Showing posts with label Buat Duit. Show all posts
Showing posts with label Buat Duit. Show all posts

Peluang Kedua Untuk H12-Media ?

H12-Media Review


Buat duit dengan blog

Saya sentiasa percaya dengan peluang kedua. Tapi kali ni tidak lagi.

Sebelum ni saya ada membuat keputusan untuk tidak lagi mengunakan perkhidmatan dari syarikat pengiklanan ini dan anda boleh baca di sini : Selamat Tinggal H12-Media

Namun ,selepas beberapa hari entri itu di tulis, apabila saya periksa laporan H12-media semula, baru pula ada earning/revenue terbaru.

Earning menunjukkan peningkatan (tak sempat nak screenshot) tapi selepas beberapa hari earning kembali kosong.

Buat duit dengan blog

Untuk

78,477 impressions, 
54,573 paid impressions,
77 clicks

Nilainya hanya 0.03 USD.

Buat duit dengan blog

Ada hari yang saya mendapat 13 clicks dan nilainya 0.00 USD.

Buat duit dengan blog



Berbaloi tak? Memang tak berbaloi. Haha. Jadi saya nasihatkan mereka yang nak mendaftar dengan H12 ni untuk cuba syarikat pengiklanan yang lain-lain.

Jika saya tidak mengunakan H12-Media, apa platform pengiklanan yang saya gunakan sekarang? 

Saya suka mengkaji. Saya telah melakukan beberapa eksperimentasi untuk beberapa jenis iklan yang mungkin sesuai untuk blogger baru seperti saya guna. (selain adsense dan platform pengiklanan besar untuk blog traffik lebat)

Antara pilihan saya ialah :

PopCash





Buat duit dengan blog



Popcash ni earning dia memang tiptop. Interface website responsive (memang kegemaran saya). Dan merupakan medium pengiklanan yang paling banyak memberi earning kepada blog-blog saya.

Cuma masalah dengan popcash ni, ianya bagus untuk earning/revenue blog tapi tak bagus untuk user-experience pengunjung blog.

Sebab?

Kadang-kadang setiap klik akan keluar iklan-iklan yang mungkin merimaskan pengunjung dan akan buat mereka tidak mahu berada di blog anda dengan lebih lama.

Iklan ni rasanya tidak sesuai di pasang untuk blog yang mempunyai jenis artikel-artikel panjang seperti review produk atau pun tutorial.

Ianya terbaik untuk blog seperti download movie atau lagu, video dan apps.

Jumpa yang pernah saya keluarkan :

Buat duit dengan blog

$575.55 pernah saya dapat dari platform popcash. $29.00 ialah bayaran yang terbaru saya terima dan baki dalam akaun popcash adalah $1.76.

Ini semua dibayar dalam bentuk US Dollar.

Apa perasaannya mendapat $575.55?

Buat duit dengan blog


Perasaan dia memang seronok sebab tak pernah sangka yang saya dapat buat duit secara online.

Tapi ianya tidaklah semudah yang disangka kerana kena maintain traffik sebanyak 1200 keatas dan ini hanya jumlah terkumpul dari 3-4 bulan mencari traffik.

Kalau nak daftar dengan Popcash, boleh daftar sini : Daftar Popcash


PopAds

Buat duit dengan blog

Yang menariknya tentang popads ni, iklannya boleh dikawal (customize) untuk berapa kali dipaparkan kepada pengunjung.

Berlainan dengan Popcash, Popads anda sebagai blogger boleh set bila iklan anda boleh keluar sekiranya ada pengunjung yang datang.

Contoh, 7 saat selepas pengunjung berada dalam blog anda dan iklan cuma dipaparkan sekali/dua kali mengikut pilihan anda sendiri.

Walaupun interface website popads ringkas dan kurang menarik berbanding  popcash, kelebihannya anda boleh mengantikan iklan popads dengan iklan alternatif.

Maksudnya?

Jika anda anda tidak mempunyai pengiklan yang sepadan dengan kehendak setting anda, anda boleh menggunakan tetapan yang disediakan untuk memuatkan kod alternatif.

Ringkasnya anda boleh gunakan iklan dari yang platform lain sebagai alternatif sekiranya popads tidak keluar di blog anda. Bermakna anda boleh berterusan menjana wang secara online.

Rate CPM yang tinggi. 

Walaupun rate berubah-ubah mengikut advertiser tapi rate yang ditawarkan tinggi maintain. Mencecah 6.60 USD per Mile dan paling rendah sepanjang saya mengunakannya ialah 2.20 USD per Mile.

Anda juga bebas untuk memilih rate anda. Paling minimum ialah 0.001 USD. Anda boleh pilih rate yang lebih tinggi tapi iklan akan muncul dengan sikit dan menjejaskan income anda.

Kalau anda nak cuba rasa kelebihan-kelebihan ni, boleh la mendaftar di PopAds dan kena pastikan traffik anda 1200 ke atas setiap hari. Baru earning masyuk

Buat duit dengan blog


PropellerAds


Buat duit dengan blog

Propeller Ads bukan hanya menyediakan iklan jenis pop-ads tapi juga jenis banner, CPM dan CPC.

Malangnya semasa artikel ini ditulis iklan jenis banner, buat masa ini banner, CPM dan CPC tidak disediakan untuk sementara waktu.

Kira okay sebab mereka membayar iklan pop-up dengan harga yang tinggi berbanding iklan CPM dan CPC.

Pendaftaran untuk platform sangat mudah dan pantas. Walaupun blog anda trafik rendah, anda boleh daftar terus dengan Propeller Ads di SINI.

Yang saya suka tentang Propeller Ads ialah interface website yang profesional, earning report yang menarik serta ramalan earning untuk bulan terkini berdasarkan pencapaian dan traffik blog.

Selain itu, ada boleh tetapkan sekiranya ingin paparkan iklan kepada pengunjung yang mengunakan web (laptop/desktop) atau mobile, atau pun kedua-keduanya sekali.

Memandangkan iklan jenis pop-up tersangat merimaskan kepada mobile-user saya memilih utuk paparkan kepada penguna dekstop/laptop.

Earning agak rendah kerana sekarang lebih ramai yang mengunakan mobile untuk melayari internet.

Kalau nak earning lagi meletop boleh setkan untuk paparkan iklan bagi website dan mobile-user.

Jumlah earning setakat ini :

Buat duit dengan blog

$5.28 dan dijangkakan saya punya income untuk bulan ni $15.83. Taklah banyak sangat tapi boleh la sebab baru bermula dengan traffik yang rendah dalam bulan ni.

Jika anda nak cuba guna platform ini untuk blog anda boleh la : Daftar PropellerAds

Buat duit dengan blog


Kecewa juga dengan H12-Media kerana saya telah lama gunakan perkhidmatan mereka. Sekiranya mereka mengekalkan cara perkhidmatan mereka yang dulu, saya pasti H12-Media ni boleh bersaing dengan syarikat-syarikat pengiklanan yang ternama.

Barang kali mereka lupa, syarikat gergasi juga boleh runtuh jika tak jaga pelanggan sedia ada.

King Coco Jana Pendapatan RM20,000 Sebulan



Siapa yang tak kenal dengan Instafamous, King Coco yang sering mencetuskan kontroversi.

Ramai yang mengkritik cara percakapan Coco kerana ia seperti dibuat-buat. Namun Coco menegaskan bahawa ia adalah identiti dirinya dan telah biasa bercakap seperti itu sejak dulu lagi




“Keturunan saya mempunyai kacukan Cina, Pakistan dan Serani. Sedikit sebanyak, slang di rumah turut mempengaruhi gaya percakapan kami.”

Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail berkata, kritikan dari netizen tentang video viralnya itu sekaligus membuka pintu rezeki buat dirinya dan keluarga.

“Perniagaan melalui media sosial sememangnya banyak bergantung pada populariti, lebih-lebih lagi yang berlandaskan paid review kerana iklan kita seharusnya dapat dilihat oleh ramai orang. Ditambah hobi saya yang suka merakam video.”




Tambah Coco, dia kini mampu menjana pendapatan sehingga RM20,000 sebulan dengan melakukan paid review.

“Bermula dengan suka-suka, Alhamdulilah sekarang saya mampu menjana sekitar RM20,000 sebulan. Dalam bidang ini, banyak cabaran dari klien.

Ada yang kurang sabar dan ada yang minta refund apabila hasilnya tak mendapat sambutan.
Apa pun saya cuba bersikap profesional,”ujar Coco kepada Majalah Nona.

Sumber: Majalah Nona

Orang yang kutuk-kutuk dapat apa? Dapat dosa je.. Okay boleh baca ni : Pengajaran yang bernilai $25,000 !

Selamat Tinggal H12-Media...

kelebihan H12-media, cpm, payment

Apa tu H12 Media?


H12-Media merupakan salah satu syarikat periklanan yang menawarkan peluang kepada pemilik website dan blog untuk menjana wang online. Ia dilancarkan pada 2002 dan berpusat di Turki. 

Memandangkan ada sebilangan website yang tidak diluluskan oleh Adsense, H12 Media merupakan antara alternatif terbaik untuk mereka yang baru meletakkan iklan walaupun dengan trafik/view yang kurang.

H12 Media Review


Menariknya, syarat untuk memohon H12 Media sangat mudah. Trafik yang sikit pun boleh mohon dengan cepat dan senang. 

Jenis iklan yang ditawarkan pada mulanya ialah banner dengan Cost Per Mile (CPM) dan Cost Per Click (CPC). Ini bermaksud mereka membayar dengan pemilik blog samaada dengan Impression dan/atau click berdasarkan pilihan kita.

Mereka sekarang menambah jenis iklan seperti Pop-Up dan juga video.

Bukti pembayaran


Kelebihan H12-Media tidak dinafikan apabila memberi pembayaran secara cepat. Kadangkala tak sampai 2 hari payment sudah muncul dalam akaun. Cuma kalau nak cepat kena bayar fee (yuran) 10%.

h12 media payment, review, cpm
Bukti Pembayaran H12-Media

Pembayaran pertama dari H12 Media : 67.36 USD
Kedua : 42.48  (-10%) = 38.23 USD

Lumayan kan? Bukan dalam Ringgit Malaysia tapi dalam US Dollar.

Kalau lumayan, kenapa kata Selamat Tinggal H12-Media?

Baru-baru ni blog saya, trafik menurun secara mendadak. Sudah tentu la pendapatan dari H12 Media saya juga menurun kan. Adakah salah H12 Media membuat kan trafik blog menurun?

Tidak.

Boleh terima lagi kalau pembayaran dari H12-Media menurun kerana trafik menurun. Tapi ianya bukan saja menurun tapi kosong. (0)

H12-Media Menipu? H12 Media Scam?


Setelah mengkaji beberapa blog dan forum seperti Digital Forum, ternyata syarikat mereka memberi misinformation (maklumat salah) tentang jenis pengiklanan yang mereka tawarkan.

H12-media payment, review
CPM atau CPC

Mereka mengatakan bahawa syarikat mereka menawarkan iklan jenis CPM. Akan tetapi sebenarnya mereka menawarkan iklan jenis CPC.

Oh . Mungkin tiada masalah untuk itu. Dengan meletakkan banner di tempat yang betul, pelawat blog pasti akan klik mana-mana banner.

Jangkaan yang salah. Tengok Screen shot di bawah :

Payment, review, CPM
Telur

Impression lebih  1000. (Kalau ikutkan iklan CPM, sepatutnya saya dibayar). Malah dalam report ada juga dikatakan Paid Impression. 

Kalau tengok klik, memang sikit. Tapi mereka tidak membayar untuk Impression + click terkumpul.

Untuk 9864 Paid Impressions, dan 18 clicks dan saya dapat 0.00 USD revenue.

Mungkin mereka staff mereka masih bercuti. Mungkin inilah masanya untuk saya meninggalkan H12 Media.

Apa langkah yang saya ambil ?


Sekiranya anda ingin mencuba beriklan dengan H12 Media, apa salahnya. Saya cuba bersangka baik. Mungkin saya akan kembali mengunakan H12-Media jika mereka memperbaiki sistem mereka semula.

Pada masa ini saya letakkan cuba beralih kepada iklan PopAds.

Setelah mencuba menggunakan Popads, saya sangat berpuas hati. Walaupun website mereka sangat simple, ternyata boleh juga saya menjana wang online semula. 

H12-media review 

Sangat mengejutkan. Rate untuk PopAds berubah-ubah mengikut bidder dan rate paling tinggi pernah saya dapat ialah sebanyak 6.60 USD per Mile! Maksudnya untuk 1000 Impression saya dapat 6.60 USD, kalau 10,00 Impression?

Kalau nak daftar dengan PopAds  boleh baca Cara daftar PopAds

Kelebihan PopAds 

  1. Blog tidak sesak dengan banner sebab PopAds cuma menawarkan iklan jenis Pop-Up dan Pop-Under (boleh pilih mengikut kesesuaian sendiri).
  2. Viewer-Friendly. Berbanding dengan sebelum ni. PopAds boleh diset dengan mudah. Contoh, anda boleh setkan berapa kali iklan tu untuk ditayangkan kepada 1 pelawat dan berapa saat iklan tu muncul selepas pelawat masuk ke blog.
  3. Flexible. Biasanya banner iklan tidak muncul sebab tiada advertiser bid untuk iklan. PopAds mempunyai penyeselaiannya dengan memunculkan iklan dari syarikat iklan lain (atas pilihan kita) sebagai banner. Dengan itu, kita dapat keuntungan walaupun iklan dari PopAds tidak muncul.
  4. Rate CPM yang tinggi. Walaupun rate berubah-ubah mengikut advertiser tapi rate yang ditawarkan tinggi maintain. Mencecah 6.60 USD per Mile dan paling rendah sepanjang saya mengunakannya ialah 2.20 USD per Mile. 
  5. Anda juga bebas untuk memilih rate anda. Paling minimum ialah 0.001 USD. Anda boleh pilih rate yang lebih tinggi tapi iklan akan muncul dengan sikit dan menjejaskan income anda.
Kalau anda nak cuba rasa kelebihan-kelebihan ni, boleh la mendaftar di PopAds dan kena pastikan traffik anda 1200 ke atas setiap hari. Baru earning masyuk

Anda boleh juga letakkan iklan lain seperti PopCash atau mana-mana syarikat pengiklanan yang lain.

Selain dari PopCash dan PopAds, apakah syarikat pengiklanan lain yang menawarkan peluang menjana duit secara online untuk blogger yang baru ingin bermula?

UPDATE : Sekarang H12 Media punya earning dah kembali. Mungkin sebab ramai dah komplen. Saya akan bagi H12-Media peluang sekali lagi dan kita tengok earning dia macamana nanti :)

Dapat RM 5 Dengan Setiap Link Yang Anda Promote


Bayangkan sekiranya satu link anda berjaya promote, anda layak mendapat RM 5. Kalau 10 link? Sudah RM 50.

Bagaimana Nak Dapat RM 5 Dengan Promote Link?


Pertama sekali saya nak kenalkan anda dengan platform Shopback. Berbanding dengan platform 8Share yang menawarkan RM 1.00 untuk setiap link referral yang berjaya dipromote, Shopback Malaysia menawarkan RM 5.00 untuk setiap link referral.

Anda akan dapat RM5 selepas mereka berjaya berbelanja sebanyak RM25.

Banyak tu !

Fakta Menarik : Shopback ini bukan saja beroperasi di Malaysia sahaja. Mereka juga beroperasi di Indonesia, Singapura, India, Filipina dan lain-lain negara lagi dan telah diulas di portal terkenal seperti kompas.com, detik.com, TECHINASIA,  New Strait Times, Borneo Post dan The Star.

Cara Mendaftar Dengan Shopback.

  1. Daftar secara percuma dengan Shopback Malaysia di sini : DAFTAR SHOPBACK.MY
  2. Bila dah daftar (pendaftaran sangat mudah dan cepat), pergi bahagian My Refferal.
  3. Skrol dan cari link affiliate anda. Contoh admin punya, https://www.shopback.my/?raf=ujQ8RU
  4. Kemudian, share kan link anda dekat kawan-kawan. Suruh mereka daftar untuk dapat bonus RM5.
Lepas tu, ajak mereka shopping online guna Shopback untuk dapat cashback dan bonus RM5 sekali lagi untuk pembelian kali pertama. Anda akan dapat RM5 selepas dorang berjaya berbelanja sebanyak RM25.



Kenapa Pilih Shopback Untuk Jana Duit?


Pendaftaran Shopback ni sangat mudah dan cepat.

Selain dengan promote link ni, anda dibayar untuk shopping online. Biar betul? Beli barang online dan anda akan dibayar rebat/cashback sebanyak 6% sehingga 12%.

Sebagai contoh, sekiranya anda membeli reload/top-up kredit telefon anda melalui platform Shopback ni, anda akan dibayar rebat sebanyak 6%.
Andaikan anda beli top-up RM 10.00 dan anda akan dapat cashback sebanyak 60 sen. Beli top-up RM 30.00 dapat cashback RM 1.80.
Nampak sikit tapi sebenarnya sangat jimat. Dengan cashback tu, anda boleh memilih itu keluarkan rebat/cashback terkumpul atau pun untuk membeli barang online yang lain.

Tips Bonus : Dedaun Comel cadangkan jual top-up dekat kawan anda (melalui Cashback) dan anda boleh menikmati cashback tu secara halus :P

Tunggu apa lagi, Daftar Dengan Shopback sekarang. Dengan Shopback, anda juga dapat shopping online dengan diskaun dan juga dibayar rebat. Hebat kan?

Anda Dibayar Untuk Membeli Barang Online?


Buat duit, affiliate, shopback

Artikel ini sesuai kepada mereka yang selalu membeli barang secara online. 

Kenapa? 

Sebab anda akan dibayar semula apabila membeli barang-barangan online.

Kepada yang belum pernah membeli barangan online, mungkin inilah masanya untuk anda mencubanya.

Dibayar Untuk Membeli Barang Online?


Anda sudah tentu tahu dengan portal popular untuk membeli barang online seperti Lazada, Zalora, Groupon, Ebay, Taobao, Agoda dan lain-lain.

Sekiranya anda membeli barang item di Lazada melalui Shopback, setiap perbelanjaan anda yang anda buat, bukan saja akan diberi diskaun malahan diberi cashback lagi !

Dengan duit cashback ni anda boleh membeli barang lain ataupun keluarkan dalam akaun bank anda.

Fakta Menarik : Shopback ini bukan saja beroperasi di Malaysia sahaja. Mereka juga beroperasi di Indonesia, Singapura, India, Filipina dan lain-lain negara lagi dan telah diulas di portal terkenal seperti kompas.com , detik.com , TECHINASIA,  New Strait Times , Borneo Post dan The Star.


Cara Dapatkan Cashback Melalui Shopback

  1.  Daftar secara percuma dengan Shopback Malaysia di sini : Daftar Shopback
  2. Bila dah daftar (pendaftaran sangat mudah dan cepat), dan masuk website shopping online yang ada mahu. Contohnya, Lazada. Klik pada icon Lazada.
  3. Bila dah klik Lazada, anda akan dipautkan ke website tersebut dan klik SHOP NOW
  4. Kemudian beli apa-apa barang secara online dan tunggu cashback masuk ke dalam akaun anda.
Cuma tak semua barang pada Shopback yang ada cashback.

Tak semua tapi banyak produk lain yang mereka berikan cashback sehingga 6% ke 12%. Fuh banyak tu.

Buat duit, affiliate, shopback


Bagaimana Nak Tebus Cashback Dari Shopback.my ?


Setelah membuat pembelian samaada di Ebay ataupun Groupon melalui Shopback, nilai cashback anda akan diletakkan pada status pending dan setelah 48 jam dari itu anda boleh menebusnya.

Cuma pastikan wang yang terkumpul melebih RM10.00 dan anda layak untuk menebusnya.

Duit Cashback boleh ditebus melalui akaun Pay Pal atau pun mana-mana bank yang tertera di bawah :
Buat duit, affiliate, shopback

Memang seronok kalau belanja online melalui Shopback sebab bila dah beli barang dengan diskaun, kena bayar lagi sebanyak 6% hingga 12% cashback. 

Sekiranya anda belum mendaftar, daftar la di ShopBack Malaysia.

Buat duit, affiliate, shopback

Meningkatkan Kemungkinan Kejayaan

buat, bisnes, online, berjaya

Meningkatkan Kemungkinan Kejayaan | Anda mungkin sedar (semestinya) yang kemungkinan kejayaan tidak memihak kepada anda. Setiap hari, ratusan dan ribuan usahawan internet muncul.

Seperti dalam post sebelum ini, kita ada membincangkan 90% bisnes online yang akan dilancarkan hari akan gagal dalam tempoh 120 hari.

Ya tepat sekali ! Anda cuma ada 10% peluang untuk berjaya dalam bisnes internet anda. Anda mungkin boleh berjaya dengan mempraktikkan panduan yang telah diberikan.

Anda boleh meningkatkan kemungkinan kejayaan anda dari 10% kepada 90% Cuma dengan mempraktikakan beberapa prinsip mudah kepada masalah anda.

Sebab utama terlalu banyak usahawan internet gagal dalam tempoh masa 120 hari boleh kita lihat dari 4 perkara ini.

  1.  Mereka tidak mempunyai mindset yang betul
  2. Mereka tidak meletakkan permulaan yang kuat
  3. Mereka tidak mempunyai kunci untuk meningkatkan perkembangan dan kemajuan
  4. Mereka tidak merancang untuk berjaya.
Mindset yang betul untuk berjaya.

Malangnya, ramai orang berfikir yang mereka boleh berhenti kerja, buat online bisnes dan relaks dan menikmati hidup. Mereka menjangkakan kejayaan segera, kekayaan segera tanpa perlu melaburkan masa dan tenaga untuk mencapainya.

Mereka betul-betul percaya yang mereka boleh tidur sehingga petang, online dan berkerja bila-bila saja mereka mahu dan mengharap jualan dan keuntungan.

Sikap sebegini menyebabkan separuh daripada kegagalan bisnes online.

Membina bisnes online yang berjaya memakan masa yang banyak dan usaha yang berteruasan. Kerja biasa (offline) biasanya memerlukan anda bekerja 40 jam seminggu.


Bisnes online anda memerlukan 2 kali ganda daripada masa itu setiap minggu untuk memastikan kejayaan anda. Terlalu sedikit orang yang mampu atau mempunyai keingginan untuk melaburkan masa yang banyak sebegitu dan membawa kepada kegagalan 90%

Mereka yang berani dan mempunyai keazaman untuk meletakkan masa dan usaha yang cukup boleh memperolehi kejayaan yang cepat

Mereka meneruskan usaha dan sanggup mengalamai kerugian beberapa bulan walaupun mendapat pulangan sedikit kerana mereka tahu itu merupakan salah satu proses mengumpul pengalaman, pengetahuan dan informasi untuk meningkatkan kemungkinan kejayaan yang berterusan.

Akan ada mereka di luar sana mencari skim cepat kaya dan akhirnya berakhir menjadi mangsa penipuan internet.
Mindset yang betul ialah : Kerja keras adalah kuncinya. 
Mesti ada kesanggupan untuk bekerja berjam-jam lamanya. Kejayaan tidak datang segara dan semalaman. Orang tidak akan berbaris untuk mengulurkan duit. Anda perlu pergi dapatkan kejayaan itu.

Meletakkan asas permulaan yang kukuh

Setiap bisnes ada dua benda yang sama. Semuanya ialah bisnes dan ianya harus dijalankan seperti bisnes. Sesiapa yang berada dalam bisnes perlu memahami konsep-konsep dalam bisnes.

Mereka perlu memahami konsep untung dan rugi dan apa punca-puncanya.

Anda tidak semestinya memerlukan diploma atau ijazah untuk menjadi usahawan internet yang berjaya. Cuma dengan pengetahuan asas dapat membezakan anda dengan pesaing-pesaing anda yang lain.


Sekurang-kurangnya dapatkan sebanyak-banyak nasihat bisnes sebelum anda berfikir untuk mulakan bisnes online. Laburkan diri anda dengan pengetahuan internet marketing dan barulah anda laburkan untuk bisnes online anda.

Mendapatkan keuntungan dalam bisnes bukan la sekejap. Ianya perlu usaha berbulan-bulan, bertahun-tahun untuk menjana duit secara pasif dengan lumayan.

Anda perlukan modal yang cukup bukan saja untuk bisnes anda tapi untuk keperluan diri anda seperti pengetahuan, informasi, maklumat dan pengalaman sebelum berjaya.

Membuka ruang untuk perkembangan

Tiada yang dalam dunia ini yang sentiasa tidak berubah. Perkara yang tidak berubah ialah perubahan. Bisnes internet tidak terkecuali. Faktanya, bisnes online melalui perubahan yang lebih cepat dari kita bayangkan.

Sebab lain, terlalu banyak bisnes online tidak berjaya untuk masa jangka yang panjang ialah kerana usahawan internet akan memulakan bisnes dengan hanya satu idea dan tidak mengembangkannya dari itu.

Mereka ini biasanya dipanggil dengan nama pemerhatian searah. Mereka tidak melihat lanskap bisnes online dan membuat berubahan yang perlu untuk menonjol dalam market.


Bisnes online akan terus berkembang dan maju sekiranganya pemilik atau pengurus bines tersebut juga mengembangkan atau menambahkan pengetahuan mereka dan sanggup untuk praktikkan perubahan yang berlaku setiap hari dalam dunia online.

Untuk mencapainya, ianya bagus untuk menggunakan 5% daripada masa dan pendapatan anda untuk diri anda sendiri. Anda adalah bisnes anda.

Pengetahuan berterusan ialah pilihan yang terbaik untuk dibuat. 10% daripada bisnes internet yang baru akan masih ada selepas 120 hari akan dimiliki oleh pengurus yang belajar benda baru secara berterusan dan mempraktikkannya kepada bisnes internet yang mereka jalankan.

Mereka belajar untuk meningkatkan kemungkinan kejayaan. Mereka menghadari seminar. Mereka membaca buku dan blog berkaitan dengan niche mereka.
Menambah ilmu setiap hari untuk berjaya.
Ianya sangat mudah menyatakannya tapi lebih susah untuk melakukannya. Akan tetapi sesiapa yang melakukannya akan masih berada dalam bisnes itu manakala yang tidak melakukannya akan terbabas.

Teruskan membaca :
1. Kenapa Bisnes Online Gagal?
2. Peratusan Kegagalan Bisnes Online 
3. Meningkatkan Peratusan Kejayaan
3. Asas Keusahanan Internet
4. Kunci Kepada Perkembangan Bisnes Online Yang Berterusan 
5. Ciri-Ciri Pelaburan Diri Yang Berkesan
6. Merancang Kejayaan

Merancang Kejayaan

bisnes, online, sambilan, rumah

Merancang Kejayaan | Ada pepatah terkenal mengatakan mereka yang gagal merancang, ialah mereka yang merancang untuk gagal. “ Ianya salah satu pepatah yang penting bagi menentukan kejayaan.

Rancangan kepada bisnes internet ialah seperti peta perjalanan yang digunakan untuk pergi ke destinasi anda.

Ia rancangan yang terperinci bagaimana untuk pergi dari Point A (memulakan perjalanan) untuk ke Point B (mencapai kejayaan bisnes online) dalam jangka masa yang patut tanpa mengambil jalan pintas.

Ramai antara kita yang memulakan bisnes internet pernah bekerja dimana mereka dibayar gaji. Mereka mempunyai mindset kerja = duit. Dan mereka membawa mindset tersebut ke dalam bisnes online.

Mereka mengunakan masa yang banyak untuk mencari “kerja” untuk dibuat daripada mencari jalan untuk membuat duit.
Mindset “ kerja = duit ” perlu ditukar kepada “ jualan = duit “
Salah satu perkara yang penting yang perlu dimasukkan dalam rancangan bisnes anda ialah mencari mentor.

Anda boleh mempunyai rancangan yang teliti dan ditulis bagaimana hendak mencapai kejayaan tapi sekiranya anda mempunyai mentor, anda boleh menjimatkan separuh dari masa anda.

Sudah pasti, ianya sukar untuk mencari mentor dalam 120 hari pertama anda memulakan bisnes online tapi perkara tersebut perlu ada dalam minda anda selagi anda membina hubungan bisnes online.

Mungkin ada menghadapi masalah dalam mencari mentor, anda boleh mencari role model dalam bisnes online.

Jadikan role model anda sebagai contoh, baca kisah hidup mereka dan kaji kunci-kunci kejayaan yang membolehkan mereka berada dalam peringkat yang tinggi.

Membina bisnes online sebenarnya menarik tetapi perlu diharungi dengan pelbagai halangan.

Saya yakin anda boleh menghadapi halangan itu dan mencapai kejayaan. Cuma jangan, jangan jangkakan jalannya cepat dan mudah.

Teruskan membaca :
1. Kenapa Bisnes Online Gagal?
2. Peratusan Kegagalan Bisnes Online 
3. Meningkatkan Peratusan Kejayaan
3. Asas Keusahanan Internet
4. Kunci Kepada Perkembangan Bisnes Online Yang Berterusan 
5. Ciri-Ciri Pelaburan Diri Yang Berkesan
6. Merancang Kejayaan