boleh membuatkan anda mengubah tabiat anda.

Sumber Gambar :  Palife

Sekiranya anda rasa tak nak delete,anda boleh cuba untuk daftar keluar (log-out) selepas anda tamat online ataupun sebelum anda tidur.

Saya sendiri telah mencubanya dan saya berjaya kurangkan tabiat memeriksa media sosial selepas bagnun dari tidur

Pada entri sebelum ini, saya ada kongsikan tentang Peraturan 5 saat.


Apa beza Peraturan 5 saat dengan Peraturan 20 saat?

Peraturan 5 saat


Salah satu teknik untuk anda memulakan sesuatu tugas. 5.. 4 ..3 ..2 . terus mulakan tugas tanpa membenarkan minda separa sedar anda keluarkan alasan-alasan untuk menangguhkan tugas.

Memang sukar untuk memulakan sesuatu tugas tapi bila sudah memulakannya, rasa macam tak nak berhenti.

Peraturan 20 saat


Teknik untuk membina rutin harian dengan mengurangkan halangan masa untuk tugas atau tabiat.

Ia juga digunakan sebagai teknik untuk melengahkan masa utuk tidak melakukan tabiat negatif sehingga anda tidak suka dengan tabiat tersebut

Bukan mudah untuk mengubah tabiat dan membina satu rutin yang baru. Kena ada latihan dan kosistensi [Click To Tweet]



Apa Itu Peraturan 5 Saat ?



Apa Itu Peraturan 5 Saat ?

Peraturan 5 Saat merupakan salah satu trik dan cara untuk menghindari diri daripada sikap bertangguh.

Anda cuma ada 5 saat untuk mengambil keputusan bagi memulakan sesuatu tugas sebelum ganguan secara fizikal atau mental berlaku dalam minda anda.

Peraturan ini sebenarnya sudah lama digunakan oleh orang-orang dahulu untuk meningkatkan produktiviti tetapi dipopularkan semula oleh Mel Robbins dalam bukunya "The 5 Second Rule: Transform your Life, Work, and Confidence with Everyday Courage"

Bagaimana Peraturan 5 Saat boleh meningkatkan produktiviti?

Otak kita berfungsi untuk melindungi dan menghindari kita daripada melakukan perkara yang kita tidak selesa. Hal ini adalah salah satu bagi otak  untuk mengelakkan kita daripada melakukan benda yang boleh membahayakan diri.

Kalau hendak berubah, kita kena keluar dari zon selesa. 

Jika mahu bersenam, biasanya kita akan cakap pada diri sendiri, "alaa, kejap lagi la," dan akhirnya kita menangguhkan kerja itu selama beberapa jam ataupun beberapa hari.

Bila anda bertangguh lebih dari 5 saat, otak anda akan sempat untuk mengeluarkan fikiran negatif seperti :
  1. Malaslah nak bersenam, nanti la sejam kemudian.
  2. Mesti penat kalau bersenam, nanti tak dapat pula buat kerja lain.
  3. Best lagi layan Mobile Legends, Facebook dan Youtube dari bersenam.
  4. Makan jamu pun boleh 
Jika anda ingin bersenam, cuba kira 5 saat secara menurun.

5..

4..

3..

2..

1

dan sebelum angka 1, buat pergerakan badan seperti menukar baju sukan ataupun melalukan satu 1 tekan tubi.

Baca juga : Senaman Efektif Untuk Kuruskan Badan 

Produktiviti adalah proses  melakukan sesuatu yang penting untuk anda. Peraturan 5 saat nampak mudah tapi jangan biarkan ia memperdayakan anda.

Hal ini kerana anda perlukan kekuatan minda untuk bermula. Jadi paksa diri anda untuk mulakan sesuatu dalam kiraan 5 saat anda kebaikan diri anda sendiri

Anda mungkin tahu cara untuk buat duit secara online tapi untuk memulakan berblog selalu bertangguh.

Bangun awal, fokus dan paksa untuk mulakan perkara paling penting yang anda dalam kiraan 5 saat.

Bila anda ubah perbuatan anda, anda mengubah segalanya.

Untuk muat turun imej ini (600x600) : [ KLIK SINI ]

Jika anda rasa perkara itu betul-betul penting, anda akan cari masa untuk melakukannya. [ Click to Tweet ]

Anda ada peluang untuk memutuskan apa yang terbaik untuk anda.

Semoga berjaya ;)

3 Cara Untuk Gagal Dalam Setiap Perkara

Sebab Gagal Menjadi Kaya


Semua orang pasti ingin menjadikan hari mereka lebih baik dari sebelumnya.

Walaupun kita sudah merancang untuk memperbaiki diri untuk hari akan mendatang, adakalanya kita hanya mampu merancang.

Anda ingin berjaya dalam hidup, hendak perbaiki hubungan dengan pasangan, mengamalkan gaya hidup yang sihat, kuruskan badan, bersenam ataupun berhenti merokok tapi..

merancang itu sangat mudah, tapi untuk melaksanakan perancangan itu agak susah dan bakal menemui banyak halangan lalu menuju kearah kegagalan.

Kegagalan bukan la penamat dan sebenarnya  boleh dijadikan sebagai pengajaran dan pembakar semangat untuk terus berjaya sekiranya dilihat dari perspektif yang positif.


Apakah punca kegagalan ?

 Kenapakah kegagalan seringkali terjadi biarpun kita sudah cuba yang terbaik?


Kita kena akui yang kejayaan  tidak semudah yang kita rancangkan. Bukan saja kita kena tukar tabiat dan kebiasaan sifat malas serta bertangguh kita juga kena ubah mindset (cara kita berfikir) ke arah yang betul.

Terdapat beberapa perkara yang membuatkan kita merasa tidak gembira dengan prestasi semasa dan ia boleh meningkatkan peratusan kegagalan hingga ke 100%.


Cari kesalahan orang lain atas masalah dan kegagalan anda



Ada dari kita lebih cenderung untuk mencari kesalahan orang lain daripada menilai silap yang kita buat sendiri.

Mencari kesalahan orang lain adalah lebih mudah dari melihat dan memperbaiki kesalahan sendiri. [CLICK TO TWEET]

Kita salahkan kerajaan kerana naikkan harga barang sesuka hati, kita marah sebab bos tak baik naik gaji dan kita cemburu orang lain dilahirkan dari kecil dikurniakan dengan kekayaan.

Cuma ada orang lain yang berada pada generasi dan era sama, daripada setiap hari memikirkan kesalahan orang lain dia setiap hari memikirkan cara menjana pendapatan sampingan secara bisnes online atau pun bisnes offline.


Mengeluh dan merungut tentang segalanya



Keghairahan untuk merungut itu ada boleh menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan dan emosi, serta sentiasa melihat sesuatu isu hanya daripada perspektif dirinya sendiri sahaja.

Kita merungut untuk rumah yang kita kena bersihkan, mop lantai,lap tingkap, sapu rumah dan sebagainya hari-hari.

Tapi bersyukurlah kerana itu menandakan kita masih lagi mempunyai tempat tinggal untuk berlindung dari hujan dan panas.

Setiap pagi jam lonceng berbunyi dan kita merungut kemalasan, walhal itu menandakan kita diberikan kesempatan untuk mengharungi hari itu sekali lagi.

Tidak bersyukur



Yang sering membuat kita tak bersyukur adalah kecenderungan membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain.

Kerana sikap yang sentiasa membanding-bandingkan timbul perasaan selalu berasa kekurangan dengan diri.

Hal ini boleh menyebabkan kita tumpukan perhatian kepada kelebihan orang lain dan fokus dengan kelemahan diri sendiri.

Ini juga membuat keyakinan diri menjunam dan sering memaki diri sendiri atas kekurangan yang ada.

Kenapa perlu bersyukur?

Dengan bersyukur, kita akan berprasangka baik dengan orang lain, menerima nikmat dengan ikhlas,berasa tenang dan  ini ia membuatkan kita  dapat berfikir dan bertindak dengan positif serta menarik perkara dan energi positif.

Sebaliknya, jika sentiasa tidak bersyukur tentang nikmat yang diberi, maka rezeki pun semakin menjauhi.


Ringkasan: 3 Cara Untuk Gagal Dalam Setiap Perkara

  1. Cari kesalahan orang lain atas masalah dan kegagalan diri sendiri.
  2. Mengeluh dan merungut dalam setiap situasi
  3. Tidak bersyukur dengan nikmat yang ada
Sebab gagal menjadi kaya

Untuk download wallpaper ini : KLIK SINI

King Coco Jana Pendapatan RM20,000 Sebulan



Siapa yang tak kenal dengan Instafamous, King Coco yang sering mencetuskan kontroversi.

Ramai yang mengkritik cara percakapan Coco kerana ia seperti dibuat-buat. Namun Coco menegaskan bahawa ia adalah identiti dirinya dan telah biasa bercakap seperti itu sejak dulu lagi




“Keturunan saya mempunyai kacukan Cina, Pakistan dan Serani. Sedikit sebanyak, slang di rumah turut mempengaruhi gaya percakapan kami.”

Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail berkata, kritikan dari netizen tentang video viralnya itu sekaligus membuka pintu rezeki buat dirinya dan keluarga.

“Perniagaan melalui media sosial sememangnya banyak bergantung pada populariti, lebih-lebih lagi yang berlandaskan paid review kerana iklan kita seharusnya dapat dilihat oleh ramai orang. Ditambah hobi saya yang suka merakam video.”




Tambah Coco, dia kini mampu menjana pendapatan sehingga RM20,000 sebulan dengan melakukan paid review.

“Bermula dengan suka-suka, Alhamdulilah sekarang saya mampu menjana sekitar RM20,000 sebulan. Dalam bidang ini, banyak cabaran dari klien.

Ada yang kurang sabar dan ada yang minta refund apabila hasilnya tak mendapat sambutan.
Apa pun saya cuba bersikap profesional,”ujar Coco kepada Majalah Nona.

Sumber: Majalah Nona

Orang yang kutuk-kutuk dapat apa? Dapat dosa je.. Okay boleh baca ni : Pengajaran yang bernilai $25,000 !

Anda Stress Atau Depresi ? Dan Kisah Lexi.

ciri-ciri, gambar, orang depressi

Sekiranya anda diselubungi oleh stress, anda tidak keseorangan. Ianya normal.

Tahukan anda bahawa ada stress boleh memotivasikan diri kita? Stress positif  ini kenali sebagai ustress, stress jangka pendek yang boleh memberikan kekuatan, meningkatkan kreativiti dan semangat.

Tapi pada topik hari ini, kita akan membincangkan tentang stress negatif dan depressi.


Apakah itu stress?


Stress merupakan suatu respon terhadap kejadian yang berlaku di persekitaran kita.

Ketika dilanda stress,otak kita membaca sesuatu kejadian itu dan sebagai mekanisma perlindungan diri memberi signal kepada tubuh dan hormon dan reaksi kimia seperti adrenalin, kortisol, dan norepinefrin.[Sumber]

Kadangkala stress boleh membantu menyelesaikan tugasan dan hal harus anda lakukan, tetapi stress yang banyak dan berterusan boleh membuat kita tertekan dan keletihan.

Ianya boleh menjejaskan anda  dari segi fizikal, mental dan emosi.

Stress adalah baik sekiranya ia memotivasikan anda tapi ianya teruk jika berlaku sebaliknya dan ia boleh membawa kepada depresi.

Apakah itu depresi?


Depresi merupakan lebih serius dan berlaku dalam jangka masa lama berbanding stress. Ianya perlu ditangani dengan segera.

Ia juga boleh disebabkan oleh genetik dan suasana persekitaran kehidupan harian. [Sumber] 

Kehidupan harian yang sukar boleh membawa risiko depresi sekiranya stress tidak hadapi dengan sebaiknya.

Depresi boleh menyebabkan perubahan besar kepada emosi seperti berasa sedih dan putus asa, menjauhkan diri dengan orang lain, hilang semangat dan tidak bermotivasi.

Apakah beza depressi dan stress ?

Sebahagian besar menganggap bahawa depresi dan stress merupakan perkara yang sama. Akan tetapi terdapat perbezaan besar antara kedua-dua.

Depresi sekiranya tidak ditangani dengan berkesan boleh memudaratkan nyawa.

Ianya penting untuk anda mengetahui samaada anda mengalami depresi atau pun stress agar anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga sebelum terlambat.
Anda boleh mengambil ujian stress/depresi di : Take the Depression, Anxiety & Stress Test

Gejala/tanda-tanda Stress dan Depresi


Antara gejala Stress


  1. Susah untuk tidur.
  2. Sukar untuk menumpukan perhatian.
  3. Perubahan rutin makan.
  4. Merasa gugup atau cemas.
  5. Merasa marah, mudah tersinggung, atau mudah merasa kecewa.
  6. Merasa sangat penat akibat belajar atau tugas harian.
  7. Merasa anda tidak dapat mengatasi berbagai kesusahan di dalam kehidupan..
  8. Kesukaran menjalani kehidupan harian.
Sumber : WebMD

Antara gejala Depressi


  1. Sukar membuat keputusan.
  2. Lemah daya ingatan.
  3. Merasa bersalah atau merasa diri sangat teruk.
  4. Dipenuhi dengan rasa marah.
  5. Merasa bahawa tidak dapat mengatasi berbagai masalah di dalam kehidupan.
  6. Masalah fizikal yang tidak dapat dijelaskan, seperti sakit belakang atau sakit kepala.
  7. Sentiasa terfikir tentang mati dan cuba membunuh diri.
Sumber : MayoClinic.com

Salah faham Tentang Depresi


Terdapat salah faham dalam membezakan stress dan depresi. Ramai juga yang beranggapan bahawa depresi itu mudah untuk diubati dan dielakkan.

Ramai yang memandang rendah, memperkecilkan mereka yang mengalami depresi seakan-akan orang yang menghidapi depresi sebagai manja, lemah dan tidak perlukan bantuan.

Ini juga menimbulkan perdebatan di internet di mana seleberti internet, Youtuber Prince Ea mengatakan depresi itu seperti alat kawalan televisyen (TV remote control) yang boleh turun naik, ditutup dan dipasang.

Beliau juga mengatakan depresi itu tidak wujud (depression is not real) ianya boleh datang dan pergi seperti awan-awan di langit.


Melalui komen yang pada video tersebut, ramai tidak bersetuju dengan informasi yang disampaikan oleh Prince EA. Depresi bukan lah sesuatu yang boleh dianggap mudah kerana ia sangat teruk sehingga ada yang ingin membunuh diri !

Dari itu, Youtuber Boyinaband membuat satu video menyangkal video dibuat oleh Prince EA dan mendakwa Prince EA menyampaikan maklumat yang salah.


Boyinaband juga mengatakan kebanyakan video Prince EA tidak disertakan dengan sumber betul dan menimbulkan perbalahan antara mereka.


Tentang Lexi Willams

 

ciri-ciri, gambar, orang depressi
Lexi Williams

Siapakah Lexi Williams? Lexi Williams merupakan seorang remaja yang berumur 16 tahun dan meninggal dunia kerana membunuh diri dengan terjun dari jambatan di North Carolina, Amerika Syarikat pada  21 November 2016.

Semasa Lexi masih hidup, dia banyak meluah tentang depresi di akaun Twitternya, @lexynw. Dia meluahkan bagaimana depressi memberi kesan kepada dia dan tiada orang memberikan pertolongan.

Antara luahan Lexi di Twitter ialah

"When you try to talk to your mom about your stress and mental health issues & she tells you to get over it"

"Apabila anda cuba untuk bercakap dengan ibu anda mengenai isu-isu tekanan dan kesihatan mental dan dia memberitahu anda untuk lupakannya "


ciri-ciri, gambar, orang depressi

" I've been begging for help & no one will help me."

"Saya telah merayu bantuan & tiada yang akan membantu saya."


Dan salah seorang penguna twitter dengan nama Jal @goodluckJal94 membalas salah satu tweet Lexi dengan mengatakan :

ciri-ciri, gambar, orang depressi
@lexynw She's right though, You complain way too much. Do something about it. Lexi

" Ibu anda betul. Kau terlalu banyak komplain. Lakukan sesuatu tentangnya. Lexi. "

Ini tidak sepatutnya berlaku. Orang ramai perlu mengambil serius tentang depresi dan tekanan perasaan. 

Akan tetapi.. 

Ramai lagi dari kita apabila melihat seseorang memuat turun status seperti Lexi dan berfikir 

" Ah . orang ini cuma minta perhatian saja," 

atau 

" Alaa rileks la, perkara kecil." 

atau

"Kenapa juga mahu post status-staus macam tu di media sosial "


Kata-kata ini diungkapkan dan bukannya benar-benar membantu mereka.

Saya tidak mengenali Lexi Williams dan tidak pernah berjumpa dengan dia. Tapi kisah remaja 16 tahun ini betul-betul memberi kesan kepada saya.

Sekiranya saya berada di tempat Lexi, mungkin saya juga melakukan perkara yang sama.

Apabila melihat tweet Lexi, terasa seperti boleh hantarkan mesej kepada dia dan menghalang daripada kejadian itu berlaku, akan tetapi ianya sangat terlambat.

Saya rasa ramai orang perlu tahu kisah tentang Lexi Williams, dan ambil pengajaran daripadanya.

Mungkin blog post ini tidak dapat ubah apa-apa tanggapan orang ramai tentang depresi, tapi sekurang-kurangnya saya cuba dan cuba untuk timbulkan kesedaran kepada orang lain.


ciri-ciri, gambar, orang depressi


Dihentam ribuan emosi
Lahirnya bukan untuk simpati
Cuma harap ada yang memahami

Lalu meminta keluarga untuk menemani
Hampanya tidak dipeduli
Disuruh tanganinya sendiri

Apakan daya sahabat tiada disisi
Coretan media sosial luahan isi hati

" Haruskah aku tamatkan semua ini? "

Lantas dia pun memilih
Untuk berhenti
Meneruskan nadi

Selamat malam, Lexi
Pergi ; Depresi

Nov, 21, 2016

#RIPlexi
#rememberinglexi
#semicolon
#projectsemicolon

Saya harap Lexi tahu bahawa dia tidak berseorangan..

Kata Kata Mutiara Bijak Untuk Motivasi

kata kata, mutiara, bijak, motivasi

Kata kata ataupun perkataan sebenarnya memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.

Sudah tentu ianya penting kerana perkara yang anda sedang baca ini pun merupakan susunan dari perkataan yang wujud. Ianya juga salah bentuk komunikasi dan untuk menyampaikan maklumat.

Cuma ramai yang belum tahu kelebihan perkataan dan kata-kata yang terbina dari zaman dulu lagi. Ianya mempunyai kekuatan sendiri dan boleh membentuk hari anda dan orang lain.

Sebagai contoh, bayangkan diri anda dimarahi ibu bapa, guru ataupun bos atas kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.

Pasti membuatkan mood anda tidak baik dan berkemungkinan besar anda luahkannya di media sosial dan apabila orang lain nampak luahan anda, ada yang turut bersedih, ada yang batu api, ada yang gembira dan ada juga tidak peduli.

Dasyatkan bagaimana kata-kata tersebut boleh mengubah hari anda.

Sekarang bayangkan sekiranya anda dipuji atas kecomelan dan kecantikan kening tebal anda, sudah tentu anda tersipu-sipu dan senyum sendiri kan?

Gembira yang teramat juga bila kita buat sesuatu kerja bersungguh-sungguh dan orang memberi pujian.

Terasa berbaloi dan dihargai.

Apabila kita sedih dan sunyi, kata-kata dan perkataan boleh memberi kita semangat kepada kita.

Baca Juga : Bagaimana Membuat Hari Ini Lebih Baik ?

Pernahkah anda merasa sedih dan buntu tapi tiada orang yang memberi kata-kata motivasi kepada anda?

Sekiranya anda pernah merasakannya, saya sediakan kata-kata mutiara bijak yang pernah diucapkan oleh orang-orang yang hebat untuk memotivasikan anda dan juga diri saya

Kata Kata Mutiara Bijak Untuk Motivasi


Albert Einstein
kata kata, mutiara, bijak, motivasi

Albert Einstein merupakan seorang ahli fizik terkenal dan mencipta teori relativiti yang digunakan ketika era ini ,E = mc.  Sangat bersemangat, komited dan membenci sikap rasis. [Sumber]

Juga meminati muzik dan pernah berkata bahawa sekiranya dia tidak menjadi seorang ahli fizik, dia mungkin menjadi seorang pemuzik. [Sumber]

Antara kata kata mutiara bijak dari Albert Einstein ialah
Untuk mencapai kejayaan, keinginan untuk berjaya perlu lebih besar daripada ketakutan untuk gagal.
Imaginasi lebih penting dari pengetahuan.
Mike Ditka
kata kata, mutiara, bijak, motivasi

Mike Ditka merupakan bekas pemain football Amerika, jurulatih dan komentator televisyen. 

Memenangi tiga kali Super Bowl Championship dan banyak menyumbang kemenangan kepada pasukannya sebagai pemain, pembantu jurulatih dan sebgai jurulatih. 

Terkenal dengan gelaran Mike Besi (Iron Mike). [Sumber]

Antara kata kata mutiara bijak Mike Ditka :
Kejayaan bukanlah diukur dengan harta, kuasa atau pun pangkat. Kejayaan diukur dengan displin anda dan ketenangan dalaman.
Sekiranya anda cukup komited dan sanggup berkerja keras, anda akan mencapainya.
Bill Gates
kata kata, mutiara, bijak, motivasi

Siapa yang tidak mengenali Bill Gates?  

Bill Gates merupakan antara yang terkaya di dunia dan dianggarkan kekayaan beliau adalah sebanyak US$84.2 billion (Januari 2017).  [Sumber]

Dikenali sebagai usahawan revolusi komputer, pelabur, penulis, dermawan. 

Pernah dikritik berkenaan dengan teknik bisnesnya yang dianggap mengamalkan anti-competitive practice (yang menghalang atau mengurangkan persaingan dalam market). 

Meletakkan jawatan sebagai CEO Microsoft pada Febuari 2014 dan mengambil jawatan baru sebagai penasihat teknologi kepada CEO baru Microsoft. [Sumber]

Antara kata-kata mutiara bijak Bill Gates :
Kejayaan adalah guru yang teruk. Ianya mengoda orang yang bijak untuk berfikir yang mereka tidak akan kalah.
Hidup ini tidak adil. Biasakan dengannya.
Elon Musk
kata kata, mutiara, bijak, motivasi

Kepada yang tidak mengenali Elon Musk, biar saya perkenal kan beliau. 

Beliau lah yang dikatakan sebagai IronMan di dunia sebenar. 

Elon Musk merupakan hartawan, pelabur, jurutera dan pereka cipta.

Belia juga merupakan 
  1. ➡️ pengasas, CEO, dan ketua pegawai teknologi SpaceX,
  2. ➡️ pengasas bersama, CEO dan arkitek produk Tesla Motors,
  3. ➡️ pengasas bersama dan ketua SolarX,
  4. ➡️ pembantu pengerusi OpenAi,
  5. ➡️ pengasas bersama Zip2,
  6. ➡️ pengasas x.com yang bergabung dengan Paypal
  7. ➡️ berada di ranking 21 antara orang yang paling berpengaruh di dunia. [Sumber] [Sumber]
Antara kata-kata mutiara bijak Elon Musk
Sekiranya ianya tersangat penting bagi anda, walaupun kejayaan tidak memihak kepada anda, anda perlu lakukannya.
Di sini, kegagalan adalah satu pilihan. Sekiranya ada perkara tidak gagal, anda tidak cukup berinovasi.
Steve Jobs
kata kata, mutiara, bijak, motivasi

Steve Jobs (1955-2011) ialah pengasas bersama, pengerusi dan CEO Apple.Inc. CEO dan pemegang saham Pixar. 

Salah seorang ahli pengarah Syarikat Walt Disney. Pengasas, ketua dan CEO NexT.

Pernah dibuang oleh syarikat yang dibinanya sendiri (Apple.Inc). 

Selepas meninggalkan Apple.Inc beliau membawa beberapa ahli dan kawannya untuk membina NexT, sebuah syarikat pembangunan platform komputer yang berasaskan seni komputer untuk pendidikan tinggi dan pasaran perniagaan. 

Pixar, syarikat baru ketika itu berjaya menghasilkan animasi komputer yang pertama, Toy's Story atas bantuan kewangan yang disalurkan oleh Steve Jobs. [Sumber]

Apple.Inc kemudiannya bergabung dengan NexT dan menjadikan Steve Jobs sebagai CEO.

Antara kata-kata mutiara bijak dari Steve Jobs
Menjadi seorang yang paling kaya di tanah perkuburan tidak penting kepada saya. Tidur pada waktu malam mengatakan kita telah melakukan sesuatu yang indah, itulah yang penting kepada saya.
Ianya sangat jelas dalam hidup, benda yang paling bernilai bukannya duit dan harta. Benda yang paling berharga ialah masa. 
Warren Buffet
kata kata, mutiara, bijak, motivasi

Warren Buffet merupakan seorang hartawan bisnes, pelabur dan hartawan. Beliau dianggap sebagai salah satu pelabur yang paling berjaya di dunia. 

Pengerusi, CEO dan pemegang saham terbanyak Berkshire Hathway dan secara konsisten adalah antara orang terkaya dan terpengaruh di dunia. 

Mesti ramai yang cakap harta tu bukan boleh bawa masuk kubur kan?  Tapi beliau berjanji mendermakan 99% daripada kekayaan beliau ke badan amal terutama kepada Gates Foundation. [Sumber]

Antara kata-kata mutiara Warren Buffet :
Pilih untuk meluangkan masa dengan orang yang lebih bagus dari anda. Perhatikan sifat mereka yang lebih bagus dari sifat anda dan anda akan menuju ke sifat itu.
Ianya mengambil masa 20 tahun untuk membina reputasi dan beberapa minit saja diambil untuk memusnahkannya. Sekiranya anda berfikir tentang itu, anda akan lakukan benda yang anda rancang dengan cara berbeza.
Mahatma Gandhi
kata kata, mutiara, bijak, motivasi

Mahtma Gandhi merupakan pemimpin kepada pergerakkan kemerdekaan India melawan jajahan British di India. 

Beliau membantu India mencapai kemerdekaan dan menginspirasikan pergerakkan/badan-badan hak sivil dan kebebesan diserata dunia.

Beliau telah dipenjarakan selama bertahun-tahun. 

Gandhi mengamalkan sikap anti keganasan dan kebenaran dalam apa-apa juga keadaan dan berharap orang lain juga melakukan benda yang sama. 

Hidup dalam kesederhanaan, vegeterian dan berpuasa sebagai penyucian diri dan juga protes sosial.

Mahatma Ghandi juga dikatakan popular dalam semua rancangan televisyen di Malaysia, Clever Girls.

Antara kata-kata mutiara bijak Mahatma Ghandi :
Kegembiraan adalah apa yang anda fikirkan, ucapkan dan lakukan dalam harmoni.
Jangan perlu putus harapan dengan kemanusiaan (humanity). Kemanusiaan (humanity) adalah seperti laut ; beberapa titik kejahatan tidak akan membuat laut itu kotor.
Gary Vaynerchuk

kata kata, mutiara, bijak, motivasi

Pada mulanya menganggap beliau adalah seorang yang kasar kerana selalu mengunakan perkataan yang ekstrim. 

Setelah menonton vlog harian beliau,  saya dapat tahu impian dia adalah untuk memberi inspirasi orang lain dan dia percaya setiap dari kita boleh memberi insipirasi antara satu sama lain.

Gary Vaynerchuck ialah usahawan, CEO, pelabur, penulis penceramah dan personaliti internet. Mempunyai 4 agensi/syarikat. WineLibrary, VaynerSport,  VaynerRSE, VaynerMedia dan merancang untuk membina lebih banyak angensi lagi. 

Menerbitkan 4 buah buku yang memenangi beberapa anugerah.

Antara sebab saya memulakan blog dedauncomel.com ini adalah kerana beliau.

Kata-kata mutiara bijak Gary Vaynerchuck
Berhenti fokus dengan benda tidak penting. Jangan takut untuk mencuba. Berhenti menjadi romantik, berhenti fokus kepada kesempurnaan. Apa yang anda lakukan, teruskan. Dan baca ayat ini berkali-kali.
Saya gagal dalam semua kelas saya semasa persekolahan dan kerana itu saya berjaya. Menurut pengalaman lalu, saya yang dikatakan gagal selama 18 tahun itu penyebab utama kejayaan saya hari ini. 
Bruce Lee
kata kata, mutiara, bijak, motivasi

Macam tak logik pula Bruce Lee cakap macam tu kan. Macam pepatah melayu je. Ambil yang keruh, buang yang jernih? 

Sebernya ayat ini diambil dari Bahasa Inggeris dan di translate menjadi seperti begitu. Dalam BI ialah Adapt what is useful, reject what is useless, and add what is specifically your own.

Lee Jun-fan, yang dikenali secara profesional sebagai Bruce Lee, adalah Hong Kong dan pelakon Amerika, artis mempertahankan diri, ahli falsafah, pembikin filem, dan pengasas seni bela diri Jeet Kune Do. Lee adalah anak Kantonis opera bintang Lee Hoi-Chuen. [Sumber]

Beliau lah yang membantu mengubah cara orang Asia melibatkan diri dalam perfileman Amerika.

Kata kata mutiara bijak Bruce Lee
Aku tidak takut dengan orang yang berlatih 10,000 jenis tendangan sekali. Tapi aku takut dengan orang yang berlatih 1 jenis tendangan 10,000 kali.
Pergi mati dengan halangan, aku mencipta peluang.
Terima kasih kerana membaca. Maaf atas post/entri yang panjang. Usah risau sebab saya simpan yang terbaik untuk yang terakhir.


Ahmad Maslan

kata kata, mutiara, bijak, motivasi

Harga barang boleh turun kerana GST. 

" Fuhh.. Satu Kenyataan yang paling berani.."

"Harga barang boleh turun kerana GST"

Saya nak cakap lagi sekali.. Harga barang boleh turun kerana GST. [Sumber]

Yang Berhormat Datuk Ahmad Maslan merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato' Sri Najib Tun Razak.Di peringkat akar umbi, beliau adalah bendahari UMNO dan timbalan ketua bahagian UMNO Pontian

Ketika mengambil Sarjana Pentadbiran Perniagaan, (MBA), Universiti Kebangsaan Malaysia,  Malaysia (2001-2003) beliau menerima Anugerah Emas Siswa Terbaik.

Menamatkan pembelajarannya di sana dengan CGPA 3.85. [Sumber]

Kata kata mutiara bijak Ahmad Maslan
Saya ada 3 kerja: anggota parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia yang buat 2 kerja. Berusaha gigih cari rezeki yang halal. [Sumber]
Pelajar Universiti perlu masak sendiri untuk mengelakkan GST. " [Sumber]
Terima kasih kerana membaca kata-kata mutiara bijak untuk motivasi. Sekiranya suka dengan artikel ni, sila like, share dan komen. Kalau nak copy pun boleh.

Tapi kena letakkan kredit dan backlink.