KENAPA BISNES ONLINE GAGAL ?

bisnes online, buat duit, gagal

KENAPA BISNES ONLINE GAGAL ? | Setiap hari di luar sana, dalam jutaan manusia yang bangun dari katil dengan mengalihkan selimut membaluti badan, mandi, bersarapan dan bergegas dalam kesesakan lalu lintas dengan berfikiran adakah kerja yang lebih mudah untuk menyara kehidupan mereka dan juga keluarga.

Setiap 1 daripada jutaan dan jutaan orang ini, tahu bahawa ada orang lain yang berhenti daripada bangun pagi, sarapan, kerja hingga malam dan ulang keesokan harinya dan orang itu dapat menyara dirinya dan keluarga dengan hanya bekerja melalui laptop dalam hanya dalam rumah mereka sendiri.

Bekerja daripada rumah mungkin kedengaran seperti penyelesaian yang ideal kepada mereka. Ramai jiwa yang tidak tenteram dengan pekerjaan mereka cuba berhenti dan masuk ke dunia online merketing dengan tiada apa-apa persediaan, tiada pengetahuan yang khusus, tidak tahu apa yang dilakukan dan tiada harapan untuk berjaya.

Kegagalan adalah satu-satunya pilihan mereka tanpa mereka sedarinya.

Menurut Neil Patel dan Forbes, lebih 90% daripada semua bisnes online GAGAL dalam permulaan 120 hari selepas mereka memulakan perniagaan.

Ya, sembilan puluh peratus !

Kadar kegagalan ini menjadi amaran kepada mereka yang cuba untuk memulakan bisnes online. Ini membuatkan mereka berfikir dua kali untuk berhenti daripada kerja makan gaji mereka.

Tapi sudah tentu, kejayaan adalah tidak mustahil. Masih terdapat 10% lagi yang masih berjaya. Cuma kejayaan bukan la tercipta secara tiba-tiba. Kejayaan tidak datang bergolek. 

bisnes online, buat duit, gagal

Kejayaan berlaku dengan adanya faktor-faktor yang penting.

Kejayaan berlaku kerena mereka mempunya idea yang tepat berkenaan internet marketing dan bagaimana ianya berfungsi. Mereka tidak mengharapkan menjadi kaya dengan cepat dan berjaya dalam 1 hari saja kemudian bersara untuk bercuti dan santai.

Baca juga : Buat Duit Online

Biasanya orang akan memulakan bisnes online dengan mindset yang mereka tidak perlu lagi bangun dan pergi kerja. Mereka fikir yang mereka boleh bekerja dengan santai dan mendapat pendapatan yang lumayan. Mereka tidak menjangka kan buat duit secara online tidak perlu bekerja keras dan mengambil masa berjam-jam sehari.

Anggapan yang salah tentang Internet.


Kadar 90% kegagalan untuk yang baru memulakan bisnes online sebenarnya bukan sangat mengejutkan apabila anda berdepan dengan kesusahan pada mulanya.

Kebanyakan orang berfikir bahawa melakukan bisnes online sangat mudah. Hanya perlu buat blog, facebook page dan letakkan produk untuk dijual dengan harapan ribuan akan membeli produk tersebut. Pada mulanya, saya pun fikir macam tu tapi ianya sangat tidak betul.

Untuk menjadikan bisnes di internet berjaya, ianya perlukan disiplin. Orang akan memulakan bisnes online dan berfikir mereka boleh berparti sepanjang malam, tidur sehingga tengahari dan buat duit dengan duduk depan komputer 3 hingga 4 jam.


Mereka lakukannya dengan berfikir setiap orang di dunia ini akan berbaris untuk produk mereka dan bagi bank in duit begitu saja. Benda tu tidak akan terjadi.

Ada mengatakan bisnes online bergerak secara auto-pilot. Ramai internet marketer mengatakan ianya mudah untuk melakukan bisnes online dan duit masuk ketika kita tidur.

Tapi mereka sebenarnya dapat melakukannya selepas meletakkan usaha berjam-jam untuk mencapai tahap sebegitu.

Kejayaan tidak terjadi sekelip mata untuk mereka. Ianya juga tidak terjadi kepada setiap orang.

 Kebanyakkan orang tidak bersedia untuk melaburkan masa yang diperlukan untuke menjadikan bisnes online mereka berjaya.


Tidak ada asas bisnes


Setiap bisnes ada dua benda yang sama. Semuanya ialah bisnes dan ianya harus dijalankan seperti bisnes. Sesiapa yang berada dalam bisnes perlu memahami konsep-konsep dalam bisnes. Mereka perlu memahami konsep untung dan rugi dan apa punca-puncanya.

Anda tidak semestinya memerlukan diploma atau ijazah untuk menjadi usahawan internet yang berjaya. Cuma dengan pengetahuan asas dapat membezakan anda dengan pesaing-pesaing anda yang lain.

Sekurang-kurangnya dapatkan sebanyak-banyak nasihat bisnes sebelum anda berfikir untuk mulakan bisnes online. Laburkan diri anda dengan pengetahuan internet marketing dan barulah anda laburkan untuk bisnes online anda.

Mendapatkan keuntungan dalam bisnes bukan la sekejap. Ianya perlu usaha berbulan-bulan, bertahun-tahun untuk menjana duit secara pasif dengan lumayan.

Anda perlukan modal yang cukup bukan saja untuk bisnes anda tapi untuk keperluan asas anda.


Mindset yang betul cuma belum ada !


Anda mesti pernah dengar perkataan ini
Orang tu ada ciri-ciri orang yang berjaya.
Perkataan begini selalunya diucakapkan kepada orang yang mempunyai SIKAP berjaya. Hal ini kerana orang lain dapat lihat ciri-ciri berjaya atas perkara yang kita buat seharian. Ciri-ciri dan sikap tersebut la perlu kita serapkan dalam diri kita.

Perkataan "sikap" merupakan perkataan penting apabila kita membicangkan tentang memulakan internet marketing dan bisnes online. Sikap yang baik..

Mindset yang baik tidak menjamin kejayaan 100% tapi sikap yang tidak baik, mindset yang negatif menjamin kegagalan.

Ini merupakan kesalahan sikap yang menjamin kegagalan :

" Saya boleh bekerja bila-bila masa saya mahu "
Silap. Anda tidak boleh bekerja sesuka hati anda atau bila anda rasa perlu. Anda perlu jangkakan yang anda sepatutnya meletakkan usaha dan masa anda berjam-jam serta keja keras untuk memastikan empayar internet anda berjaya.

"Saya boleh jadi kaya dengan cepat"
Anda silap besar , bukan saja anda silap malah anda meletakkan diri anda dalam keadaan bahaya. Berjuta-juta orang di dalam internet menunggu anda sebagai target mudah. Sekiranya anda mencari cara yang mudah untuk menjadi kaya, anda mangsa seterusnya.

Tidak mustahil untuk mendapat pendapatan yang memuaskan melalui internet marketing dan bisnes online tapi sekiranya ada orang yang memberitahu ianya cepat dan mudah, mereka sedang menipu anda.

"Saya tidak perlukan Pelan Bisnes "
Anda sekali lagi silap. Online bisnes masih juga bisnes. Setiap prinsip bisnes boleh diaplikasikan pada bisnes online Ianya sangat penting untuk mempunyai pelan kejayaan yang berdasarkan prinsip-prinsip bisnes yang betul.

Apabila anda mempunyai bisnes online sendiri, anda tidak mempunyai bos. Ops, anda salah lagi.

Anda adalah bos anda sendiri.

Sekiranya anda gagal untuk menjadi bos yang baik, yang menyelesaikan kerja tepat pada masanya, anda menarik diri anda ke lembah kegagalan.

Kecuali la anda ialah seorang bos yang mempunyai jadual dan menetapkan misi, visi dan matlamat yang perlu dicapai. Atau pun anda cuma perkerja yang bekerja dengan gaji minimum di bawah bos yang ada misi, visi dan matlamat.

Sebab yang menjamin kegagalan bisnes online.
  1. Anggapan yang salah terhadap internet
  2. Tidak ada asa bisnes
  3. Mindset yang betul belum ada.