Apakah itu E-book? E-book merupakan singkatan daripada perkataan Electronik Book, dalam bahasa melayunya Buku Elektronik. Ianya lebih kurang sama dengan buku biasa, tetapi dibuat dalam bentuk virtual/file yang boleh dibuka melalu komputer atau pun alat elektronik yang sewaktu dengannya.
E-book selalunya dalam format PDF dan boleh juga dalam format lain seperti, DOCs, TEXT(. txt ) dan Image.
Kelebihan E-book :
1. Mudah Dibawa Ke Mana-Mana
E-book boleh disimpan didalam laptop, komputer, telefon pintar, dan pendrive. Apa beza dengan buku biasa? Buku biasa pun boleh bawa ke mana-mana. Ebook tidak memerlukan anda untuk mengangkat dan membebankan tangan anda. Ianya boleh disimpan dalam memory card anda.
2. Jimat Ruang.
Banyangkan anda mempunyai koleksi buku sebanyak 1000 buah buku. Mesti akan memenuhi ruangan bilik anda. 1000 buah e-book boleh disimpan dalam pendrive yang kecil dan memerlukan ruang yang sangat kecil dengan size fail yang ringan.
3. Jimat Masa.
Tiada perlu pergi ke kedai buku dan jalan jauh untuk dapatkan e-book. Anda hanya perlu muat turun e-book dan terus membaca. Tidak perlu berbaris panjang dan bayar dengan casher. Mudah, bukan?
4. Mudah Di ubah suai
Sekiranya anda tidak suka dengan jenis dan jenis font e-book, anda boleh ubah mengikut keselesaan anda sendiri.Anda jua boleh membuat nota tambahan, highlight dan gariskan apa-apa yang penting. Sekiranya apa yang anda highlight itu salah, edit semula.
5. Membaca Waktu Malam.
Kepada pelajar atau sesiapa saja yang tinggal bersama rakan, mungkin tidak dapat membaca buku pada waktu malam kerana lampu ditutup. Anda pula dalam dilema nak pasang lampu kerana menggangu kawan yang sedang tidur. E-book boleh dibaca dalam keadaan gelap dengan bantuan skrin yang berlampu. Tidak la menganggu sangat kawan yang tidur.
Kelemahan E-book
1. Jual E-book
Biasanya buku yang kita dah baca banyak kali, boleh kita jual di kedai buku terpakai. Kalau tidak pun, jual untuk tujuan kitar semula. Hah kalau mahu jual e-book terpakai ni, jarang dibuat orang.
2. Bateri.
Dalam kehidupan kita yang penuh kecanggihan ini, tenaga elektrik tu sangat penting. Kalau tiada powerbank, memang susah. Macam juga ebook, kalau ketiadaan bateri laptop, telefon pintar dan blackout, peluang membaca e-book memang tipis.
3. Feel.
Feel baca ebook dengan buku berbeza.Ada yang suka membaca buku kerana perasaan menyentuh helaian kertas dan bau buku baru berbeza dengan e-book. Kalau dengan e-book, mungkin hanya perlu skroll, swipe dan klik. Perasaan membaca buku kertas itu, seaakan tiada.
4. Kehilangan.
E-book mudah hilang. Kejadian yang tidak diingin seperti laptop terkena virus, folder terdelete dengan tidak sengaja, pendrive tertinggal di Cyber Cafe, format telefon pintar tapi lupa backup data.
Itu adalah antara pengenalan untuk E-book, kebaikan dan kekurangan E-book.
Sekirangnya anda rasa ada lagi kelebihan atau kelemahan yang lain, kami mengalu-alukan komen anda. Terima kasih :)
Sekirangnya anda rasa ada lagi kelebihan atau kelemahan yang lain, kami mengalu-alukan komen anda. Terima kasih :)