Meningkatkan Kemungkinan Kejayaan

buat, bisnes, online, berjaya

Meningkatkan Kemungkinan Kejayaan | Anda mungkin sedar (semestinya) yang kemungkinan kejayaan tidak memihak kepada anda. Setiap hari, ratusan dan ribuan usahawan internet muncul.

Seperti dalam post sebelum ini, kita ada membincangkan 90% bisnes online yang akan dilancarkan hari akan gagal dalam tempoh 120 hari.

Ya tepat sekali ! Anda cuma ada 10% peluang untuk berjaya dalam bisnes internet anda. Anda mungkin boleh berjaya dengan mempraktikkan panduan yang telah diberikan.

Anda boleh meningkatkan kemungkinan kejayaan anda dari 10% kepada 90% Cuma dengan mempraktikakan beberapa prinsip mudah kepada masalah anda.

Sebab utama terlalu banyak usahawan internet gagal dalam tempoh masa 120 hari boleh kita lihat dari 4 perkara ini.

  1.  Mereka tidak mempunyai mindset yang betul
  2. Mereka tidak meletakkan permulaan yang kuat
  3. Mereka tidak mempunyai kunci untuk meningkatkan perkembangan dan kemajuan
  4. Mereka tidak merancang untuk berjaya.
Mindset yang betul untuk berjaya.

Malangnya, ramai orang berfikir yang mereka boleh berhenti kerja, buat online bisnes dan relaks dan menikmati hidup. Mereka menjangkakan kejayaan segera, kekayaan segera tanpa perlu melaburkan masa dan tenaga untuk mencapainya.

Mereka betul-betul percaya yang mereka boleh tidur sehingga petang, online dan berkerja bila-bila saja mereka mahu dan mengharap jualan dan keuntungan.

Sikap sebegini menyebabkan separuh daripada kegagalan bisnes online.

Membina bisnes online yang berjaya memakan masa yang banyak dan usaha yang berteruasan. Kerja biasa (offline) biasanya memerlukan anda bekerja 40 jam seminggu.


Bisnes online anda memerlukan 2 kali ganda daripada masa itu setiap minggu untuk memastikan kejayaan anda. Terlalu sedikit orang yang mampu atau mempunyai keingginan untuk melaburkan masa yang banyak sebegitu dan membawa kepada kegagalan 90%

Mereka yang berani dan mempunyai keazaman untuk meletakkan masa dan usaha yang cukup boleh memperolehi kejayaan yang cepat

Mereka meneruskan usaha dan sanggup mengalamai kerugian beberapa bulan walaupun mendapat pulangan sedikit kerana mereka tahu itu merupakan salah satu proses mengumpul pengalaman, pengetahuan dan informasi untuk meningkatkan kemungkinan kejayaan yang berterusan.

Akan ada mereka di luar sana mencari skim cepat kaya dan akhirnya berakhir menjadi mangsa penipuan internet.
Mindset yang betul ialah : Kerja keras adalah kuncinya. 
Mesti ada kesanggupan untuk bekerja berjam-jam lamanya. Kejayaan tidak datang segara dan semalaman. Orang tidak akan berbaris untuk mengulurkan duit. Anda perlu pergi dapatkan kejayaan itu.

Meletakkan asas permulaan yang kukuh

Setiap bisnes ada dua benda yang sama. Semuanya ialah bisnes dan ianya harus dijalankan seperti bisnes. Sesiapa yang berada dalam bisnes perlu memahami konsep-konsep dalam bisnes.

Mereka perlu memahami konsep untung dan rugi dan apa punca-puncanya.

Anda tidak semestinya memerlukan diploma atau ijazah untuk menjadi usahawan internet yang berjaya. Cuma dengan pengetahuan asas dapat membezakan anda dengan pesaing-pesaing anda yang lain.


Sekurang-kurangnya dapatkan sebanyak-banyak nasihat bisnes sebelum anda berfikir untuk mulakan bisnes online. Laburkan diri anda dengan pengetahuan internet marketing dan barulah anda laburkan untuk bisnes online anda.

Mendapatkan keuntungan dalam bisnes bukan la sekejap. Ianya perlu usaha berbulan-bulan, bertahun-tahun untuk menjana duit secara pasif dengan lumayan.

Anda perlukan modal yang cukup bukan saja untuk bisnes anda tapi untuk keperluan diri anda seperti pengetahuan, informasi, maklumat dan pengalaman sebelum berjaya.

Membuka ruang untuk perkembangan

Tiada yang dalam dunia ini yang sentiasa tidak berubah. Perkara yang tidak berubah ialah perubahan. Bisnes internet tidak terkecuali. Faktanya, bisnes online melalui perubahan yang lebih cepat dari kita bayangkan.

Sebab lain, terlalu banyak bisnes online tidak berjaya untuk masa jangka yang panjang ialah kerana usahawan internet akan memulakan bisnes dengan hanya satu idea dan tidak mengembangkannya dari itu.

Mereka ini biasanya dipanggil dengan nama pemerhatian searah. Mereka tidak melihat lanskap bisnes online dan membuat berubahan yang perlu untuk menonjol dalam market.


Bisnes online akan terus berkembang dan maju sekiranganya pemilik atau pengurus bines tersebut juga mengembangkan atau menambahkan pengetahuan mereka dan sanggup untuk praktikkan perubahan yang berlaku setiap hari dalam dunia online.

Untuk mencapainya, ianya bagus untuk menggunakan 5% daripada masa dan pendapatan anda untuk diri anda sendiri. Anda adalah bisnes anda.

Pengetahuan berterusan ialah pilihan yang terbaik untuk dibuat. 10% daripada bisnes internet yang baru akan masih ada selepas 120 hari akan dimiliki oleh pengurus yang belajar benda baru secara berterusan dan mempraktikkannya kepada bisnes internet yang mereka jalankan.

Mereka belajar untuk meningkatkan kemungkinan kejayaan. Mereka menghadari seminar. Mereka membaca buku dan blog berkaitan dengan niche mereka.
Menambah ilmu setiap hari untuk berjaya.
Ianya sangat mudah menyatakannya tapi lebih susah untuk melakukannya. Akan tetapi sesiapa yang melakukannya akan masih berada dalam bisnes itu manakala yang tidak melakukannya akan terbabas.

Teruskan membaca :
1. Kenapa Bisnes Online Gagal?
2. Peratusan Kegagalan Bisnes Online 
3. Meningkatkan Peratusan Kejayaan
3. Asas Keusahanan Internet
4. Kunci Kepada Perkembangan Bisnes Online Yang Berterusan 
5. Ciri-Ciri Pelaburan Diri Yang Berkesan
6. Merancang Kejayaan