Anak gajah dilatih sejak lahir supaya dapat dikurung di dalam ruang yang sempit. Jurulatih gajah menambat kaki anak gajah dengan tali pada tiang kayu dalam satu ruang sepanjang tali yang diikat ke kakinya. Ruang yang sempit ini menjadi zon yang selesa bagi si anak gajah.
Walaupun pada awalnya anak gajah cuba memutuskan tali itu, ia mendapati tali itu terlalu kuat baginya. Oleh itu, anak gajah menyedari ia tidak dapat memutuskan tali itu.
Anak gajah itu tahu yang dia perlu tinggal di dalam ruang yang dihadkan oleh tali yang menambat kakinya.
Apabila anak gajah membesar sehingga beratnya mencapai lima tan dan dapat merentap sahaja tali yang diikat kepada kakinya, ia tidak pernah cuba melakukannya kerana sudah tahu sejak kecil, tali itu tidak dapat diputuskan. Inilah sebabnya gajah yang paling besar pun ditambat dengan tali.
Mungkin kisah si anak gajah ini menerangkan diri kita yang masih terperangkap dalam zon selesa dan diikat oleh sesuatu yang lemah. Selemah tali yang mengawal gajah. Bezanya, tali yang mengikat kita adalah kepercayaan yang disimpan sejak kecil.
Ketika saya masih kecil, saya sentiasa ingin menjadi seorang saintis kerana saya ingin mencipta sesuatu yang boleh memberi manfaat atau inspirasi kepada orang lain. Semasa sekolah rendah, saya markah sains dan matematik saya boleh tahan hebatnya. Mungkin kalau tak jadi saintis, mungkin boleh jadi doktor atau jurutera, asal kan dapat mencipta sesuatu untuk kebaikan orang lain.
Saya memberitahu cita-cita tersebut kepada ahli keluarga terdekat, Ayat pertama saya dengar ialah, "JANGAN." Hampir luluh hati saya ketika itu ( ketika saya masih budak-budak lagi ).
Pada tahun itu, keluarga kami selalu menonton filem Batman & Robin dan filem tersebut sangat popular.
Dan mereka mengatakan jangan jadi saintis sebab akan jadi gila seperti penjahat dalam filem Batman & Robin. Apa?? Alasan yang sangat remeh dan lucu tapi memberi impak kepada saya sehingga sekarang.
Ketika saya memasuki sekolah menengah, keputusan peperiksaan untuk mata pelajaran sains semakin lama semakin rendah. Ianya seperti tali yang diikat kepada anak gajah yang membataskan kepercayaan saya untuk mencapai cita-cita untuk memberi manfaat kepada orang lain.
Saya telah lupakan cita-cita menjadi saintis dan berfikir apakah pekerjaan lain yang dapat memberi manfaat kepada orang lain; Ahli bomba dan Pegawai Polis ! Saya memberi tahu kepada ahli keluarga terdekat dan mereka mengatakan, " Nanti susah nak cuti ! Hari Raya pun kerja ! "
Keluar Dari Zon Selesa |
Selepas habis sekolah menengah, saya pernah pergi ke temuduga polis dan lulus ujian fizikal dan dibenarkan untuk ke temuduga kedua. Tapi saya dihalang oleh ahli keluarga dengan alasan, nanti kena tembak. Sekali lagi alasan yang tidak masuk akal dan lucu.
Oleh sebab saya seorang yang lurus dan menghormati nasihat mereka, saya tidak menghadiri temuduga kedua. Saya faham mungkin mereka ingin yang terbaik untuk saya.
Sejak itu, keyakinan diri saya menurun dan saya tidak ada goals untuk dicapai. Saya merasakan orang di sekliling saya tidak pernah sokong setiap benda yang saya ingin usaha kan..
Lama kelamaan saya terfikir, sekiranya saya terus sahaja merungut perihal keadaan saya sekarang ini, minda saya akan fokus kepadanya. Sekiranya saya terus fikir benda-benda yang negatif saya akan sentiasa nampak imej-imej tersebut dalam kepala saya.
Baca juga : Bagaimana menjadikan hari ini lebih baik ?
Baca juga : Bagaimana menjadikan hari ini lebih baik ?
Oleh itu, cuba menukar sikap dan tingkah laku dengan fokus pada benda-benda positif. Saya buat blog post ini dengan harapan dapat memberi manfaat, kebaikan dan inspirasi kepada orang lain.
Selalunya hidup kita tersekat dalam kitaran tingkah laku negatif yang sentiasa menebal, ianya membuat kita tersekat dalam pusingan menurun. Pemikiran yang terbatas mencipta imej negatif dalam minda. Imej tersebut menguasai tingkah laku, lalu mengukuhkan lagi pemikiran yang terbatas,
Jangan jadi seperti gajah itu, hilangkan fikiran negatif dan gantikan dengan imej positif :)
Blog post ini diinspirasikan dari The success principles- Jack Canfield & Janet Switzer
Blog post ini diinspirasikan dari The success principles- Jack Canfield & Janet Switzer