Apa Itu Peraturan 5 Saat ?
Peraturan 5 Saat merupakan salah satu trik dan cara untuk menghindari diri daripada sikap bertangguh.
Anda cuma ada 5 saat untuk mengambil keputusan bagi memulakan sesuatu tugas sebelum ganguan secara fizikal atau mental berlaku dalam minda anda.
Peraturan ini sebenarnya sudah lama digunakan oleh orang-orang dahulu untuk meningkatkan produktiviti tetapi dipopularkan semula oleh Mel Robbins dalam bukunya "The 5 Second Rule: Transform your Life, Work, and Confidence with Everyday Courage"
Bagaimana Peraturan 5 Saat boleh meningkatkan produktiviti?
Otak kita berfungsi untuk melindungi dan menghindari kita daripada melakukan perkara yang kita tidak selesa. Hal ini adalah salah satu bagi otak untuk mengelakkan kita daripada melakukan benda yang boleh membahayakan diri.
Kalau hendak berubah, kita kena keluar dari zon selesa.
Jika mahu bersenam, biasanya kita akan cakap pada diri sendiri, "alaa, kejap lagi la," dan akhirnya kita menangguhkan kerja itu selama beberapa jam ataupun beberapa hari.
Bila anda bertangguh lebih dari 5 saat, otak anda akan sempat untuk mengeluarkan fikiran negatif seperti :
- Malaslah nak bersenam, nanti la sejam kemudian.
- Mesti penat kalau bersenam, nanti tak dapat pula buat kerja lain.
- Best lagi layan Mobile Legends, Facebook dan Youtube dari bersenam.
- Makan jamu pun boleh
Jika anda ingin bersenam, cuba kira 5 saat secara menurun.
5..
4..
3..
2..
1
dan sebelum angka 1, buat pergerakan badan seperti menukar baju sukan ataupun melalukan satu 1 tekan tubi.
Baca juga : Senaman Efektif Untuk Kuruskan Badan
Baca juga : Senaman Efektif Untuk Kuruskan Badan
Produktiviti adalah proses melakukan sesuatu yang penting untuk anda. Peraturan 5 saat nampak mudah tapi jangan biarkan ia memperdayakan anda.
Hal ini kerana anda perlukan kekuatan minda untuk bermula. Jadi paksa diri anda untuk mulakan sesuatu dalam kiraan 5 saat anda kebaikan diri anda sendiri
Anda mungkin tahu cara untuk buat duit secara online tapi untuk memulakan berblog selalu bertangguh.
Bangun awal, fokus dan paksa untuk mulakan perkara paling penting yang anda dalam kiraan 5 saat.
Bila anda ubah perbuatan anda, anda mengubah segalanya.
Untuk muat turun imej ini (600x600) : [ KLIK SINI ]
Jika anda rasa perkara itu betul-betul penting, anda akan cari masa untuk melakukannya. [ Click to Tweet ]
Anda ada peluang untuk memutuskan apa yang terbaik untuk anda.
Semoga berjaya ;)