Tips Menulis Artikel Yang Memantapkan SEO on Page

Tips, tutorial, cara, SEO on Page, menulis artikel,


Tips Menulis Artikel Yang Memantapkan SEO on Page | Sekiranya anda seorang blogger yang ingin serius dalam dunia blogging, anda perlu tahu teknik-teknik SEO, samaada On Page mahupun Off Page.

Ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan untuk memantapkan lagi On Page SEO, terutamanya dalam menulis artikel/posting kita. Antaranya ialah :

Tajuk 


Sekiranya  sebuah artikel yang ingin menerangkan tentang Jadi Kaya Dengan Burger Bakar Kambing Golek Gearbox, jadi anda perlu menggunakan kata kunci (keyword) pada tajuk tersebut.
Tajuk juga seharusnya unik dan jelas agar dapat membantu enjin pencarian dan juga pelawat mudah memahami apa yang anda cuba sampaikan.

Isi Kandungan Artikel ( Content )


Artikel yang punyai isi kandungan yang baik boleh menjana traffik walaupun tidak memgunakkan sepenuhnya teknik SEO.  Mungkin anda pernah dengar dengan ayat ini kan? : Content Is King.

Apakah yang menjadikan sebuat artikel mempunyai isi yang baik dan SEO-friendly?

a. Isi yang original. - Artikel, gambar, pandangan yang asli dan bukan copypaste.

b. Isi yang berguna. Artikel yang anda tulis memberi manfaat dan membantu pembaca.

c. Meletakkan Kata Kunci pada perenggan setiap perenggan.

Berapa Panjang Artikel Yang Baik Untuk SEO On Page?

 

Ada yang mengatakan bahawa panjang artikel tidak memberi pengaruh yang besar dalam memantapkan SEO. Hal ini kerana artikel yang panjang belum tentu mudah meraih kedudukan utama di Google dan artikel pendek juga tidak selalunya mendapat ranking rendah di Google.

Tetapi..

Secara umumnyanya, artikel yang panjang membolehkan kita meletakkan kata kunci yang lebih banyak.

Menurut kajian moz.com, artikel yang panjang mendapat  lebih banyak backlink

Analisa yang dibuat oleh Quicksprout pula, artikel sepanjang 1500 patah perkataan lebih LIKE dan Tweet.
Panjang atau Pendek?

Biasanya ia terpulang kepada target audience anda dan apa yang hendak disampaikan dalam artikel blog/website anda. Dedaun Comel sarankan panjang artikel adalah sekurang-kurangnya  300 patah perkataan.  Kenapa? Tujuannya agar posting tidak terlalu pendek dan selesa dinikmati oleh pembaca.

Gambar


Pengunaan gambar bukan saja menarik minat pelawat, tetapi membantu untuk SEO on Page. Bagi memudahkan gambar artikel diindek pada enjin caraian Google, kita boleh menambahkan title dan alt tag pada gambar yang digunakan.

Selain itu berat gambar, perlu dikurangkan agar loading page anda tidak menjadi lambat. Anda boleh mengunakan Image Optimizer untuk kurangkan berat/size gambar.

Internal Linking.


Strategi Internal Linking ialah sebuah kegiatan menghubungkan beberapa halaman yang mempunyai  kaitan antara satu sama lain tapi dalam blog/website yang sama. Contohnya, anda mempunyai artikel tentang Cara Makan Nasi Ayam Percuma, dan ada artikel lain tentang Kelebihan Nasi Ayam, anda boleh link kan artikel tersebut.

Struktur URL

 

a. Permalink

Permalink merupakan url yang pada setiap page anda. Url yang baik ialah url yang mempunyai kata kunci dan tidak terlalu panjang.

Contoh  URL yang OKAY:

http://www.dedauncomel.com/2015/08/tips-menulis-yang-mantapkan-seo-on-page.html

Contoh URL yang kurang OKAY :

https://www.dedauncomel.com/p?165 ATAU

https://www.dedauncomel.com/publish/data2/seo_Tips

b. Categori/ Label/ Tags

Gunakan Label yang berkaitan dan tepat membantu pembaca dan enjin carian mencari apa yang mereka mahu dengan cepat.

Tanda Khas Pada Kata Kunci 


Tips ini juga merupakan kaedah yang perlu anda cuba agar kata kunci yang disasarkan lebiih mudah diindeks oleh Google. tanda khas ini ialah bold, italic dan juga underline. Ingat, anda tidak pelu memberi tanda-tndas anda pada setiap kata kunci tetapi cukup la hanya pada beberapa kata kunci. Sekiranya semua pun di bold, italic dan underline, sudah tentu ianya akan menganggu kekemasan paparan artikel anda.

Itu merupakan tips yang Dedaun Comel dapat kongsikan. Semoga bermanfaat.