Bina Rutin Positif Baru Hanya Dengan 20 Saat

Tags


Setiap orang pasti ingin berjaya. Mungkin jarang sekali kita temui orang yang ingin gagal dalam hidup.

Pernah tak anda teringin untuk menjadikan kehidupan anda lebih baik?

Pernah tak anda merancang pada malam ini untuk jadikan besok hari yang terbaik dalam hidup anda dan apabila esok hari tiba anda tidak melaukan apa-apa yang anda rancangkan?

Di dalam buku The Happiness Advantage, penulis buku dan juga pengkaji,  Shawn Achor menceritakan bagaimana beliau ingin menjadikan bermain gitar sebagai rutin harian beliau.

Walau bagaimana pun, beliau menghadapi masalah untuk melakukannya.

Shawn Achor tidak mampu untuk memotivasikan dirinya untuk bermain gitar setiap hari. Apapun yang terjadi, gitar tersebut masih tidak tersentuh dari tempatnya.

Masalah seperti ini sering terjadi kepada orang lain termasuk juga saya.

Sekiranya kita hendak tukarkan tabiat untuk jangka masa panjang, pada mulanya kita kena bergantung dengan kemahuan yang kuat.

Masalah dengan kemahuan, kadang-kadang kita terganggu dengan ganguan persekitaran yang menyebabkan kita letih dalam membuat keputusan yang penting.

Rutin harian seperti bermain permainan online atau melayani Facebook berpuluh-puluh jam lebih mudah berbanding membuat sesuatu yang produktif seperti bersenam.

Kenapa hal ini terjadi?

Hal ini kerana halangan masa untuk melayani Facebook adalah kurang berbanding dengan bersenam.

Bayangkan untuk Facebook, anda yang perlu ambil telefon pintar, swipe dan tekan icon Facebook.

Tak sampai 20 saat.

Bila bersenam, anda perlu bangun, tukar pakaian yang sesuai dan panaskan badan sementara dalam fikiran anda berbisik, " mesti penat dan berpeluh-peluh nanti ni."

Tapi bagaimana jika anda ada cara untuk mengubah keadaan ini? 

Mahukah anda mencubanya?

Dalam cerita Shawn Achor, untuk berlatih bermain gitar, dia perlu keluarkan gitar dari almarinya yang mana memaksa dia mengeluarkan tenaga yang lebih untuk mula berlatih.

Perkara tersebut mengambil masa 20 saat. Dan jarak masa 20 saat ini membezakan antara berjaya untuk memulakan latihan gitar sebagai rutin harian ataupun tidak.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Shawn cuba meletakkan gitar betul-betul di tengah apartmennya.

Hasilnya?

Sumber Gambar: Mashable

Dia berjaya berlatih gitar untuk 21 hari berturut-turut tanpa ada masalah.

Beliau menamakan teknik ini sebagai Peraturan 20 saat.
" Dengan mengurangkan halangan masa selama 20 saat, saya berjaya menbina rutin harian yang baru," kata Shawn Achor.
Peraturan 20 saat bukan saja boleh digunakan untuk membina tabiat baru , ia juga mampu untuk mengubah tabiat negatif kepada positf.

Shawn melakukan percubaan yang lain lagi. Beliau ingin mengubah tabiat menonton televisyen selepas balik dari kerja kepada membaca dan juga menulis buku beliau.

Oleh itu, beliau mengeluarkan bateri dari remote kawalan televisyen dan meletakkan bateri tersebut jauh daripada ruang tamunya.

Apabila beliau balik dari kerja, beliau cuba menghidupkan televisyen dengan a;at kawalan dengan menekan berulang kembali tanpa menyedari beliau terlupa bateri alat kawalan diletakkan jauh dari televisyen.

Beliau berkata beliau benci melakukakan perkara begini tapi akhirnya beliau berjaya mengurangkan tabiat menonton televisyen sehingga larut malam.

Anda boleh mencuba peraturan 20 saat ini dengan perkara lain juga.. 

Cuma anda kena ingat, anda kena kurangkan halangan masa untuk melakukan perkara positif dan tingkatkan halangan masa untuk perkara negatif.

Sekrianya anda ingin kurangkan makan makanan segera, anda boleh berhenti simpan makanan segera anda di kabinet dapur anda.

Anda ingin kurangkan masa anda di media sosial, delete app tersebut dari telefon pintar anda. Usaha anda untuk ke Appstore, muat turun apps tersebut dan log in semula boleh membuatkan anda mengubah tabiat anda.

Sumber Gambar :  Palife

Sekiranya anda rasa tak nak delete,anda boleh cuba untuk daftar keluar (log-out) selepas anda tamat online ataupun sebelum anda tidur.

Saya sendiri telah mencubanya dan saya berjaya kurangkan tabiat memeriksa media sosial selepas bagnun dari tidur

Pada entri sebelum ini, saya ada kongsikan tentang Peraturan 5 saat.


Apa beza Peraturan 5 saat dengan Peraturan 20 saat?

Peraturan 5 saat


Salah satu teknik untuk anda memulakan sesuatu tugas. 5.. 4 ..3 ..2 . terus mulakan tugas tanpa membenarkan minda separa sedar anda keluarkan alasan-alasan untuk menangguhkan tugas.

Memang sukar untuk memulakan sesuatu tugas tapi bila sudah memulakannya, rasa macam tak nak berhenti.

Peraturan 20 saat


Teknik untuk membina rutin harian dengan mengurangkan halangan masa untuk tugas atau tabiat.

Ia juga digunakan sebagai teknik untuk melengahkan masa utuk tidak melakukan tabiat negatif sehingga anda tidak suka dengan tabiat tersebut

Bukan mudah untuk mengubah tabiat dan membina satu rutin yang baru. Kena ada latihan dan kosistensi [Click To Tweet]