Apakah itu SITEMAP? Bagaimanakah ia berfungsi untuk memantapkan lagi SEO?
Mengenali Sitemap
Bayangkan kita melancong dan berjalan di tempat yang belum pernah kita lawat. Apakah antara perkara paling penting? Peta. Dengan peta, ia akan lebih memudahkan kita untuk menjelajahi kawasan yang belum pernah kita lalui.
Dalam dunia internet, ia dikenali sebagai sitemap ataupun peta laman. Sitemap merupakansenarai halaman sebuah website yang boleh diakses oleh robot enjin carian (crawler) atau pun pelawat laman. kepentingan sitemap adalah pelawat dan crawler mudah menjelajahi halaman di website kita.
Sitemap juga salah satu element penting dalam melakukan teknik SEO.
Cara Membuat Sitemap dari Blogger/Blogspot
Langkah 1
Log in akaun blogger anda
Langkah 2
Klik pada blog anda, dan masuk ke dashboard dan klik pada setting.
Langkah 3
Klik pada menu Other
Langkah 4
Lihat pada bahagian Site Feed, lepas tu klik pada tulisan Add yang ada pada bahagian Post Feed Redirect Url
Langkah 5
Isi dalam ruangan kotak yang di sediakan dengan alamat/URL anda disertakan dengan /atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
Contoh : http://www.dedauncomel.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
Langkah 6
Klik pada Save setting
Sekiranya berjaya, lita hanya perlu kirim sitemap yang suda dibuat ke Google Webmaster Tools
Cara hantar Sitemap ke Google Webmaster Tools
Langkah 1
Pergi ke Google Webmaster Tools : KLIK SINI
Langkah 2
Anda akan di minta untuk melakukan proses log in. Log in menggunakan akaun Google yang anda miliki.
Sekiranya anda berjaya log in,anda akan terus masuk ke Dashboard Google Webmasters Tool. Lepas tu, masuk ke bahagian setting website/blog anda.
Langkah 3
Klik pada bahagian SITEMAP
Langkah 4
Sila klik pada ADD/TEST SITEMAP
Isikan atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500 pada kotak ruangan yang tersedia dan klik Submit SiteMap.
Langkah 7
Anda akan diberitahu bahawa Sitemap sudah dikirimkan. Tekan Refresh.
Sekiranya sudah muncul informasi tentang website/blog anda, ini bermakda sitemap berjaya dikirimkan dan di simpan.