Cara Turunkan Berat Badan Tanpa Bersenam

kurus tanpa bersenam, kurangkan berat badan

“ Aku nak kurus “

Pernahkah anda ungkapkan perkataan ini?

Anda cakap nak kurus sambil melantak 2 pinggan nasi tanpa rasa bersalah.

Cakap memang mudah tapi nak mulakan itu sangat susah. Lagi-lagi kalau melibatkan senaman.

Bila cakap tentang senaman, banyak alasan tiba-tiba keluar dari mulut. Tiada kasut sukan, hujan, Paling popular, besok la start exercise.

Akhirnya, besoknya tak pernah muncul-muncul.

Tapi anda  pasti boleh cuba turunkan berat badan secara perlahan-lahan tanpa bersenam.

Caranya :


1 | Rekod pengambilan makanan anda

Dengan merekod pengambilan makanan, anda boleh meningkatkan kesedaran tentang apa yang anda makan dalam sehari, seminggu, sebulan dan juga setahun.

Anda juga dapat mengelakkan diri dari memberi alasan ,

 “ Alaa, tak sengaja termakan 20 ketul ayam McD. “ 

.. kerana anda tahu bahawa itu merupakan pilihan anda sendiri (jika anda membuat rekod pemakanan)

Terdapat beberapa apps telefon yang anda boleh muat turun untuk memudahkan aktiviti merekod anda. 

Bak kata pepatah, semuanya hanya di hujung jari saja.

Keperluan pengambilan kalori yang diperlukan dalam badan setiap individu adalah berbeza. Ini kerana ia bergantung pada saiz tubuh dan komposisinya, usia, jantina dan aktiviti harian seseorang.

Menurut kajian pakar diet, secara purata jumlah kalori yang diperlukan (Daily Calorie Requirement) oleh lelaki dewasa adalah 2000 hingga 2500 kalori sehari dan bagi wanita dewasa pula adalah antara 1600 hingga 2000 kalori sehari.


2 | Air Kosong

Sebelum makan, biasakan minum dua gelas air tapi pastikan anda membaca doa makan Minum air sebelum makan dapat membuatkan cepat kenyang dan mengurangkan nafsu makan anda.

Antara kelebihan minum air secukupnya ialah dapat buang toksin dalam badan dan secara tidak langsung mengurangkan penyakit diabetis.

Berapa banyak air yang perlu diminum setiap hari? Ada yang kata 8 gelas adalah yang terbaik tapi setiap orang adalah berbeza.

Faktor berat badan, saiz badan, metabolisma dan faktor luaran yang lain juga kena ambil kira.

Boleh baca : How to Calculate How Much Water You Should Drink A Day

Mengikut kajian, minum air sebanyak 500 ml, boleh menaikkan metabolisma sebanyak 24% hingga 30%

Minumlah pada kadar yang sepatutnya. Jangan pula terlebih minum air, mungkin anda boleh lemas.

kurus tanpa bersenam, kurangkan berat badan
Sumber : pusheen.com


3 | Kurangkan karbohardrat dan gula

Pengambilan karbohidrat dan manisan yang berlebihan adalah musuh ketat boleh menaikkan berat anda berlipat kali ganda. Kalau anda bercadang untuk menurunkan berat badan tanpa bersenam, elakkan benda ini.

Lebihan dari mengambilan makanan jenis ini ini sekiranya tidak dibakar dengan tenaga (bersenam) akan menjadi terkumpul menjadi lemak dalam badan anda. 

Selain itu, ia juga boleh mendatangkan penyakit seperti kencing manis sekira tidak dikawal.

Anda pasti tidak mahu melihat kaki anda dipotongkan?

Untuk melatih diri anda mengurangkan makanan jenis karbohidrat dan manis, anda boleh mencuba diet atkins


4 | Pengambilan protein

Pengambilan protein yang tinggi boleh membuat anda membakar 80-100 kalori lebih banyak setiap hari.

Diet tinggi protein menyebabkan selera makan lebih rendah.. Ini menjadikan lebih mudah untuk mengawal nafsu makan anda.

Protein boleh membantu mencegah kehilangan otot ketika menurunkan berat badan. Ia juga boleh membantu mengekalkan tahap metabolisme anda.

Sumber : healthline.com

Contoh makanan yang mempunyai protein yang tinggi :
  1. Telur. Kandungan protein: 35% kalori dalam keseluruhan telur. Satu telur besar mengandungi 6 gram protein, dengan 78 kalori.
  2. Dada Ayam. 1 dada ayam panggang tanpa kulit mengandungi 53 gram, dengan hanya 284 kalori.
  3. Oats. Setengah secawan gandum mentah mengandungi 13 gram protein, dengan 303 kalori.
  4. Tuna. Satu cawan (154 g) mengandungi 39 gram protein, dengan hanya 179 kalori.
  5. Brokoli. 1 cawan brokoli dicincang (96 gram) mengandungi 3 gram protein, dengan hanya 31 kalori.

5 | Pengambilan Sayuran dan Buah-buahan


Air dan serat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran akan menambah kuantiti hidangan anda, jadi anda boleh makan jumlah makanan yang sama dengan kalori yang lebih sedikit.

Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran secara semulajadi rendah lemak dan kalori dan sedang cepat mengenyangkan.

Diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit kronik lain.

Bila waktu makan, kurangkan pengambilan nasi sebaliknya lebihkan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Jangan kecewa sekiranya anda tidak dapat mengurangkan berat badan dengan cepat. Setiap orang mempunyai metabolisma yang berbeza.

Jika pelbagai cara sudah anda cuba tapi tidak berjaya, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk mengunakan Alat Pembakar Lemak.


Tips tambahan | Makan dengan perlahan. 

Mengikut kajian, orang yang makan cepat cenderung menjadi lebih berat dan mendapat lebih banyak berat dari masa ke masa, berbanding pemakan yang lebih perlahan.

Mengunyah makanan dengan perlahan anda dan mengurangkan jumlah kalori yang anda ambil secara tidak langsung boleh menyebabkan penurunan berat badan.

Semoga berjaya !