Showing posts with label Teknik SEO. Show all posts
Showing posts with label Teknik SEO. Show all posts

Kenali SEO dan Kepentingan SEO Kepada Anda

Adakah anda tahu apakah itu SEO dan bagaimana ia boleh membantu anda.? Dalam posting ini. kita akan berkenalan dengan lebih jauh mengenai dengan SEO serta kepentingannya.

 

SEO merupakan singkatan kepada Search Engine aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan qunatiti dan kualiti traffik anda perolehi melalui enjin pencarian seperti, Google, Yahoo dan Bing.

Dengan bahasa yang lebih mudah di fahami, dengan SEO kita dapat meletakkan blog kita berada di halaman pertama enjin pencarian.

Biasanya orang akan klik blog/website yang berada pada halaman pertama enjin pencarian berbanding halaman kedua dan ketiga

Kenapakah SEO penting untuk Anda?


Bayangkan anda baru saja buat kedai membuka sebuah perniagaan. Sebagai contoh, anda membuka kedai makan. Sudah pasti anda mahu kedai anda sentiasa dikunjungi.Lain lah kalau niat anda buat kedai makan untuk makan sendiri.
Tapi saya tak buat kedai makan, saya buat blog 
Kedai makan tu perumpamaan saja. Sekiranya anda  membuat website/blog, anda mesti nak website/blog anda dibanjiri pengunjung, lebih-lebih kalau anda meletkkan iklan dan menjual produk dalam blog. Anda mungkin boleh jadi jutawan internet !

Tiga Kepentingan SEO


1. Menjana Pendapatan Online 


Sekiranya anda menjalankan bisnes selalui internet atau menbuat affiliate internet,  semakin ramai pembeli yang akan datang ke website anda, dan semakin besar peluang anda membuat jualan. Orang yang mencari melalui enjin pencarian mengenai informasi atau pun sesuatu produk mempunyai niat membeli yang tinggi kerana mereka berniat dan berusaha untuk mencarinya sendiri.

2. Website/blog Akan Dikenali Ramai


Jika anda mendapat lebih banyak pengunjung, maka ianya akan dikenali ramai. Sudah tentu anda juga dikenali ramai. Sebagai contoh, pengunjung menaip perkataan yang di cari melalui Google, seringkali nampak website/blog anda di muka halaman pertama.

3. Mendapat Kepercayaan.


Kepercayaan sangat penting, lebih-lebih lagi dalam menjalankan bisnes online. Anda dapat menukarkan pengunjung menjadi pembeli. website/blog menduduki kedudukan pertama dalam enjing pencarian akan dipadang sebagai website/blog yang dipercayai sehingga membolehkan pengunjung yakin dengan urusan jual beli. Sekiranya anda tidak tidak menjual pun, pengunjung percaya anda dengan memberikan maklumat yang berkualiti.

Apakah elemen yang penting dalan SEO?


On Page SEO


On Page SEO merupakan teknik SEO yang dilakukan dalam website/blog itu sendiri. Ianya terdiri daripada perkara-perkara kecil yang memberi impak besar dalam enjin pencarian. Antara perkara yang terlibat dalam On Page SEO ialah :

  1. Title Tag
  2. Decription Blog
  3. Permalink (URL)
  4. Heading ( h1, h2, h3 )
  5. Image & ALT Image Tags
  6. Internal Linking

Off Page SEO


Berbeza dengan On Page SEO yang fokous kepada internal website/blog, Off Page SEO merupakan perkara yang kita perolehi melalui external website/blog. Cara memantapkan Off Page SEO ialah dengan berusaha mendapatkan backlink berkualiti yang menuju ke arah blog kita.

Apak itu backlink? Penting kah backlink kepada kita? Backlink itu adalah sebuah link yang berada di website lain. Apabila link itu diklik, maka orang yang menekan klik tadi akan diarahkan kepada website/blog anda. Jadi backlink ini mempunyai peranan yang penting dalam memantapkan SEO.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang backlink, BACA SINI

Itu la sedikit sebanyak tentang SEO secara ringkas yang dapat Dedaun Comel kongsikan. Semoga dalam posting akan datang, Dedaun Comel akan kongsi tentang SEO dengan lebih mendalam. Terima kasih kerana membaca :)

Tips Menulis Artikel Yang Memantapkan SEO on Page

Tips, tutorial, cara, SEO on Page, menulis artikel,


Tips Menulis Artikel Yang Memantapkan SEO on Page | Sekiranya anda seorang blogger yang ingin serius dalam dunia blogging, anda perlu tahu teknik-teknik SEO, samaada On Page mahupun Off Page.

Ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan untuk memantapkan lagi On Page SEO, terutamanya dalam menulis artikel/posting kita. Antaranya ialah :

Tajuk 


Sekiranya  sebuah artikel yang ingin menerangkan tentang Jadi Kaya Dengan Burger Bakar Kambing Golek Gearbox, jadi anda perlu menggunakan kata kunci (keyword) pada tajuk tersebut.
Tajuk juga seharusnya unik dan jelas agar dapat membantu enjin pencarian dan juga pelawat mudah memahami apa yang anda cuba sampaikan.

Isi Kandungan Artikel ( Content )


Artikel yang punyai isi kandungan yang baik boleh menjana traffik walaupun tidak memgunakkan sepenuhnya teknik SEO.  Mungkin anda pernah dengar dengan ayat ini kan? : Content Is King.

Apakah yang menjadikan sebuat artikel mempunyai isi yang baik dan SEO-friendly?

a. Isi yang original. - Artikel, gambar, pandangan yang asli dan bukan copypaste.

b. Isi yang berguna. Artikel yang anda tulis memberi manfaat dan membantu pembaca.

c. Meletakkan Kata Kunci pada perenggan setiap perenggan.

Berapa Panjang Artikel Yang Baik Untuk SEO On Page?

 

Ada yang mengatakan bahawa panjang artikel tidak memberi pengaruh yang besar dalam memantapkan SEO. Hal ini kerana artikel yang panjang belum tentu mudah meraih kedudukan utama di Google dan artikel pendek juga tidak selalunya mendapat ranking rendah di Google.

Tetapi..

Secara umumnyanya, artikel yang panjang membolehkan kita meletakkan kata kunci yang lebih banyak.

Menurut kajian moz.com, artikel yang panjang mendapat  lebih banyak backlink

Analisa yang dibuat oleh Quicksprout pula, artikel sepanjang 1500 patah perkataan lebih LIKE dan Tweet.
Panjang atau Pendek?

Biasanya ia terpulang kepada target audience anda dan apa yang hendak disampaikan dalam artikel blog/website anda. Dedaun Comel sarankan panjang artikel adalah sekurang-kurangnya  300 patah perkataan.  Kenapa? Tujuannya agar posting tidak terlalu pendek dan selesa dinikmati oleh pembaca.

Gambar


Pengunaan gambar bukan saja menarik minat pelawat, tetapi membantu untuk SEO on Page. Bagi memudahkan gambar artikel diindek pada enjin caraian Google, kita boleh menambahkan title dan alt tag pada gambar yang digunakan.

Selain itu berat gambar, perlu dikurangkan agar loading page anda tidak menjadi lambat. Anda boleh mengunakan Image Optimizer untuk kurangkan berat/size gambar.

Internal Linking.


Strategi Internal Linking ialah sebuah kegiatan menghubungkan beberapa halaman yang mempunyai  kaitan antara satu sama lain tapi dalam blog/website yang sama. Contohnya, anda mempunyai artikel tentang Cara Makan Nasi Ayam Percuma, dan ada artikel lain tentang Kelebihan Nasi Ayam, anda boleh link kan artikel tersebut.

Struktur URL

 

a. Permalink

Permalink merupakan url yang pada setiap page anda. Url yang baik ialah url yang mempunyai kata kunci dan tidak terlalu panjang.

Contoh  URL yang OKAY:

http://www.dedauncomel.com/2015/08/tips-menulis-yang-mantapkan-seo-on-page.html

Contoh URL yang kurang OKAY :

https://www.dedauncomel.com/p?165 ATAU

https://www.dedauncomel.com/publish/data2/seo_Tips

b. Categori/ Label/ Tags

Gunakan Label yang berkaitan dan tepat membantu pembaca dan enjin carian mencari apa yang mereka mahu dengan cepat.

Tanda Khas Pada Kata Kunci 


Tips ini juga merupakan kaedah yang perlu anda cuba agar kata kunci yang disasarkan lebiih mudah diindeks oleh Google. tanda khas ini ialah bold, italic dan juga underline. Ingat, anda tidak pelu memberi tanda-tndas anda pada setiap kata kunci tetapi cukup la hanya pada beberapa kata kunci. Sekiranya semua pun di bold, italic dan underline, sudah tentu ianya akan menganggu kekemasan paparan artikel anda.

Itu merupakan tips yang Dedaun Comel dapat kongsikan. Semoga bermanfaat.

Bagaimana Enjin Carian Menemui Website/Blog Kita ?

Sebelum mengunakan bermacam-macam teknik dan kaedah SEO yang mantap, adalah lebih baik kita menetahui dan berkenalan dengan lebih dalam tentang cara dan prosedur enjin pencarian seperti Google, Yahoo dan Bing menemui website/blog kita.

bagaimana, naikkan,ranking, blog


Asas ini adalah penting kerana dari konsep ini la kita dapat terapkan SEO yang lebih effektif dan tepat. Jadi Dedaun comel senaraikan bagaimana website/blog anda dapat mendapat tempat dalam halaman pertama enjin pencarian.
  1. Pertama sekali, penguna enjin carian akan membuka laman tersebut.. Sebagai contoh penguna mengunjungi www.google.com
  2. Setelah laman Google terbuka, penguna boleh menaipkan kata kunci untuk mencari informasi. Sebagai contoh, penguna mencari tips dan teknik menjana duit secara online, maka penguna itu perlu memasukkan kata kunci " cara buat duit online ". Dan tekan Enter.
  3. Proses kerja enjin carian akan berlaku dengan sangat cepat dan ketika ianya berlaku maka algoritma turut berjalan. Algorithma? Apa tu?
Algoritma merupakan istilah matematik dan pengiraan yang bermakna dan mengerakkan arahan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Algoritma ini la yang berfungsi untuk menampilkan hasil carian melalui kata kunci
* Algorithma ini lah yang memilih website dan blog yang paling berkait dan releven dengan perkataan (keywords) yang di taip dalam search box enjin pencarian. Namun apa yang perlu anda ketahui, algoritma tidak mencari perkataaan yang ditaip semasa anda menekan butang Enter, tetapi algorithma hanya memilih  hasil pencarian yang sudah ada pada database enjin pencarian.
Membingungkan? Anda akan lebih faham tentang ni sekiranya anda  membuat dan menghantar sitemap website dan blog anda kepada enjin pencarian.
Database (index) enjin carian ini sebelumnya sudah di disiapkan terlebih dahulu oleh spider/crawler yang di miliki oleh setiap enjin pencarian.

* Setelah algorithma enjin carian selesai bekerja, maka hasil carian tersebut yang releven dan berkait rapat dengan kata kunci (keywords) yang di taip oleh penguna akan dirpaparkan.

Jadi dapat kita simpulkan bahawa dalam memantapkan SEO, sebenarmya tujuan kita adalah untuk membuat enjin carian menjadi lebih baik dan mengenali website/blog kita. Jadi perlu kita ketahui mengenai algoritma bahawa setiap enjin pencarian mempunyai algoritmanya tersendiri.

SITEMAP Untuk Mantapkan SEO

Apakah itu SITEMAP? Bagaimanakah ia berfungsi untuk memantapkan lagi SEO?

cara, buat, sitemap, seo, blog

Mengenali Sitemap


Bayangkan kita melancong dan berjalan di tempat yang belum pernah kita lawat. Apakah antara perkara paling penting? Peta.  Dengan peta, ia akan lebih memudahkan kita untuk menjelajahi kawasan yang belum pernah kita lalui.

Dalam dunia internet, ia dikenali sebagai sitemap ataupun peta laman. Sitemap merupakansenarai halaman sebuah website yang boleh diakses oleh robot enjin carian (crawler) atau pun pelawat laman. kepentingan sitemap adalah pelawat dan crawler mudah menjelajahi halaman di website kita.

Sitemap juga salah satu element penting dalam melakukan teknik SEO.

Cara Membuat Sitemap dari Blogger/Blogspot


Langkah 1


Log in akaun blogger anda

Langkah 2


Klik pada blog anda, dan masuk ke dashboard dan klik pada setting.

Langkah 3


Klik pada menu Other

 cara, buat, sitemap, seo, blog

Langkah 4


Lihat pada bahagian Site Feed, lepas tu klik pada tulisan Add yang ada pada bahagian Post Feed Redirect Url

Langkah 5


Isi dalam ruangan kotak yang di sediakan dengan alamat/URL anda disertakan dengan /atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

Contoh : http://www.dedauncomel.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500


  cara, buat, sitemap, seo, blog

 

Langkah 6


Klik pada Save setting

Sekiranya berjaya, lita hanya perlu kirim sitemap yang suda dibuat ke Google Webmaster Tools

Cara hantar Sitemap ke Google Webmaster Tools


Langkah 1


Pergi ke Google Webmaster Tools : KLIK SINI

Langkah 2


Anda akan di minta untuk melakukan proses log in. Log in  menggunakan akaun Google yang anda miliki.

Sekiranya anda berjaya log in,anda akan terus masuk ke Dashboard Google Webmasters Tool. Lepas tu, masuk ke bahagian setting website/blog anda.

Langkah 3


Klik pada bahagian SITEMAP

Langkah 4


Sila klik pada ADD/TEST SITEMAP

Isikan atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500 pada kotak ruangan yang tersedia dan klik Submit SiteMap.

Langkah 7


Anda akan diberitahu bahawa Sitemap sudah dikirimkan. Tekan Refresh.

Sekiranya sudah muncul informasi tentang website/blog anda, ini bermakda sitemap berjaya dikirimkan dan di simpan.