Antara aktiviti yang sering dilakukan oleh blogger tegar adalah blogwalking. Apa itu blogwalking? Ia merupakan aktiviti kunjung-mengunjung ke blog lain dan meninggal jejak. Contoh, selepas kita melawat blog orang lain, kita meninggal komen sama ada dalam ruangan komen ataupun di chatbox yang disediakan.
Lawat-melawat adalah amalan yang mulia dan merapatkan silaturahim. Akan tetapi, blogwalking ada cara-caranya dan kalau berlebih-lebihan dengan cara yang salah, akan memberi reputasi yang buruk kepada blog kita.
Lawat-melawat adalah amalan yang mulia dan merapatkan silaturahim. Akan tetapi, blogwalking ada cara-caranya dan kalau berlebih-lebihan dengan cara yang salah, akan memberi reputasi yang buruk kepada blog kita.
Antara Kelebihan dan Manfaat Berblogwalking :
1. Menambahkan Idea Untuk Menulis Entri Atau Artikel
Dengan berblogwalking, kita dapat/sempat membaca apa yang blog lain cuba sampaikan. Hal ini kerana kita perlu membaca isi-isi penting ada dalam entri/artikel tersebut. Baru la idea untuk blog kita pun mencurah-curah ke ladang gandum dan memberi hasil.
Kenapa perlu baca artikel baru komen? Sebab.. Kita suka ke kalau orang datang rumah kita, dah hidang minuman, dia cakap, " lawat la rumah saya ". Lepas tu balik.
Macam tu la juga bila kita dah taip panjang-panjang artikel sampai 200 kilometer , buat research segala, bila tengok komen : Blogwalking here ! Follow my blog !
Kecewa.
2. Menjadikan Kita Hot Stuff.
Bila meninggalkan jejak dalam blog orang lain, orang akan lebih mengenali kita. Ia merupakan salah satu cara untuk mempromosikan diri kita dan blog. Dengan itu, lebih banyak pengunjung datang blog kita, sebab nak tahu tentang kita dan blog kita.
Pastikan komen yang kita bagi tu seiring dan sejalan dengan isi blog mereka, baru la mereka berminat nak tahu tentang blog kita. Jangan la komen dua tiga perkataan saja dalam blog orang.
Yang teruk sangat tu, sampai dua tiga huruf saja.
Yang teruk sangat tu, sampai dua tiga huruf saja.
3. Sosial
Bersosial ni antara salah satu aspek yang penting untuk blogger. Sosial yang saya maksudkan bukan yang melakukan aktiviti riadah yang tak berfaedah dan membuang masa. Blogwalking dapat mengeratkan silahturahim dan menjalinkan hubungan di antara komuniti blogger.
Penting sangat ke? Penting juga sebab bila dah ramai kenalan, kita berpeluang dapat di-link-kan dari blog post mereka. Senang cerita, dapat lebih banyak backlink berkualiti.
4. Meningkatkan Reputasi Dan Ranking.
Bila kita meninggalkan komen berkualiti di blog orang lain, ada kalanya mereka akan lawat blog kita dan buat benda yang sama,apat link yang berkualiti, hubungan baik dengan blogger lain.
Semua ini dapat meningkatkan ranking blog kita dalam enjin pencarian. Bila orang taip di Google, nama kita keluar dalam halaman pertama. Kan best tu?
Semua ini dapat meningkatkan ranking blog kita dalam enjin pencarian. Bila orang taip di Google, nama kita keluar dalam halaman pertama. Kan best tu?