Sebab Utama Anda Perlu Berjimat

Tags

berjimat. menyimpan duit


Kenapa perlu berjimat?

Tak kira la ketika ekonomi negara memberansangkan ataupun merundum, penjimatan kena kita buat dari masa ke semasa.

Beli ikut keperluan dan bukan ikut kemampuan. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya. Biasa anda dengar kan?

Banyak sebab kita perlu berjimat. Antaranya ialah


Untuk kegunaan masa kecemasan..

Anda tidak dapat meramal masa hadapan. Saya pun bukan peramal masa depan.

Ada masanya anda mungkin akan menghadapi masalah seperti kerosakkan kereta atau dibuang kerja.

Bila ada simpanan, bolehlah bersedia untuk menghadapinya saat-saat gentingn begini.

Bukan kita harap benda ni terjadi, tapi apa-apa pun boleh berlaku tanpa diminta. Bak kata orang dulu-dulu, malang tidak berbau.

Oleh itu, kena berjimat dan ada  tabung kecemasan.


Untuk memenuhi kehendak dan impian anda..


Setiap orang ada impian dan kehendak.

Bagi memenuhi impian dan kehendak perlukan duit. Mungkin impian anda untuk membeli kereta, rumah atau pun melangsungkan perkahwinan yang kedua, tetap perlu keluarkan duit walaupun sikit.

Sebagai seorang yang bekerja keras untuk keluarga dan diri sendiri, ada masanya anda perlu membelanjakan sebahagian wang untuk apa yang penting dan anda berhak untuk bergembira atas usaha yang telah anda lakukan.

Siapa yang kata duit tidak boleh membuatkan mereka gembira, silalah bank-in duit anda kepada saya. #gurau 


Membuat pelaburan..

Membuat pelaburan, berjimat dan membuat simpanan adalah perkara yang berbeza. Tapi dengan berjimat dan membuat simpanan anda boleh membuat pelaburan.

Berjimat dan membuat simpanan mempunyai risiko yang kecil manakala melabur risikonya lebih besar namun pulangannya berganda-ganda.

Sekarang ni macam-macam cara anda boleh melabur seperti pelaburan emas,  jual beli saham dan juga  pelaburan Unit Trust.

Contohlah anda ingin menjadi salah seorang penjual atau pembeli saham, anda perlu faham akan konsep pelaburan. Jika anda merupakan seorang pelabur saham, anda akan simpan saham tersebut dalam tempoh masa yang lama

Keuntungan pelaburan saham dapat dibuat jika teknik dan juga analisis yang betul dibuat.


Berjimat Dan Simpan Duit Anda
Jom Melabur !

Bebas dari segi kewangan..

Bebas dari segi kewangan bukanlah bermakna kaya tapi anda bebas dari tekanan-tekanan wang seperti..
  1. bebas untuk melancong
  2. bebas bertukar kerjaya
  3. bersara awal
  4. membantu ahli keluarga dari segi kewangan
  5. bebas dari hutang

Sekurang-kurangnya, tidak la anda sering disindir di media sosial - Hutang belum bayar, tapi upload gambar makanan sedap-sedap

Berjimat la selagi mampu. Lagipun sekarang harga barang semakin lama, semakin naik. Nilai RM pun tak stabil. Sudah tentu kos sara hidup pun semakin meningkat..