3 Cara Untuk Gagal Dalam Setiap Perkara

Tags

Sebab Gagal Menjadi Kaya


Semua orang pasti ingin menjadikan hari mereka lebih baik dari sebelumnya.

Walaupun kita sudah merancang untuk memperbaiki diri untuk hari akan mendatang, adakalanya kita hanya mampu merancang.

Anda ingin berjaya dalam hidup, hendak perbaiki hubungan dengan pasangan, mengamalkan gaya hidup yang sihat, kuruskan badan, bersenam ataupun berhenti merokok tapi..

merancang itu sangat mudah, tapi untuk melaksanakan perancangan itu agak susah dan bakal menemui banyak halangan lalu menuju kearah kegagalan.

Kegagalan bukan la penamat dan sebenarnya  boleh dijadikan sebagai pengajaran dan pembakar semangat untuk terus berjaya sekiranya dilihat dari perspektif yang positif.


Apakah punca kegagalan ?

 Kenapakah kegagalan seringkali terjadi biarpun kita sudah cuba yang terbaik?


Kita kena akui yang kejayaan  tidak semudah yang kita rancangkan. Bukan saja kita kena tukar tabiat dan kebiasaan sifat malas serta bertangguh kita juga kena ubah mindset (cara kita berfikir) ke arah yang betul.

Terdapat beberapa perkara yang membuatkan kita merasa tidak gembira dengan prestasi semasa dan ia boleh meningkatkan peratusan kegagalan hingga ke 100%.


Cari kesalahan orang lain atas masalah dan kegagalan anda



Ada dari kita lebih cenderung untuk mencari kesalahan orang lain daripada menilai silap yang kita buat sendiri.

Mencari kesalahan orang lain adalah lebih mudah dari melihat dan memperbaiki kesalahan sendiri. [CLICK TO TWEET]

Kita salahkan kerajaan kerana naikkan harga barang sesuka hati, kita marah sebab bos tak baik naik gaji dan kita cemburu orang lain dilahirkan dari kecil dikurniakan dengan kekayaan.

Cuma ada orang lain yang berada pada generasi dan era sama, daripada setiap hari memikirkan kesalahan orang lain dia setiap hari memikirkan cara menjana pendapatan sampingan secara bisnes online atau pun bisnes offline.


Mengeluh dan merungut tentang segalanya



Keghairahan untuk merungut itu ada boleh menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan dan emosi, serta sentiasa melihat sesuatu isu hanya daripada perspektif dirinya sendiri sahaja.

Kita merungut untuk rumah yang kita kena bersihkan, mop lantai,lap tingkap, sapu rumah dan sebagainya hari-hari.

Tapi bersyukurlah kerana itu menandakan kita masih lagi mempunyai tempat tinggal untuk berlindung dari hujan dan panas.

Setiap pagi jam lonceng berbunyi dan kita merungut kemalasan, walhal itu menandakan kita diberikan kesempatan untuk mengharungi hari itu sekali lagi.

Tidak bersyukur



Yang sering membuat kita tak bersyukur adalah kecenderungan membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain.

Kerana sikap yang sentiasa membanding-bandingkan timbul perasaan selalu berasa kekurangan dengan diri.

Hal ini boleh menyebabkan kita tumpukan perhatian kepada kelebihan orang lain dan fokus dengan kelemahan diri sendiri.

Ini juga membuat keyakinan diri menjunam dan sering memaki diri sendiri atas kekurangan yang ada.

Kenapa perlu bersyukur?

Dengan bersyukur, kita akan berprasangka baik dengan orang lain, menerima nikmat dengan ikhlas,berasa tenang dan  ini ia membuatkan kita  dapat berfikir dan bertindak dengan positif serta menarik perkara dan energi positif.

Sebaliknya, jika sentiasa tidak bersyukur tentang nikmat yang diberi, maka rezeki pun semakin menjauhi.


Ringkasan: 3 Cara Untuk Gagal Dalam Setiap Perkara

  1. Cari kesalahan orang lain atas masalah dan kegagalan diri sendiri.
  2. Mengeluh dan merungut dalam setiap situasi
  3. Tidak bersyukur dengan nikmat yang ada
Sebab gagal menjadi kaya

Untuk download wallpaper ini : KLIK SINI