Segmen Suai Kenal Blogger Seluruh Malaysia

Tags

Segmen Suai Kenal Blogger Seluruh Malaysia


Tak kenal maka tak cinta.

Bagaimana kita menzahirkan perasaan cinta dan kasih sayang, sekiranya kita tidak mengetahui tentang kewujudan mereka , cuba mengenali dan memahami mereka.?

Mencintai dan mengasihi bukanlah hanya untuk pasangan kekasih seperti suami isteri tapi juga untuk saudara, kawan sahabat dan juga sebagai masyarakat.

Kasih sayang juga boleh ditunjukkan dengan memberi sokongan dan sentiasa bersangka baik.

Mengapa perlu mengenali antara satu sama lain?
Ada antara kita mungkin pernah, sama ada secara sengaja atau tidak menghakimi orang lain kan?

Sebagai contoh,

" Kenapa la orang tu mencuri sardin, ada tangan ada kaki, kenapa tak kerja cari hasil yang halal? "

Mungkin kita tidak tahu yang dia tiada sumber pendapatan yang lain dan terdesak untuk memberi anak-anak dan isteri yang sedang kelaparan.

Manakala saudaranya sering memalukan dia kerana tidak dapat memberi kesenangan kepada keluarganya..


" Kenapa muka dia hodoh? Badan pun penuh dengan parut. "


Mungkin  kita tidak tahu yang dia merupakan mangsa penderaan ibu bapa sejak kecil lagi dan membuat keputusan untuk tidak lari dari rumah untuk melindungi adik-adiknya yang lain daripada didera..

Saya percaya, jika kita cuba lebih memahami dan kurang menghakimi, pasti dunia ini lebih bahagia untuk didiami.


Siapakah saya?

Nama saya Fareed Foo. Biasanya saya dipanggil oleh kawan-kawan dengan gelaran Far, Bro Far, Abang Far atau pun Red.

Boleh add saya di Facebook : Fared Foo Sinchan

Dan Follow di Instagram : @fareedfoo

Antara sebab nama FB saya ada perkataan Sinchan di hujung sebab ada orang cakap yang kononnya kening saya macam Sinchan.

Hmm. Betul ke?

Saya seumur dengan blogger Sofinah Lamudin. Lagi 3 tahun mencapai 30.

Dan saya berasal dari Sabah.


Tentang saya

⇨ Seorang yang pemalu dan mungkin juga introvert. Sentiasa ingin memperbaiki diri walaupun sering kali gagal. :'(

Tapi takpa, jatuh 7 kali, bangkit 8 kali. Kan?

⇨ Mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Oleh sebab itu, banyak benda yang saya belajar tak habis sebab bila tahu pasal 1 benda ni, nak tahu lagi 1 benda lain. Serabut di buatnya.

(Mungkin bukan sifat ingin tahu tapi masalah untuk fokus :D )

⇨ Mempunyai beberapa blog yang lain dan mula aktif berblog pada 4 tahun yang lalu. Belum boleh dipanggil sebagai otai.


Tentang Dedaun Comel

Kenapa pilih nama Dedaun Comel?

Bagi saya, ia mudah diingati. Lagipun fungsi daun pada tumbuhan memiliki peranan penting dalam proses pembentukan tumbuhan agar menjadi lebih sempurna dan indah serta memberi nafas kepada hidupan yang lain.

Begitu la harapan saya pada blog ini, untuk memberi semangat dan berkongsikan inspirasi tersebut dengan orang lain.

Mungkin tidak semua artikel ini dalam blog ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain, tapi sekiranya ada 1 orang saja dapat manfaat hasil dari blog Dedaun Comel, saya sudah cukup bahagia.

Dalam masa yang sama, dengan blog Dedaun Comel saya boleh menjana sedikit pendapatan secara online untuk sentiasa memperbaiki diri dan kualiti blog.

Tak kenal maka tak cinta.

Sekarang anda sudah mengenali saya , bolehkah anda mencintai saya? #brocuba


Artikel ini terhasil dari  Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia yang dianjurkan oleh Sofinah Lamudin.

Anda boleh la berkenalan dengan Blogger Sofinah Lamudin ni bersama 2 ekor kucing beliau yang comel, Si Ontot dan Si Chokey dengan menyertai Segmen Suai Blogger Seluruh Malaysia.

Segmen Suai Kenal Blogger Seluruh Malaysia

SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA untuk kita semua saling mengenali dan bertukar ilmu melalui pembacaan di dalam blog masing-masing.

Untuk menyertai Segmen ini,

Sila klik >> Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia << klik