Cara Berjimat Yang Ringkas Dan Mudah | Kadang-kala perkara yang paling susah untuk dibuat ialah dengan memulakan sesuatu.
Dengan melakukan sedikit perubahan dalam hidup anda, pasti boleh menjadikan masa hadapan anda yang lebih selesa
Bermula dengan perlahan dan lakukan secara konsisten adalah berganda-ganda lebih baik berbanding bermula dengan rakus dan tidak konsisten.
Berikut merupakan langkah Dedaun Comel menyimpan duit secara ringkas dan mudah.
1 | Tetapkan matlamat
Menetapkan matlamat untuk diri anda adalah cara untuk mencapainya. Ianya memberi motivasi dan inspirasi untuk anda terus menyimpan duit.
Tanya diri anda.
Kenapa anda perlu simpan duit?
Apa tujuan anda menyimpan duit?
Kita ada sebab tersendiri untuk menyimpan duit. Antaranya mungkin..
- Kahwin
- Bawa ibu bapa menunai umrah atau haji
Apa pun niat anda, pastikan jangan bertujuan untuk menunjuk dan riak.
Bila sudah tetapkan matlamat, biar matlamat tu anda sentiasa nampak dengan jelas. Contoh kalau nak kahwin, simpan la gambar pasangan anda di dompet.
Kalau nak bawa ibu bapa tunai umrah/haji, letak gambar ibu bapa kat dompet.
Setiap kali keluarkan dompet untuk berbelanja, tatap gambar kat dompet tu dan bayangkan kegembiraan terpancar dari wajah ibu bapa yang dapat menunaikan umrah/haji.
Atau bayangkan kebahagiaan di wajah anda bila dapat berkahwin dengan perempuan idaman sebelum disailang orang lain.
Setiap kali keluarkan dompet untuk berbelanja, tatap gambar kat dompet tu dan bayangkan kegembiraan terpancar dari wajah ibu bapa yang dapat menunaikan umrah/haji.
Atau bayangkan kebahagiaan di wajah anda bila dapat berkahwin dengan perempuan idaman sebelum disailang orang lain.
2 | Rekod perbelanjaan.
Cara seterusnya untuk menyimpan wang ialah dengan menyedari berapa banyak perbelanjaan yang kita simpan.
Kita tahu secara teorinya untuk menyimpan duit ialah jangan berbelanja melebihi pendapatan dan simpan lebihan duit tersebut.
Tapi kenapa masih ramai yang belum habis bulan dah habis duit?
Tahu saja tidak cukup. Oleh itu, kita kena sedar bila duit keluar dan bila duit masuk.
Setelah anda tahu di mana wang anda terbang melayang, anda boleh kategorikan pengeluaran duit anda seperti kemahuan atau keperluan dan tahap kepentingan setiap transaksi.
3 | Teknik bayar diri
Setelah sebulan menunggu gaji, penting untuk membayar diri anda dahulu sebelum anda bayar bil-bil lain seperti bil api, bil telefon dan yang lain.
Bayaran untuk diri anda ni adalah untuk simpanan masa depan. Biasanya ramai yang mengalakkan anda harus menyimpan 10% dari gaji sebelum melakukan pembayaran yang sepatutnya.
Kalau 10% dari gaji tak termampu, boleh la simpan yang semampu mungkin.
Mindset yang salah selalu saya dengar ialah beli la barang tu, sementara masih ada duit gaji. Nanti duit tiada, mana dapat beli lagi..
Bila tiap-tiap bulan ulang perkataan sama, ianya jadi kebiasaan dan sukar untuk mengubah mindset yang macam ni..
Mindset yang sepatutnya ialah simpan la duit sementara masih ada duit. Nanti duit tiada, mana dapat simpan lagi. Kan?
Anda juga boleh lakukan ni secara automatik.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Maybank menyediakan kemudahan untuk penggunanya menyimpan wang secara potongan bulanan yang ditetapkan secara online.
Menarik bukan? Ibarat bermain ‘kutu’ dengan diri sendiri, lebih selamat dan bila tiba tempohnya, pasti akan dapat.
Baca : Cara Main Duit Kutu Dengan Maybank
4 | Lakukan perbandingan harga - dan cari kedai runcit yang lebih murah.
Kebanyakan kita mendapat rutin membeli-belah di kedai runcit yang sama, dan kita mungkin tidak menyedari bahawa kita tidak mendapat tawaran terbaik.
Dengan mempunyai rekod pembelian, lihat pada 20 barangan yang paling kerap anda beli, kemudian belanja barang-barang ini di pelbagai kedai.
Bila anda dapati, kedai tersebut menawarkan harga paling murah , jadikan ia destinasi membeli belah yang tetap.
5 | Pelbagaikan sumber kewangan
Kalau kita tengok sekarang ni, ekonomi dan nilai Ringgit Malaysia pun turun naik. Kos sara diri pun semakin lama semakin meningkat.
Kurang releven sekiranya kita bergantung hanya pada satu sumber pendapatan sahaja.
Memang memerlukan komitmen yang lebih sedikit disebabkan kita perlu fokus pada dua perkara yang penting. Cubalah cari masa dan bijak bahagikan masa.
Jangan terlalu fokus pada yang satu dan cuba seimbangkan.
Dengan ada internet ni, sebenarnya memudahkan kita menjana pendapatan secara online. Kalau dulu kena ada tapak kena ada kedai.
Sekarang ada macam-macam platform untuk berniaga seperti blog, Instagram dan Facebook.
Baca : Bertubi-tubi RM1 masuk dalam akaun !
6 | Berjimat dari segi trend
Trend dan gaya hidup berubah setiap masa. Dan ada musim-musimnya. Adakalanya kita terpengaruh dengan trend kerana nak mengikut peredaran zaman dan hipster.
Jangan terlalu ikutkan hati tapi fikirlah kesenangan untuk masa hadapan.
Dengan ada internet ni, sebenarnya memudahkan kita menjana pendapatan secara online. Kalau dulu kena ada tapak kena ada kedai.
Sekarang ada macam-macam platform untuk berniaga seperti blog, Instagram dan Facebook.
Baca : Bertubi-tubi RM1 masuk dalam akaun !
6 | Berjimat dari segi trend
Trend dan gaya hidup berubah setiap masa. Dan ada musim-musimnya. Adakalanya kita terpengaruh dengan trend kerana nak mengikut peredaran zaman dan hipster.
Jangan terlalu ikutkan hati tapi fikirlah kesenangan untuk masa hadapan.
Trend semasa yang muncul di zaman moden ini lah membuatkan kita terpengaruh dan tanpa sedar, kita membuat sesuatu yang mendorong ke arah pembaziran.
Bijaklah merancang perjalanan hidup anda.
Bijaklah merancang perjalanan hidup anda.
Ahli falsafah Lao Tzu pernah berkata, “Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan. "