Peluang Kedua Untuk H12-Media ?

H12-Media Review


Buat duit dengan blog

Saya sentiasa percaya dengan peluang kedua. Tapi kali ni tidak lagi.

Sebelum ni saya ada membuat keputusan untuk tidak lagi mengunakan perkhidmatan dari syarikat pengiklanan ini dan anda boleh baca di sini : Selamat Tinggal H12-Media

Namun ,selepas beberapa hari entri itu di tulis, apabila saya periksa laporan H12-media semula, baru pula ada earning/revenue terbaru.

Earning menunjukkan peningkatan (tak sempat nak screenshot) tapi selepas beberapa hari earning kembali kosong.

Buat duit dengan blog

Untuk

78,477 impressions, 
54,573 paid impressions,
77 clicks

Nilainya hanya 0.03 USD.

Buat duit dengan blog

Ada hari yang saya mendapat 13 clicks dan nilainya 0.00 USD.

Buat duit dengan blog



Berbaloi tak? Memang tak berbaloi. Haha. Jadi saya nasihatkan mereka yang nak mendaftar dengan H12 ni untuk cuba syarikat pengiklanan yang lain-lain.

Jika saya tidak mengunakan H12-Media, apa platform pengiklanan yang saya gunakan sekarang? 

Saya suka mengkaji. Saya telah melakukan beberapa eksperimentasi untuk beberapa jenis iklan yang mungkin sesuai untuk blogger baru seperti saya guna. (selain adsense dan platform pengiklanan besar untuk blog traffik lebat)

Antara pilihan saya ialah :

PopCash





Buat duit dengan blog



Popcash ni earning dia memang tiptop. Interface website responsive (memang kegemaran saya). Dan merupakan medium pengiklanan yang paling banyak memberi earning kepada blog-blog saya.

Cuma masalah dengan popcash ni, ianya bagus untuk earning/revenue blog tapi tak bagus untuk user-experience pengunjung blog.

Sebab?

Kadang-kadang setiap klik akan keluar iklan-iklan yang mungkin merimaskan pengunjung dan akan buat mereka tidak mahu berada di blog anda dengan lebih lama.

Iklan ni rasanya tidak sesuai di pasang untuk blog yang mempunyai jenis artikel-artikel panjang seperti review produk atau pun tutorial.

Ianya terbaik untuk blog seperti download movie atau lagu, video dan apps.

Jumpa yang pernah saya keluarkan :

Buat duit dengan blog

$575.55 pernah saya dapat dari platform popcash. $29.00 ialah bayaran yang terbaru saya terima dan baki dalam akaun popcash adalah $1.76.

Ini semua dibayar dalam bentuk US Dollar.

Apa perasaannya mendapat $575.55?

Buat duit dengan blog


Perasaan dia memang seronok sebab tak pernah sangka yang saya dapat buat duit secara online.

Tapi ianya tidaklah semudah yang disangka kerana kena maintain traffik sebanyak 1200 keatas dan ini hanya jumlah terkumpul dari 3-4 bulan mencari traffik.

Kalau nak daftar dengan Popcash, boleh daftar sini : Daftar Popcash


PopAds

Buat duit dengan blog

Yang menariknya tentang popads ni, iklannya boleh dikawal (customize) untuk berapa kali dipaparkan kepada pengunjung.

Berlainan dengan Popcash, Popads anda sebagai blogger boleh set bila iklan anda boleh keluar sekiranya ada pengunjung yang datang.

Contoh, 7 saat selepas pengunjung berada dalam blog anda dan iklan cuma dipaparkan sekali/dua kali mengikut pilihan anda sendiri.

Walaupun interface website popads ringkas dan kurang menarik berbanding  popcash, kelebihannya anda boleh mengantikan iklan popads dengan iklan alternatif.

Maksudnya?

Jika anda anda tidak mempunyai pengiklan yang sepadan dengan kehendak setting anda, anda boleh menggunakan tetapan yang disediakan untuk memuatkan kod alternatif.

Ringkasnya anda boleh gunakan iklan dari yang platform lain sebagai alternatif sekiranya popads tidak keluar di blog anda. Bermakna anda boleh berterusan menjana wang secara online.

Rate CPM yang tinggi. 

Walaupun rate berubah-ubah mengikut advertiser tapi rate yang ditawarkan tinggi maintain. Mencecah 6.60 USD per Mile dan paling rendah sepanjang saya mengunakannya ialah 2.20 USD per Mile.

Anda juga bebas untuk memilih rate anda. Paling minimum ialah 0.001 USD. Anda boleh pilih rate yang lebih tinggi tapi iklan akan muncul dengan sikit dan menjejaskan income anda.

Kalau anda nak cuba rasa kelebihan-kelebihan ni, boleh la mendaftar di PopAds dan kena pastikan traffik anda 1200 ke atas setiap hari. Baru earning masyuk

Buat duit dengan blog


PropellerAds


Buat duit dengan blog

Propeller Ads bukan hanya menyediakan iklan jenis pop-ads tapi juga jenis banner, CPM dan CPC.

Malangnya semasa artikel ini ditulis iklan jenis banner, buat masa ini banner, CPM dan CPC tidak disediakan untuk sementara waktu.

Kira okay sebab mereka membayar iklan pop-up dengan harga yang tinggi berbanding iklan CPM dan CPC.

Pendaftaran untuk platform sangat mudah dan pantas. Walaupun blog anda trafik rendah, anda boleh daftar terus dengan Propeller Ads di SINI.

Yang saya suka tentang Propeller Ads ialah interface website yang profesional, earning report yang menarik serta ramalan earning untuk bulan terkini berdasarkan pencapaian dan traffik blog.

Selain itu, ada boleh tetapkan sekiranya ingin paparkan iklan kepada pengunjung yang mengunakan web (laptop/desktop) atau mobile, atau pun kedua-keduanya sekali.

Memandangkan iklan jenis pop-up tersangat merimaskan kepada mobile-user saya memilih utuk paparkan kepada penguna dekstop/laptop.

Earning agak rendah kerana sekarang lebih ramai yang mengunakan mobile untuk melayari internet.

Kalau nak earning lagi meletop boleh setkan untuk paparkan iklan bagi website dan mobile-user.

Jumlah earning setakat ini :

Buat duit dengan blog

$5.28 dan dijangkakan saya punya income untuk bulan ni $15.83. Taklah banyak sangat tapi boleh la sebab baru bermula dengan traffik yang rendah dalam bulan ni.

Jika anda nak cuba guna platform ini untuk blog anda boleh la : Daftar PropellerAds

Buat duit dengan blog


Kecewa juga dengan H12-Media kerana saya telah lama gunakan perkhidmatan mereka. Sekiranya mereka mengekalkan cara perkhidmatan mereka yang dulu, saya pasti H12-Media ni boleh bersaing dengan syarikat-syarikat pengiklanan yang ternama.

Barang kali mereka lupa, syarikat gergasi juga boleh runtuh jika tak jaga pelanggan sedia ada.