Cara Buat Duit – Menjadi Magnet Kekayaan

buat, duit, magnet, kekayaan

Cara Buat Duit – Menjadi Magnet Kekayaan | Bagaimana mengubah persepsi anda berkenaan dengan duit? Kenapa perlu mengubah mindset tentang duit? Mungkin untuk menarik lebih banyak duit supaya menjadi kaya? Ramai orang suka akan duit bukan?

Duit merupakan salah satu idea yang sering kali disalah ertikan.

Sebelum itu. Apakah itu duit?

Duit merupakan idea.

Contohnya, “Mari kita gunakan secebis kertas ini sebagai medium pertukaran”

Medium pertukaran ini menjadi collective believe system ( sistem kepercayaan ) yang dipersetujui ramai dan ianya menjadi sebahagian dari realiti. Apabila sistem barter menjadi tidak releven, syiling dan emas pula berat di bawa dalam kuantiti yang banyak, mengunakan wang kertas merupakan alternatif yang terbaik.

Duit bukan la sesuatu yang positif mahu pun negatif.. Tapi pendapat anda tentang duit tu menjadikan duit itu boleh menjadikan ianya positif atau negatif.

Bagaimana tindak balas anda terhadap duit, begitulah tindak balas duit terhadap anda.

Cuba isi tempat kosong.


Duit merupakan _____


Apa pendapat anda tentang duit?

buat, duit, magnet, kekayaan
Orang A vs. Orang B

Orang A mengatakan duit membawa kepada kemusnahan, membawa kepada pergaduhan. Duit ialah punca kejahatan. Duit membuat orang jadi tamak.

Seperti yang kita lihat, hubungan Orang A dengan duit sangat sangat berbeza dengan Orang B

Orang B berkata duit ialah kebebasan, duit adalah alat, duit adalah peluang.

Orang B menarik lebih banyak duit berbanding Orang A.

Teruskan membaca..

Apa yang cuba saya sampaikan, sikap anda terhadap duit ialah segalanya. Anda perlu mengubah persepsi anda tentang duit.

Secara tidak sedar, ramai yang mengatakan duit membawa keburukan, buat apa banyak duit, bukan bawa pergi kubur..

jika anda berfikiran sedemikian, bila anda mempunyai duit, anda sebenarnya seorang yang negative sebab anda sedang kaitkan diri anda dengan duit yang merupakan kertas.

Anda mengatakan duit itu negatif tapi anda memiliki duit yang dikatakan negatif.

Orang B tidak peduli akan itu. Orang B mengatakan duit itu positif. Anda berfikiran seperti Orang B. Bila anda ada duit, anda positif.

Bila anda positif, anda akan mendapat lebih banyak duit.

Ini la yang selalu dikatakan oleh Azizan Osman dalam seminarnya sebagai magnet kekayaan.

Semuanya bermula dengan sikap.

Tanda pertama anda akan.mendapat lebih banyak duit ialah apabila anda mengubah sikap anda terhadap duit. Duit cuma lah alat untuk mendapatkan lebih daripada apa yanda anda sudah perolehi.

Apakah tanda lain yang menunjukkan anda akan memperolehi lebih banyak duit?

Adakah anda tahu kekayaan sebenar ialah apabila anda dapat sesuatu yang duit tidak dapat beli?

Mendapat markah tertinggi di dalam kelas, mendapat tempat pertama dalam pertandingan lari dalam guni, blog mencecah ribuan views sehari.. Kejayaan sebegini biasanya membawa kegembiraan dan kepuasan dalam diri.

Duit berkait rapat juga dengan emosi.

Anda boleh menjadi kaya dengan duit (kertas) tapi anda penuh dengan stress dan berduka.

Apa sebenarnya terjadi?

Bila anda rasa positif tentang diri anda ( dalaman) , anda secara semula jadi akan menarik kekayaan .
“ Saya sentiasa rasa positif tentang diri saya, tiada pun duit datang? “
Jangan risau. Saya akan terangkan.

Setelah mencuba untuk memilih untuk makan makanan yang berkhasiat, kurangkan makanan ringan dan bersenam.

Saya rasa kesihatan saya menjadi semakin baik. Dan duit tidak boleh membeli itu. Duit tidak boleh membeli kesihatan yang baik.

Ada seorang kawan yang dari keluarga berada, semasa berada di universiti, sentiasa mendapat pointer 3.5 ke atas dan memenangi kejohanan sukan.

Dia mengatakan duit tidak boleh membeli usaha belajar dan berlatih untuk dapatkan kepuasan tersebut.

Duit tidak membeli masa yang dia guna untuk mencapai kejayaan tersebut, setelah berbulan dan bertahun belajar dan berlatih .



Apa lagi perkara yang tidak boleh dibeli dengan duit? ( sila komen di bawah)

Dalam mengubah persepsi anda tentang duit, anda juga perlu mengubah definisi makna duit terhadap diri anda.

Pada sesetengah orang, duit hanyalah kertas. Sesetengah orang pula, duit adalah inspirasi dan duit adalah tiket untuk menjadikan mereka orang yang lebih baik.

Perkara yang menghalang kita untuk mendapatkan lebih duit ialah kita sentiasa fikir semuanya hanyalah tentang duit.

 Duit hanyalah idea. Duit tidak menjadikan kita orang. Tapi kita yang menjadikan duit.

Apabila anda boleh memperolehi perkara yang tidak boleh dibeli dengan duit kepuasan dan kegembiraan anda meningkat. Ini juga satu bentuk kekayaan.


Antara tanda lain anda akan memperolehi lebih banyak duit ialah apabila anda sedar lebih banyak anda belajar, lebih banyak anda dapat duit. ( the more you learn, the more you earn )

Baca buku tentang duit, kaji cara orang-orang kaya buat duit, adalah ini membuatkan kita kaya? Tidak semestinya.

Belajar sesuatu yang selari dengan bidang anda sebenarnya juga menarik duit kepada anda. Jadikan ia spesifik.

Contohnya, sekiranya anda seorang guru, anda boleh belajar cara untuk mengajar yang lebih efisen dan efektif, belajar mengunakan pendekatan yang sesuai kepada pelajar zaman moden ini.

Kalau rotan pelajar sekarang kena bawa bawa pergi makahmah.

Mungkin boleh ikthiarkan dengan belajar berkomonikasi dengan cara lain seperti memberi teguran yang mesra tapi padu serta halus yang boleh member kesan jangka panjang kepada mereka.
Berikan mereka inspirasi.
Ganjaran masa panjang mungkin anda mendapat pujian rakan-rakan dan dinaikkan pangkat. Mungkin dapat hadiah mewah masa hari guru.

 Lebih menguntungkan bila pelajar sudah bekerja sebagai peguam, doktor, ejen hartanah dan mereka menawarkan diskaun kepada anda. Ini contoh.

Anda dapat apa yang anda berikan. Apa yang anda berikan, akan dating kembali kepada anda. Ini orang putih panggil “bomerang effect.”

Kita semua dalam proses pembelajaran kerana ilmu itu luas.

Adakalanya orang cakap taknak la banyak harta, duit semua tu kalau aku punya, kesian la orang lain takda duit.

Harta dan kekayaan tidak semestinya dalam bentuk duit. Rezeki itu boleh jadi dari udara yang kita hirup, makanan yang kita makan, ahli keluarga yang kita sayang dan kawan-kawan yang setia.

Duit hanya la idea dan alat sebagai batu loncatan untuk membantu perbaiki diri kita menjadi lebih baik dan memberikan inspirasi kepada orang lain.

buat, duit, magnet, kejayaan
Kekayaan Sebenar Bukan Terletak Pada Duit Semata-mata

Berbakat? Berapakah nilai bakat?

Bakat boleh digunakan untuk menarik kekayaan.

Pernahkah anda jumpa orang yang berbakat, menyanyi, bersukan, menulis ataupun pandai berkomunikasi?

Ramai antara kita yang tidak mengunakan bakat untuk menarik kekayaan. Seperti saya nyatakan sebelum ini, kekayaan bukan saja dalam bentuk duit tapi wujud dalam bentuk-bentuk lain seperti kegembiraan, kepuasaan dan nilai-nilai murni.

Mula gunakan bakat anda untuk membantu orang lain dan memberi inspirasi kepada orang lain dan kekayaan akan datang kepada anda.

Dengan ini, anda akan menggunakan bakat anda setiap masa dan memperbaikinya selalu. Nilai bakat anda juga bertambah.

Pertanda lagi yang anda akan menarik kekayaan ialah jangan sampai mengabaikan perkara lain yang penting seperti keluarga.

Saya dulu berfikiran bahawa ingin menjadi kaya perlu berkerja sangat keras setiap masa, sekiranya fokus dengan duit 24 jam dengan duit, duit akan datang kepada saya.

Apa yang buat saya sedar kadang-kadang orang yang kerja ofis dari pagi sampai ke petang, pergi kerja stress dengan sekatan trafik , balik kerja berdepan dengan sekatan trafik dan masa bersama keluar kurang dan kadang kala orang yang menjual nasi lemak berjual dari pagi, tak sampai tengahari tapi memperolehi hasil yang sama dengan yang kerja office tapi mempunyai lebih masa dengan keluarga dan tidak stress berdepan dengan traffic jammed setiap hari.

Orang kata itu rahsia rezeki.

Kekayaan bukan diukur hanya dengan duit tapi juga dengan masa yang kita luangkan bersama orang yang tersayang, kesihatan dan nilai-nilai murni yang tidak boleh dibeli dengan duit.

Pernah nampak orang yang selalu bawa keluarga melancong hampir setiap bulan? Orang yang sebegini sbenarnya pintar,

Dia pandai mengunakan masa-masanya dan efektif dan mungkin menjana pendapatan pasif, mungkin bukan satu tapi pelbagai saluran pendapatan pasif.

Blog post ini diinspirasikan dari Ralph Smart (Infinite Water). Kongsikan inspirasi.