Bagaimana Kita Dapat Menjadikan Hari Ini Lebih Baik? | Dalam bahasa Jepun, perkataan pembaikan yang tidak putus-putus serta tiada penghujungnya adalah kaizen. Ini bukan saja menjadi falsafah operasi bagi bisnes Jepun moden, tetapi juga adalah falsafah pahlawan Jepun sejak zaman-berzaman. Ia kini menjadi mantera bagi berjuta-juta mereka yang berjaya.
Pencapai matlamat, sama ada dalam bisnes, bidang sukan, atau pun bidang seni memang komited dalam usaha pembaikan yang berterusan. Sekiranya kita mahu lebih berjaya, kita perlu belajar bertanya kepada diri sendiri :
Bagaimana dapat saya menjadikannya lebih baik?
Bagaimana saya lakukan dengan lebih cekap?
Bagaimana dapat saya menjana lebih keuntungan?
"Bagaimanakah dapat kita lakukan dengan inspirasi?
Perubahan persekitaran yang begitu pantas
Dunia hari ini memerlukan kita berubah denni bergerak seiring dengan teknologi baru yang cepat berubah. Teknologi baru diumumkan hampir setiap bulan. Teknik pembuatan baru sering saja ditemui. Perkataan baru dicipta dan diterima pakai sebagai trend baru.
Menjadi lebih baik adalah perlu demi meneruskan hidup. Namun supaya terus berkembang seperti mereka yang berjaya, pendekatan berdedikasi demi pembaikan diperlukan.
Pembaikan pada Tahap Kecil
Apabila kita mahu mempertingkatkan kemahiran, mengubah tingkah laku, memperbaiki kehidupan keluarga atau pun bisnes kita, bermula dengan mengambil langkah yang kecil dan mudah dilakukan memberikan kita oeluang mendapatkan kejayaan jangkah panjang. Melakukan sesuatu terlalu banyak dengan cepat bukan hanya melemaskan kita atau pun mereka yang terlibat ia juga menjadikan proses usaha itu gagal.
Apabila gagal, kita meyakinin yang perubahan sukar dilakukan, malah mustahil dicapai. Apabila kita bermula dengan langkah yang kecil dan mudah dilakukan, kita akan berasa pembaikan mudah dilakukan.
Tetapkan Perkara yang mahu diperbaik
Apabila kita bekerja, matlamat kita mungkin supaya syarikat memperbaik kualiti produk atau pun perkhidmatan kita, program khidmat pelangan ataupun iklan syarikat. Dari sudut profesional, kita mungkin mahu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dalam aspek kemahiran pekerja dan marketing. Di rumah kita mungkin mahu memperbaik kemahiran keibubapaan (parenting), komunikasi atau pun kemahiran memasak.
Sebagai individu kita boleh fokus kepada peningkatan kesihatan dan kecergasan, pengetahuan atau pun pengurusan wang.
Apakah kita perlu pelajarai kemahiran baru?
Sekiranya ia berkaitan dengan perkhidmatan kepada masyarakat, mungkin kita dapat mencari jalan cara meluangkan masa setiap minggu untuk melakukan kebajikan.
Kita semua dalam proses pembelajaran kerana ilmu itu sangat luas.
Bagi mengekalkan tumpuan kita kepada pembaikan sepanjang hayat, tanya kepada diri kita sendiri setiap hari, " Bagaimana kita dapat menjadikan hari ini lebih baik? "
" Apakah yang dapat kita buat lebih baik daripada selalu/semalam? Dimanakah dapat saya pelajari kemahiran baru ataupun mengembangkan kecekapan baru? "
Sekiranya ini yang kita dapat lakukan, kita akan memulakan perjalanan perbaikan sepanjang hayat yang memastikan kejayaan kita.
Blog post ini diinspirasikan dari The Success Principles- Jack Canfield & Janet Switzer
Blog post ini diinspirasikan dari The Success Principles- Jack Canfield & Janet Switzer