Showing posts with label Cara Untuk Kurus. Show all posts
Showing posts with label Cara Untuk Kurus. Show all posts

Diet Atkins dan Cara Melakukannya

diet atkins, apa itu diet atkins

Diet Atkins adalah diet rendah karbohidrat, biasanya disyorkan untuk penurunan berat badan.

Mereka yang melakukan diet ini mendakwa bahawa ia boleh menurunkan berat badan mengamalkan diet tinggi protein dan anda boleh makan makanan berlemak, asalkan anda menghindari makanan tinggi karbohidrat.

Dalam tempoh 12 tahun yang lalu, lebih 20 kajian telah menunjukkan bahawa diet rendah karbohidrat berkesan untuk penurunan berat badan (tanpa pengiraan kalori), dan boleh membawa kepada pelbagai peningkatan kesihatan.

Diet Atkins ini pada asalnya diperkenalkan oleh seorang doktor bernama Dr. Robert C. Atkins, yang menulis buku laku keras tentang diet pada tahun 1972.

Sejak itu, diet Atkins telah menjadi terkenal di seluruh dunia dan banyak lagi buku telah ditulis tentangnya.

Sebab utama diet rendah karbohidrat sangat berkesan untuk penurunan berat badan ialah apabila kita mengurangkan pengambilan karbohidrat dan makan lebih banyak protein, selera kita menurun dan akhirnya secara automatik kita akan makan lebih sedikit tanpa perlu terlalu berfikir tentang pengambilan kalori berlebihan.


Bagaimana nak lakukan diet Atkins?

Diet Atkins dibahagikan kepada 4 fasa/peringkat yang berbeza 



Fasa 1 (Induction)

Makan di bawah 20 gram karbohidrat per hari selama 2 minggu.

Makan lemak tinggi, protein tinggi, dengan sayur-sayuran rendah karbohidrat seperti sayur-sayuran berdaun. Ini kick-start penurunan berat badan.


Fasa 2 (On-going weight loss)

Perlahan-lahan menambah kacang-kacangan, sayur-sayuran rendah karbohidrat dan buah-buahan yang sedikit kembali ke diet anda.


Fasa 3 (Pre-maintainance)

Apabila anda sangat dekat dengan berat badan anda, tambah lebih banyak karbohidrat untuk diet anda sehingga penurunan berat badan menjadi lebih perlahan.


Fasa 4 (Life-time maintainance)


Di sini anda boleh makan sebanyak banyak karbohidrat yang sihat kerana tubuh anda boleh bertolak ansur tanpa mengembalikan berat badan.


diet atkins, apa itu diet atikins

Anda harus mengelakkan makanan ini pada diet Atkins
  1. Gula: Minuman ringan, jus buah-buahan, kek, gula-gula, ais krim.
  2. Bijirin: Gandum, barli, beras. 
  3. Minyak sayuran seperti minyak jagung,. 
  4. Makanan "Diet" dan "rendah lemak": Ini biasanya sebenarnya sangat tinggi dalam gula. 
  5. Sayuran tinggi karbohidrat: Contoh, lobak (induksi sahaja). 
  6. Buah-buahan tinggi karbohidrat: Pisang, epal, oren, pear, anggur (induksi sahaja). 


Contoh Menu Diet Atkin 

(Sumber gambar: rempitkehidupan, xnakgemuk)


resepi atkin, menu atkin
Contoh Menu Diet Atkins 1


resepi atkin, menu atkin
 Contoh Menu Diet Atkins 2

resepi atkin, menu atkin
Contoh Menu Diet Atkins 3

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan bagi Diet Atkins, boleh follow akaun Twitter : @Atkindiet

Para admin boleh jawab sebarang kemuskilan anda di sana ;)


diet atkins, apa itu diet atkins


Kesilapan yang biasa dibuat ketika melakukan Diet Atkins
(Sumber : atkinsdiet.com )


1 | Tidak makan sayuran

Pastikan anda makan 12 hingga 15 gram karbohidrat bersih anda dalam bentuk sayuran asas.

Ini kira-kira 6 cawan sayur-sayuran berdaun dan 2 cawan sayuran yang dimasak, yang bermakna anda boleh mempunyai salad besar semasa makan tengah hari, salad sampingan pada waktu makan malam dan masih mempunyai beberapa hidangan sayuran kegemaran anda.


2 | Tidak minum air kosong yang secukupnya

Anda disarankan untuk minum 8 gelas air sehari tapi sekiranya anda mempunyai badan yang besar dan lebih akfti, anda perlukan lebih banyak air.

Salah satu cara untuk memeriksa sekiranya air kosong yang anda minum mencukupi ialah dengan melihat warna air kencing anda, yakni jernih.

Anda boleh minum teh atau kopi tanpa gula kerana gula pengurangan makanan manis merupakan salah satu objektif Diet Atkins.


3 | Tidak mengambil makanan yang mengandungi garam langsung

Oleh kerana Atkins adalah diet diuretik secara semulajadi, anda tidak perlu mengelakkan garam untuk mengurangkan pengekalan air.

Sedikit garam boleh membantu anda mengelakkan mengalami sakit kepala, kekejangan otot kerana berubahan tubuh anda terutamanya apabila membakar lemak untuk tenaga.

Amaran : Sekiranya anda mengalami tekanan darah tinggi atau doktor menasihatkan anda untuk bataskan pengambilan garam, anda perlu dengar nasihat doktor.


4 | Tidak mengambil protein yang cukup

Mengambilan protein yang dicadangkan adalah sebanyak antara 114 gram sehingga 170 gram protein bergantung kepada jantina dan ketinggian anda.

Bagi yang perempuan mungkin cukup 114 gram (4 auns) protein manakala bagi lelaki 160 gram (6 auns) protein.

Walaubagaimanapun, mengambilan protein seharusnya seimbangkan dengan pengambilan serat dari sayur-sayuran.

Pengambilan protein berlebihan atau protein sahaja tanpa gabungan nutrisi lain seperti sayur-sayuran, ia akan mengangunggu proses penurunan berat badan dan membuat anda cepat lapar kerana badan anda pencari nurtisi yang mencukupi


5 | Terlalu berharap dengan alat timbangan

Timbang dan ukur diri setiap minggu atau gunakan purata berat badan.

Setiap orang pasti akan mengalami perbezaan dalam mengurangan berat badan. Jangan kecewa sekiranya berat badan anda tidak berkurang seperti yang anda harapkan pada 3-4 minggu yang pertama.

Lebih-lebih lagi, jika anda bersenam, anda sebenarnya boleh membina otot walaupun anda membakar lemak. Otot adalah lebih padat dari lemak.

Berat anda pada timbangan mungkin berat tapi potongan badan anda lebih hebat dengan menghasilan otot dari bersenam.


6 | Tidak mencatatkan progres

Gunakan jurnal. Anda perlu catatkan berat badan dan ukuran anda setiap minggu.

Dengan ini anda boleh memerhatikan pengambilan makanan anda dan menghitung jumlah karbohidrat setiap hari.

Anda juga dapat mengesan dengan cepat sekiranya anda mengambil jumlah karbohidrat lebih dari yang anda sangka.

Cara Turunkan Berat Badan Tanpa Bersenam

kurus tanpa bersenam, kurangkan berat badan

“ Aku nak kurus “

Pernahkah anda ungkapkan perkataan ini?

Anda cakap nak kurus sambil melantak 2 pinggan nasi tanpa rasa bersalah.

Cakap memang mudah tapi nak mulakan itu sangat susah. Lagi-lagi kalau melibatkan senaman.

Bila cakap tentang senaman, banyak alasan tiba-tiba keluar dari mulut. Tiada kasut sukan, hujan, Paling popular, besok la start exercise.

Akhirnya, besoknya tak pernah muncul-muncul.

Tapi anda  pasti boleh cuba turunkan berat badan secara perlahan-lahan tanpa bersenam.

Caranya :


1 | Rekod pengambilan makanan anda

Dengan merekod pengambilan makanan, anda boleh meningkatkan kesedaran tentang apa yang anda makan dalam sehari, seminggu, sebulan dan juga setahun.

Anda juga dapat mengelakkan diri dari memberi alasan ,

 “ Alaa, tak sengaja termakan 20 ketul ayam McD. “ 

.. kerana anda tahu bahawa itu merupakan pilihan anda sendiri (jika anda membuat rekod pemakanan)

Terdapat beberapa apps telefon yang anda boleh muat turun untuk memudahkan aktiviti merekod anda. 

Bak kata pepatah, semuanya hanya di hujung jari saja.

Keperluan pengambilan kalori yang diperlukan dalam badan setiap individu adalah berbeza. Ini kerana ia bergantung pada saiz tubuh dan komposisinya, usia, jantina dan aktiviti harian seseorang.

Menurut kajian pakar diet, secara purata jumlah kalori yang diperlukan (Daily Calorie Requirement) oleh lelaki dewasa adalah 2000 hingga 2500 kalori sehari dan bagi wanita dewasa pula adalah antara 1600 hingga 2000 kalori sehari.


2 | Air Kosong

Sebelum makan, biasakan minum dua gelas air tapi pastikan anda membaca doa makan Minum air sebelum makan dapat membuatkan cepat kenyang dan mengurangkan nafsu makan anda.

Antara kelebihan minum air secukupnya ialah dapat buang toksin dalam badan dan secara tidak langsung mengurangkan penyakit diabetis.

Berapa banyak air yang perlu diminum setiap hari? Ada yang kata 8 gelas adalah yang terbaik tapi setiap orang adalah berbeza.

Faktor berat badan, saiz badan, metabolisma dan faktor luaran yang lain juga kena ambil kira.

Boleh baca : How to Calculate How Much Water You Should Drink A Day

Mengikut kajian, minum air sebanyak 500 ml, boleh menaikkan metabolisma sebanyak 24% hingga 30%

Minumlah pada kadar yang sepatutnya. Jangan pula terlebih minum air, mungkin anda boleh lemas.

kurus tanpa bersenam, kurangkan berat badan
Sumber : pusheen.com


3 | Kurangkan karbohardrat dan gula

Pengambilan karbohidrat dan manisan yang berlebihan adalah musuh ketat boleh menaikkan berat anda berlipat kali ganda. Kalau anda bercadang untuk menurunkan berat badan tanpa bersenam, elakkan benda ini.

Lebihan dari mengambilan makanan jenis ini ini sekiranya tidak dibakar dengan tenaga (bersenam) akan menjadi terkumpul menjadi lemak dalam badan anda. 

Selain itu, ia juga boleh mendatangkan penyakit seperti kencing manis sekira tidak dikawal.

Anda pasti tidak mahu melihat kaki anda dipotongkan?

Untuk melatih diri anda mengurangkan makanan jenis karbohidrat dan manis, anda boleh mencuba diet atkins


4 | Pengambilan protein

Pengambilan protein yang tinggi boleh membuat anda membakar 80-100 kalori lebih banyak setiap hari.

Diet tinggi protein menyebabkan selera makan lebih rendah.. Ini menjadikan lebih mudah untuk mengawal nafsu makan anda.

Protein boleh membantu mencegah kehilangan otot ketika menurunkan berat badan. Ia juga boleh membantu mengekalkan tahap metabolisme anda.

Sumber : healthline.com

Contoh makanan yang mempunyai protein yang tinggi :
  1. Telur. Kandungan protein: 35% kalori dalam keseluruhan telur. Satu telur besar mengandungi 6 gram protein, dengan 78 kalori.
  2. Dada Ayam. 1 dada ayam panggang tanpa kulit mengandungi 53 gram, dengan hanya 284 kalori.
  3. Oats. Setengah secawan gandum mentah mengandungi 13 gram protein, dengan 303 kalori.
  4. Tuna. Satu cawan (154 g) mengandungi 39 gram protein, dengan hanya 179 kalori.
  5. Brokoli. 1 cawan brokoli dicincang (96 gram) mengandungi 3 gram protein, dengan hanya 31 kalori.

5 | Pengambilan Sayuran dan Buah-buahan


Air dan serat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran akan menambah kuantiti hidangan anda, jadi anda boleh makan jumlah makanan yang sama dengan kalori yang lebih sedikit.

Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran secara semulajadi rendah lemak dan kalori dan sedang cepat mengenyangkan.

Diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit kronik lain.

Bila waktu makan, kurangkan pengambilan nasi sebaliknya lebihkan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Jangan kecewa sekiranya anda tidak dapat mengurangkan berat badan dengan cepat. Setiap orang mempunyai metabolisma yang berbeza.

Jika pelbagai cara sudah anda cuba tapi tidak berjaya, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk mengunakan Alat Pembakar Lemak.


Tips tambahan | Makan dengan perlahan. 

Mengikut kajian, orang yang makan cepat cenderung menjadi lebih berat dan mendapat lebih banyak berat dari masa ke masa, berbanding pemakan yang lebih perlahan.

Mengunyah makanan dengan perlahan anda dan mengurangkan jumlah kalori yang anda ambil secara tidak langsung boleh menyebabkan penurunan berat badan.

Semoga berjaya !

Tips dan Cara Ringkas Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat


Cara Menurunkan Berat Badan

Apakah cara dan tips yang sihat untuk menurunkan berat badan?

Pakar bersetuju bahawa dengan cara diet yang betul, senaman yang konsisten dan mindset yang postif boleh membantu anda mencapai berat badan ideal yang anda idam-idamkan selama ini.

Siapa pakar tu?

Hmm..

Tak perlu pakar pun kita tahu memang itu la langkah yang perlu dilakukan untuk sihat dari segi fizikal dan juga mental.

Dengan kehidupan kita diselubungi oleh makanan ringan, makanan segera dan manisan melampaui batas, kita seakan-akan  lupa untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat.

Kandungan kalori dan lemak dengan nutrien yang kurang telah menjadi kebiasaan kepada ramai orang. Kebanyakkan rumah selalunya mesti ada mee segera, minuman 3 in 1 dan makanan dalam tin.

Dan adakalanya makanan sebegini diambil dalam kadar hampir setiap hari.

Saya faham bukan semua orang dapat makan makanan yang mahal-mahal. Saya pun pernah mengalami situasi yang sama. Lebih teruk ketika waktu saya masih belajar di IPTA dulu.

Kerana ingin berjimat, dalam sebulan tu saya patahkan maggi kari kepada dua bahagian untuk dimakan sebelah pagi dan petang.

Apabila saya pulang ke rumah, perkara yang paling saya terkejut ialah saya ditanya kenapa saya semakin gemuk?

Setiap orang tak sama...

Ketika kantin hostel kami ditutup, memang susah nak cari makan. Koperasi pun kadang-kadang buka dan tutup. Cuma harapan yang tinggal ialah mee segera.

Akibat lapar yang teramat, kawan saya Amran (bukan nama sebenar) pernah makan mee segera berjenama Mee Sedap 5 bungkus sekali. Fuhh.

Memang jenis yang kuat makan tapi tak pandai gemuk-gemuk.

Setiap orang perlu nutrien dan  kalori  berbeza berdasarkan jenis badan, genetik atau pun faktor-faktor lain.

Apa yang saya kongsikan dekat sini adalah cara diet sihat yang ringkas, asas dan perlukan kesabaran.

Kalau anda jenis yang tak sabar dan perlukan tips diet cepat, boleh cuba yang ini : Teknik Pantas Jadi Kurus

Adakah dengan diet saja kita boleh menurunkan berat badan?

Gabungan diet seimbang dan senaman merupakan kunci untuk menurunkan berat badan. Sekiranya disuruh untuk pilih antara diet dan senaman, diet sebenarnya lebih mudah.

Dan kadang-kadang senaman yang ektrim dan berjam-jam boleh menjadikan nafsu makan membuak-buak dan lapar.

Sumber :  Science Daily 

Anda boleh berjogging, berbasikal, lompat tali dan berenang sepanjang hari untuk bakar 564 kalori atau memilih  untuk tidak makan  1 burger Big Mac yang mempunyai kandungan kalori yang sama.

Sekiranya anda sentiasa sedih sebab susah nak muatkan seluar setiap pagi dan rasa lesuh, tak bermaya dan cepat penat, anda perlu mulakan rutin pemakanan yang sihat.



Jadi, apakah cara dan tips sihat untuk menurunkan berat badan?

Cara Menurunkan Berat Badan

Kena tahu jenis makanan yang membahayakan kesihatan


Tahukah anda jika makanan yang anda makan tidak betul, anda boleh bersenam seberapa lama seperti orang gila pun anda tidak akan berjaya untuk turunkan berat badan?

Ini disebabkan ianya mengambil masa yang lama untuk membakar lebihan kalori dari makanan yang mempunyai kadar lemak tinggi seperti makanan dan minuman yang manis.

Sebagai contoh, anda perlu berjogging selama purata 1 jam dengan kelajuan yang konsisten untuk membakar kalori yang terhasil dari 1 Dunkin Donut.

Atau pun dengan 2 jam berbasikal.

Elakkan makanan-makanan ini sekirannya anda ingin mengurangkan berat badan.

x Makanan dalam tin
x Makanan segera
x Makanan bergoreng


x Minuman bergas
x Minuman 3 in 1

x Minuman manis

Mungkin ramai yang tak tahu mengambilan makanan dan minuman segera sangat membahayakan kan?

Boleh baca sini : Minuman 3 in 1 - Pembunuh secara senyap


Jangan simpan makanan mengemukkan dalam rumah


Jika makanan tu senang kita nampak dan capai, lebih mudah ianya kita makan. Cuba kurangkan atau ganti makanan ringan di rumah dengan makanan yang lebih berkhasiat agar anda dapat memaksa diri untuk makan makanan yang sihat.

Ia mungkin mudah dari apa yang anda fikirkan.

Contoh :

a. Gantikan beras putih dengan beras perang.
b. Gantikan isi kotak aiskrim dan isikan dengan ikan.
c. Kawal jumlah bahagian makanan anda.


Makan dengan kerap dengan kuantiti yang berpatutan


Mereka yang makan banyak kali dengan kuantiti yang sedikit lebih cendurung untuk mempunyai berat badan ideal.

Makan dengan bahagian kecil sebanyak 4-5 kali sehari memang biasa bagi mereka yang mengamalkan diet sihat. Setiap hidangan kecil itu seringkali membantu untuk menahan rasa lapar dan seimbangkan suapan kalori setiap hari.

Dalam setiap hidangan mungkin anda boleh letakkan 300-400 kalori setiap kali makan dan fokus kepada makanan yang mengandungi banyak serat dan protein seperti sayur-sayuran, kacang, ikan dan ayam rebus.

Fakta Menarik : 


Cara Menurunkan Berat Badan
Selebiriti Hollywood, Dwayne Johnson (The Rock) mengamalkan diet 7 hidangan setiap hari. Diet yang penuh dengan protein dan serat.
Sumber : Muscle and Fitness


Jangan biarkan diri anda terlalu lapar


Cara Menurunkan Berat Badan


Kenapa? Sebab saya ambil berat tentang anda.

Makanan akan rasa tersangat-sangat sedap apabila makan ketika merasa lapar dan boleh mengakibatkan kita terlebih makan ( overeating ).

Pastikan anda makan pada waktu yang betul bagi mengelakkan kandungan gula dalam makanan anda tidak terlalu rendah.

Bila waktu yang perlu makan?

Makan sedikit ketika lapar dan berhenti lah sebelum betul-betul kenyang.

Makan dengan kuantiti kalori yang sikit menjelang malam hari kerana waktu malam anda cuma memerlukan tenaga yang sikit. (kecuali anda baru saja kahwin).

Jika kalori tidak sempat dibakar dengan tenaga, ianya bakal-bakal menjadi lemak.


Minum Air Secukupnya


Minumlah air sepanjang hari kerana ianya dapat membantu anda merasa kenyang. Kadang-kadang bahagian minda kita susah membuat keputusan sama ada kita haus, bosan atau lapar.

Sekiranya anda berasa lapar, cubalah minum dua gelas air sebab mungkin minda anda cuma bermain helah dengan anda.

Sebelum makan juga, biasakan minum dua gelas air tapi pastikan anda membaca doa makan selepas tu. Minum air sebelum makan dapat membuatkan cepat kenyang dan mengurangkan nafsu makan anda.

Antara kelebihan minum air secukupnya ialah dapat buang toksin dalam badan dan secara tidak langsung mengurangkan penyakit diabetis.

Berapa banyak air yang perlu diminum setiap hari? Ada yang kata 8 gelas adalah yang terbaik tapi semua orang berbeza-beza.

Kena ambil faktor berat badan, saiz badan, metabolisma dan faktor luaran yang lain juga.

Boleh baca : How to Calculate How Much Water You Should Drink A Day

Mengikut kajian, minum air sebanyak 500 ml, boleh menaikkan metabolisma sebanyak 24% hingga 30%

Minumlah pada kadar yang sepatutnya. Jangan pula terlebih minum air, mungkin anda boleh lemas.


Dapatkan tidur yang cukup


Cara Menurunkan Berat Badan

Percaya atau tidak yang kurang tidur boleh menyebabkan berat badan naik?

Orang yang kurang tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti lebih terdedah kepada risiko obesiti.

Dalam satu kajian yang telah dibuat, kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak mempunyai tidur cukup adalah 89% dan 55% menjadi obes.

Antara kesan lain ialah perubahan hormon, motivasi rendah untuk bersenam, meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Sumber : NCBI

Sekiranya anda turunkan badan dengan sihat, tidur yang cukup merupakan faktor penting yang perlu diambil kira.

Secara ringkasnya, cara diet sihat untuk menurunkan berat badan  :
  1. Kenali makanan yang perlu dielakkan
  2. Kurangkan/tukar makanan yang mengemukkan
  3. Makan dalam kuantiti yang kecil sebanyak 4- 5 kali sehari
  4. Makan bila lapar, berhenti sebelum terlalu kenyang
  5. Minum air dalam jumlah yang sesuai dengan tubuh badan
  6. Tidur yang cukup
Nampak mudah dan cliche tapi saya cabar anda untuk amalkan tips ini untuk seminggu saja dulu. 
Dapat tak anda bertahan dalam seminggu?
Jadi adakah anda bersedia untuk mencuba tips diet ini? Mari sama-sama kita cuba dan menikmati tubuh badan yang langsing dan sihat. Pastikan anda sentiasa bersemangat untuk mencapai impian anda ! 

Baca juga :

Semoga berjaya !

Senaman Terbaik Dan Sesuai Dilakukan Di Rumah

senaman di rumah, cara turunkan berat badan, cara kurus

Rasanya ramai yang memilih untuk bersenam di rumah kerana kita bebas nak pakai baju yang kita suka, tak perlu guna peralatan mahal dan canggih, pasang lagu dengan kuat dan  boleh menari macam orang gila.

Bersenam di gym memang bagus kerana dipenuhi kemudahan yang terkini dan juga dilengkapi abam-abam sado.

Cuma kadang-kadang rimas pula bila gym dah sesak dan penuh dengan peluh silih berganti yang keluar dari pelbagai bahagian tubuh.

Antara pengalaman indah saya mendaftar gym semasa saya masih pelajar ialah mempunyai rakan yang bercita-cita untuk menjadi lelaki maskulin.

Apabila ternampak banting (banner) di kedai mamak dengan promosi keahlian RM 40.00 untuk pelajar membuatkan naluri lelaki membuak-buak untuk mendaftar.

Biasanya gym lain tawarkan RM 50.00.

Dengan itu, kami memilih untuk mendaftar dan pemilik gym kata pendaftaran gym untuk kali pertama ialah RM80.00 dan untuk bulan seterusnya barulah  RM40.00.

Tercabar dengan bicep di kaki abang sado tersebut, kami pun membayar dengan rela.

Hasilnya? Hanya bertahan sampai 2 minggu kerana sibuk dengan assignment dan ujian mingguan.

Rugi RM80.00.

Pernah tak anda mengalami situasi seperti ini?

Sekiranya pernah, mungkin ada perlu cuba bersenam  di dalam rumah.

Apakah senaman yang terbaik dan sesuai dilakukan di dalam rumah?
  1. Lompatan Jack ( Jumping Jack)
  2. Tolak-Naik ( Push-Up)
  3. Mencangkung ( Squat )
  4. Duduk-Naik ( Sit-Up )
  5. Menari  ( Dancing )
Sekarang anda sudah tahu senaman yang sesuai, tapi adakah anda akan lakukannya?

Saya yakin bila anda sudah membaca senarai ini, anda akan lupakan dan terus membuat perkara lain.

Jadi apakah cara yang boleh membuat anda bersemangat untuk membuat senaman ini?
Matlamat dan teknik
Kena ulang supaya ingat
Matlamat dan teknik
Hidup tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran. Matlamat juga kena bermakna dan relevan.

Dengan teknik yang betul, anda boleh memotivasikan anda untuk mencapai matlamat anda dengan lebih berkesan.

Contoh nak kurus dalam seminggu, hari ni buat  nak 100 sit-up.

Lepas buat sit-up 100 kali terus tengok cermin, pasang lighting baik-baik nak tengok timbul six-pack ke tak. Bila tak timbul, kecewa dan order burger bakar dan makan aiskrim untuk hilangkan kesedihan.

Orang kata biar lambat, asal selamat. Hidup kita ni bukan 100 meter, tapi sebuah  marathon. Kalau pecut awal-awal memang pancit awal.

Mudah dengan perlahan. Mungkin 5 minit minggu pertama, 10 minit minggu kedua, 30 minit minggu ketiga.

Jangan pernah pandang rendah dengan kosistensi. Bayangkan anda buat senaman hanya 10 minit setiap hari.

Seminggu : 70 minit
Sebulan : 280 minit
2 bulan : 560 minit
6 bulan : 1680 minit
Setahun : ???

Banyak tak?

Ini bukan juga boleh diguna pakai untuk bersenam saja, Mungkin boleh diapplikasi kan dengan aktiviti lain seperti membaca al-Quran.

Dengan ini saya share teknik-teknik senaman yang saya sendiri pernah gunakan.

1. Workout Challenge


Anda suka cabaran ? atau adakah anda suka dipanggil lemah?

Menurut Bill Cole, pengasas dan presiden Mental Game Coaching Association. proses kecergasan, kesihatan dan diet merupakan satu proses yang compleks.

Sekiranya ia mudah, semua orang dapat lakukannya.

Memandangkan ramai daripada kita tidak dapat lakukannya sendiri, banyak program-progam di luar sana yang menawarkan pelbagai cara, teknik dan tips untuk memudahkan mereka bersenam.

Dengan workout challenge, Oliver Ryan, pengasas komuniti Workout Challenge Online, mengatakan bahawa aspek cabaran sosial adalah kunci kepada motivasi peserta.

Terdapat sejumlah besar bukti bahawa akauntabiliti sosial ini sangat motivasi, kata beliau lagi.

Bersedia untuk melakukan cabaran?

Berikut merupakan cabaran yang mungkin anda berminat untuk cuba :

senaman di rumah, cara turunkan berat badan, cara kurussenaman di rumah, cara turunkan berat badan, cara kurus

senaman di rumah, cara turunkan berat badan, cara kurus senaman di rumah, cara turunkan berat badan, cara kurus

senaman di rumah, cara turunkan berat badan, cara kurus senaman di rumah, cara turunkan berat badan, cara kurus

Sumber : Darebee

Sekiranya tiada cabaran yang anda suka tersenarai di atas, boleh tengok challenge lain di : Fitness Challenge

2. Superheroes Workout


Challenge Workout terlalu mudah untuk anda? Mungkin anda boleh cuba Superheroes Workout.

Superheroes Workout merupakan senaman yang berdasarkan superheroes yang anda minati.

Melakukan sesuatu berkaitan dengan minat anda akan membuat anda lebih bersemangat, berkualiti dan bertenaga.

Workout ini biasanya dengan mengabungkan senaman melalui set-set dan fokus kepada otot-otot mengikut kelebihan superhero yang anda suka.

Antara senaman yang anda boleh buat di rumah :

senaman di rumah, cara turunkan berat badan, cara kurus senaman di rumah, cara turunkan berat badan, cara kurus

senaman di rumah, cara turunkan berat badan, cara kurus senaman di rumah, cara turunkan berat badan, cara kurus

senaman di rumah, cara turunkan berat badan, cara kurus

Boleh usha workout Superheroes selebihnya di : Dorkly

3. Senaman Tabata

senaman di rumah, cara turunkan berat badan, cara kurus
Tabata adalah senaman berintensiti tinggi yang mempunyai  manfaat dari segi kecergasan dan menurunkan berat badan.

Ia juga senaman yang singkat.

Menurut pengasas Tabata, Dr Izumi Tabata, penyelidik dari Jepun. senaman Tabata berupaya meningkatkan metabolisme dan kadar jantung dengan pantas kerana ianya dilakukan dengan intensiti yang tinggi.

Ini akan menyebabkan jantung mengepam cepat dan metabolisme meningkat, Kepada mereka yang ingin kuruskan badan dengan cepat, boleh lakukan senaman Tabata kerana metabolisma anda bukan saja tinggi semasa bersenam tapi selepas itu pun tinggi.

Contoh senaman  Tabata:
  1. Lompatan Jack ( Jumping Jack)
  2. Tolak-Naik ( Push-Up)
  3. Mencangkung ( Squat )
  4. Duduk-Naik ( Sit-Up )
(Anda boleh gantikan senarai senaman ini dengan jenis senaman yang anda mahu. Terpulang dengan cita rasa anda.)

Cara senaman : 

Buat senaman No. 1, selama 20 saat, kemudian rehat 10 saat.
Buat senaman No. 2, selama 20 saat, kemudian rehat 10 saat.
Buat senaman No. 3, selama 20 saat, kemudian rehat 10 saat.
Buat senaman No. 4, selama 20 saat, kemudian rehat 10 saat.

Dan ulang kembali senaman ini sebanyak 8 kali. 

Sumber : Breaking Muscle

Kelemahan  Senaman Tabata

Mungkin tidak sesuai untuk mereka yang baru ingin bermula untuk bersenam kerana ia terlalu intensif untuk sesetengah orang.

Risiko kecederaan dan ganguan pernafasan juga tinggi. Sekiranya anda ingin cuba, bermula dengan perlahan.

Banyak apps untuk telefon pintar untuk anda muat turun bagi memudahkan senaman tabata anda.

4. Senaman 7 Minit


Senaman7 minit  adalah berdasarkan HICT (latihan litar intensiti tinggi),  terbukti menjadi "paling selamat, paling berkesan dan paling mudah." 

Ia juga mampu meningkatkan kecergasan otot dan aerobik, dan membuat anda lebih sihat.

senaman di rumah, cara turunkan berat badan, cara kurus
Ia terdiri daripada 12 jenis senaman yang perlu dilakukan untuk 30 saat, dengan 10 rehat kedua antara setiap senaman. Dan anda hanya perlu ada 7 minit ,sebuah kerusi dan dinding.

Sekiranya anda tiada itu, mungkin ada sesuatu yang pelik tentang rumah anda.

Lebih kurang seperti senaman tabata cuma 7-Minute Workout ini fokus kepada otot-otot penting dalam kehidupan harian kita.

Pengalaman saya dengan 7 Minute Workout :

Saya pernah lakukan senaman ini selama sebulan lebih. Terdapat perubahan yang agak ketara juga pada bentuk tubuh badan saya. Agak mengiurkan. Tapi akibat pemakanan yang tidak terjaga dan aktiviti melancong membuatkan saya tidak berjaya untuk konsisten dengan senaman ini.

Jika kita perhatikan bertul-betul, ia bukanlah 7 minit tepat. Termasuk rehat lebih kurang 8 minit lebih dah.

Ianya juga direkomenkan untuk lakukan 2 3 kali. Bermaksud bukan 7 minit malah ianya cuma nama/branding 7 Minit workout.

Tapi ia sangat berbaloi untuk dicuba.

Antara paling susah (bagi saya) dalam senaman 7 minit ini ialah wall-sit. right-side/left-side plank. Walaupun hanya 30 saat, tapi sangat tersiksa. Senaman selain dari itu, budak kecik pun dapat buat. Ok gurau.

Selain ni banyak senaman lain juga boleh dilakukan di dalam rumah seperti senamrobik, yoga, zumba, poco-poco, jamilah dan macam-macam lagi.

Senarai ini adalah senaman terbaik dan sesuai di rumah yang saya sendiri pernah buat.

Mana satu senaman yang anda bersedia untuk buat?

Sekiranya anda ingin buat salah satu dari senaman ini, taip "Saya bersedia dan bermotivasi untuk bersenam" di ruangan komen :D

Pastikan apa yang anda ingin capai, itu berjaya anda lakukan.

Baca juga : Cara Ekstrim Kuruskan Badan Dalam Seminggu

Buktikan pada diri sendiri yang anda mampu buat, anda mampu berjaya. Saya harapkan yang terbaik untuk anda :)

Senaman Efektif Untuk Kuruskan Badan ?

senaman untuk kuruskan badan

Apakah senaman yang terbaik untuk kuruskan badan?

Setiap orang mempunyai tujuan masing-masing apabila bersenam. Ada yang bersenam untuk kesihatan dan ada juga untuk menguruskan badan yang sudah sedia gempal.

Pernahkah anda dengar kata-kata motivasi seperti,
Yang penting jujur pada sendiri. Bersandiwara hanyalah akan melelahkan dirimu. Jadilah diri sendiri dan berbahagia la dengannya.
Manusia senantiasa menilai anda. Walau siapa pun anda hari ini jadilah diri anda sendiri. Lihatlah siapa yang boleh menerima anda.
Kata-kata ni suatu masa dulu memberi semangat saya untuk tidak bersenam. Sebab saya jujur yang saya malas bersenam dan lebih bahagia berbadan gempal,

Tapi apabila saya cuba jadi diri sendiri saya (yang gempal), saya cepat penat. Buat kerja sikit dah nak tidur. Saya tidak produktif.

Dan saya bertanya kepada diri saya sendiri, adakah ini diri saya sendiri? Adakah ini balasan saya untuk menjadi seorang yang jujur?

Suatu hari saya terbaca satu lagi kata motivasi,
Janganlah hanya menjadi diri sendiri. Jadilah diri sendiri yang lebih baik.
Saya bercelaru. Kata motivasi yang mana perlu saya ikut ? Nampaknya kata-kata motivasi ni tak boleh pakai ikut 100%

Adakah gemuk itu tidak baik atau tidak comel? Comel. Antara diabetis dan masalah jantung, mungkin anda sendiri akan memilih untuk sihat kan?

Oleh itu saya tanamkan semangat untuk jadi menjadi diri saya yang lebih baik.

PENAFIAN : Artielni bukanlah untuk menghina atau merendahkan mereka yang gemuk sebab saya sendiri pun berbadan gempal.

Cuma untuk memberitahu bahawa kita ada pilihan. Terpulang pilihan apa yang kita mahu pilih asalkan membawa kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain.

Peringatan untuk diri sendiri juga.

Kembali kepada topik asal. Adakah hanya dengan senaman saja kita boleh kuruskan badan?

Senaman dengan pemakanan yang terkawal merupakan cara paling berkesan untuk kuruskan badan. Kalau bersenam 8 jam tapi makan 10 jam, rasanya tak kurus la gayanya.

Sumber : Authority Nutrition

Apakah senaman yang terbaik untuk kuruskan badan?

Senaman kardio


Senaman kardio sekiranya anda belum tahu, ialah senaman yang meningkatkan kelajuan degupan jantung dan penafasan.

Senaman kardio menggunakan pergerakan otot besar jangka masa yang panjang masa mengekalkan kadar jantung anda kepada sekurang-kurangnya 50% daripada tahap maksimum

Sumber : Health Status

Jenis-jenis senaman kardio


Berjogging


Jogging adalah salah satu bentuk senaman aerobik tertua dan paling popular . Terdapat banyak manfaat kesihatan jogging yang menjadi penyebab ia kekal begitu popular.

Sekiranya anda belum pernah bejogging sebelum ini, bermula dengan perlahan. Jangan kecewa sekiranya anda tidak dapat berjogging sejauh 100 km pada pertama kali mencuba.

Saya sendiri kepenatan dan berasa kejang kaki setelah berlari selama 1 minit pada hari saya pertama.

Gunakan pakaian yang betul serta kasut yang sesuai bagi mengekalkan keselesaan dan mengelakkan kecederaan.

Berjogging tempat yang selamat dan betul. Lebih baik tempat yang terang. Bagi yang perempuan, pastikan pakaian yang tidak menaikkan nafsu dan kalau boleh mempunyai teman untuk bersenam.

Ambil langkah berjaga-jaga semasa berjogging. Bayangkan sekiranya ada orang ini lakukan jenayah kepada anda, dapat tak anda larikan diri dengan badan gempal itu?

Berbasikal


Berbasikal adalah salah satu cara yang paling mudah untuk jadikan ia senaman sebagai rutin harian. Ia juga: menjimatkan wang sebagai satu bentuk pengangkutan dan  membantu alam sekitar.

Walaunpun berbasikal merupakan senaman impak rendah tetapi ia masih membantu anda menjadi sihat dan kurangkan lemak.

Cara terbaik untuk membina kecergasan kardiovaskular anda pada basikal adalah untuk menunggang untuk sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu. 

Sebagai contoh, anda boleh berbasikal ke pada waktu pagi atau petang, lakukan aktiviti berbasikal yang pendek pada hari berkerja dan waktu yang lebih panjang pada hari minggu.

Sumber : Men's Health

Purata kalori yang terbakar dengan berbasikal lebih rendah daripada berjogging. Tapi sekurangnya anda duduk semasa bersenam dengan basikal.

Sebelum melakukan aktiviti berbasikal ni, pastikan anda mempunyai basikal.

Berenang

senaman kuruskan badan dengan cepat

Semua orang tahu bahawa berenang adalah salah satu cara yang baik untuk membakar kalori, tetapi ramai yang tidak menyedari ia boleh hanya sangat berkesan setanding dengan senaman cardio yang ekstrim.

Banyak kelebihan yang anda dapat dengan berenang, antaranya ialah full body workout (senaman badan penuh).

Berenang tidak kira la anda dengan renang kuak lentang, kuak kupu-kupu, rama-rama, katak-katak, anda dapat seluruh tubuh anda bergerak untuk itu.

Berenang secara kosisten dapat menghilangkan stress, mengurangkan kebimbangan dan kemurungan, dan meningkatkan kualiti tidur anda.

Malu sebab tak pandai berenang? Boleh baca cara mudah belajar berenang.

Sumber : swimming.org

Selain itu, anda tidak perlu bimbang tentang peluh anda sebab belum pernah saya nampak perenang biasa mahupun atlet olimpik yang berpeluh semasa berenang.

Lompat tali


Lompat tali atau dalam bahasa Inggeris, skippping, adalah cara terbaik dan mudah bagi orang-orang yang malas untuk membakar lemak dan kuruskan badan.

Apa yang anda perlukan hanya tali skipping dalam harga RM 5.00. 

Ia mungkin hanya tali tapi dengan satu alat ini anda, mampu menjadikan diri anda sihat. senaman lompat tali membakar lebih banyak kalori berbanding dengan berjalan.

Menurut British Rope Skipping Association, 10 minit skipping boleh mempunyai manfaat kesihatan yang sama seperti berlari 45 minit.

Sumber : Cosmopolitan

Selain itu, anda tidak perlu keluar rumah kerana ianya boleh dilakukan di mana-mana tempat. Hujan lebat pun tak boleh menghalang anda daripada bersenam, cuma diri anda sendiri yang menghalangnya.

Apa senaman yang anda biasa lakukan pada waktu lapang anda?

Cara Mudah Detoks Tubuh Badan Anda

cara detoks, kuruskan badan cepat

Apa itu detoks/detox?


Detoks merupakan proses membuang sisa-sisa kotor atau toksin melalui organ utama seperti kulit, hati, ginjal dan saluran pencernaan. Kelakuan seperti bernafas, berpeluh dan membuang air kecil dan besar merupakan aktiviti-aktiviti yang lazim untuk membuang sisa-sisa toksin ni.

Toksin terkumpul dalam badan dan tidak dikeluarkan akan membahayakan kesihatan tubuh badan dalam jangka panjang.

Sumber : Linked

Oleh itu penting bagi kita mengetahui cara-cara untuk detoks tubuh kita.

Cara Mudah Detoks Tubuh Badan



Hirup Udara Segar



cara detoks, kuruskan badan cepat
Source imgur.com

Persekitaran yang sihat akan mempengaruhi kesihatan kita. Kadangkala kita tidak dapat mengawal sepenuhnya kualiti udara di sekeliling.

Asap rokok, habuk, pasir dan wangian yang tidak sesuai berkemungkinan boleh membuatkan udara persekitaran dalam rumah anda lebih bahaya daripada di luar.

Cara terbaik adalah memastikan udara segar dan bebas dari toksin. Antara cara yang mudah ialah dengan menanam tumbuh-tumbuhan di halaman rumah anda.

Makanan Organik


Salah satu cara untuk mengalakkan proses detoks tubuh badan anda ialah dengan memilih makanan yang betul. Elakkan memakan makanan segera dan ringan selalu dan dalam kuantiti yang banyak.

Kita sememangnya tahu dalam suasana yang sibuk dan cepat, kita biasanya akan memilih makanan segera kerana ianya mudah dan cepat.

Dan kadangkala benda yang senang dan cepat tu boleh memudaratkan anda pada usia lanjut anda.

Oleh itu, pilih makanan yang betul dengan kuantiti yang betul. Banyakkan makan sayur-sayuran kerana sayur-sayuran mempunyai mikro-nutrien yang tinggi dan kaya dengan serat (fibre). Ia boleh melambatkan perasaan lapar anda.

Makanan segera kurang nutrien yang diperlukan oleh badan. Oleh itu, tubuh anda kerap berasa lapar sebagai signal bahawa ia perlukan nutrien yang betul. Tapi semakin banyak pula anda bedal McD

Kurangkan Gula 


Makanan dan minuman manis memang sedap. Setiap kali kita rasa makanan manis ni, lebih banyak kita nak makan. Tapi semanis-manis makanan yang pernah saya makan, lebih manis muka awak di mata saya. Cia cia cia.

Kenapa kita rasa nak makan saja lepas makan makanan yang manis? Kerana kandungan gula yang banyak boleh membuat anda craving.  

Oleh itu, banyak syarikat, mengambil kesempatan untuk meletakkan kandungan gula yang tinggi dalam produk makanan dan minuman agar orang ramai membeli produk mereka untuk menghilangkan nafsu craving mereka.

Pengambilan gula yang banyak boleh membuatkan tubuh badan cepat penat, membawa kepada penyakit diabetis, kanser dan obesiti.

Minum Air



cara detoks, kuruskan badan cepat
Source : ufc.com

Air merupakan satu cara terbaik untuk detoks tubuh badan anda. Antara fungsi asas tubuh badan memerlukan air seperti menghasilan liur, peluh dan membuang sisa kotoran.

Banyakkan minum air dan kurangminuman bergas. Minum air kosong memang membosankan. Anda boleh cuba tambah viariasi seperti meletakkan lemon atau ketulan nanas.

Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

Bersenam


cara detoks, kuruskan badan cepat
Source : genius.com

Ramai orang tahu bersenam itu banyak kebaikannya. Tapi tak semua orang suka bersenam. Bersenam dapat membantu tubuh badan mengeluarkan toksin melalui peluh. 

Ianya juga membantu melancarkan pengaliran darah, meningkatkan penghadaman, melincirkan sendi dan menguatkan tubuh.

Selain itu, bersenam dapat mengurangkan stress, Stress boleh menyebabkan kesihatan anda terganggu. Oleh itu, kurangkan kontroversi. Tingkatkan prestasi.

Baca Juga : Cara Ekstrim Kuruskan Badan Dalam Seminggu

Antara senaman yang saya rekomenkan kepada anda ialah Tabata atau 7-Minute Workout kerana ia cepat dan senang untuk orang malas seperti anda.. dan  juga saya.

Cara Ekstrim Untuk Kuruskan Badan Dalam 1 Minggu

kuruskan badan dalam 1 minggu, cepat dan berkesan, tanpa bersenam

Kenapa nak kurus? 

Setiap orang ada sebab mereka untuk kuruskan badan. Saya pun ada sebab yang tersendiri juga. 

Macam-macam cara dah buat tapi tak pandai kurus-kurus. 

Kadang-kadang cemburu tengok orang lain makan banyak tapi tetap tak pandai gemuk.

Oleh itu, dengan perasaan yang cemburu, saya kongsikan cara ekstrim yang pernah saya cuba untuk kuruskan badan dalam masa seminggu.


Cara Pertama : Military diet


Diet ini membenarkan anda memakan aiskrim dalam masa yang sama dapat mengurangkan 10 lbs (4.53 kg) hanya seminggu. Biar betul?

Sekiranya anda ingin kuruskan badan dengan cepat, mungkin diet ini sesuai dengan anda. 

Antara sebab diet ini popular ialah kerana ianya mudah dan cepat. Selepas tiga hari, 4 hari kemudiannya anda boleh makan makanan yang anda suka cuma kena hadkan dalam 1100-1400 kalori sehari. 

Penyediaan makanan untuk diet juga ringkas dan boleh didapati mana-mana supermarket. Pada permulaan, memang anda akan berasa lapar dan keinginan untuk makan bercelaru, anda perlu bertahan hanya untuk tiga hari.

Untuk mengurangkan rasa lapar, minum air sepanjang hari sebanyak 1-2 liter.

Boleh kuruskan badan dengan guna cara ini tanpa bersenam. Jika nak buat senaman juga, buat senaman yang ringan.
kuruskan badan dalam 1 minggu, cepat dan berkesan, tanpa bersenam

Elakkan senaman berat seperti berlari marathon dan angkat benda-benda terlalu berat kerana kalori makanan dari diet ini akan membuatkan anda tidak bermaya.

Ini merupakan pelan makanan untuk Military Diet


 kuruskan badan dalam 1 minggu, cepat dan berkesan, tanpa bersenam
Image : HiddenDirk

Hari pertama


Sarapan
➸ Separuh Grapefuit atau Oren
➸ Sepotong roti bakar
➸ 2 sudu Mentega Kacang
➸ Secawan kopi atau teh

Makan tengahari
➸ Separuh dari tin tuna atau kacang almond
➸ Sepotong roti bakar
➸ Secawan kopi atau teh

Makan Malam
➸ Secawan sayur kacang atau bayam atau apa-apa jenis sayur
➸ Separuh pisang
➸ Sebiji buah epal 
➸ 85 gram ayam rebus atau kacang atau cendawan
➸ Secawan aiskirm vanilla

Hari kedua


Sarapan
➸ Sebiji telur (lebih bagus kalau rebus)
➸ Sepotong roti bakar
➸ Separuh pisang

Makan Tengahari
➸ Telur rebus
➸ 5 keping biskut Crackers atau oat
➸ Secawan kecil Cheddar Cheese atau Yogurt

Makan Malam 
➸ Separuh lobak
➸ 2 batang sosej
➸ Secawan sayur Brokoli
➸ Separuh pisang
➸ Setengah cawan Aiskrim Vanilla atau Yogurt

Hari Ketiga


Sarapan
➸ 5 keping biskut Crackers atau oat
➸ Sekeping Cheese atau sebiji telur rebus
➸ Sebiji epal

Makan tengahari
➸ Sekeping roti
➸ Telur (disediakan mengikut kegemaran anda)

Makan malam
➸ Setin kecil tuna atau kacang almon atau Cheese
➸ Separuh pisang
➸ Secawan aiskrim Vanilla atau yogurt

Untuk 4 hari seterusnya, anda boleh makan sesesuka hati tapi kena limitkan kalori pemakanan dalam 1100-1400 kalori sehari. 

Sumber : DailyBurn,  WebMd

Ada antara makanan dalam diet diatas saya ubah mengikut kesesuaian dan yang mudah didapati di kedai-kedai berdekatan.

Pengalaman saya mencuba Military diet

Saya pernah buat diet ni secara suka-suka pada waktu dulu. Sayangnya saya tak rekod berat dan proses semasa diet ini tersebut. 

Pada hari pertama diet ni, badan agak lemah, dengan adanya secawan kopi sewaktu sarapan, dapat memberi tenaga sehingga makan malam.

Pada sebelah malam, nafsu makan  membuak-buak. Tapi ada aiskrim untuk makan malam dan segala craving dapat dikurangkan. Cuma kena tahan tak ambil aiskrim lebih dari 2 cawan.

Selepas tiga hari, tersangat susah untuk menahan keinginan untuk makan. Kena disiplin. Akhirnya saya tewas apabila kawan-kawan saya ajak makan makanan yang banyak.

Terpaksa join sekali.

Cara Kedua : Kuruskan badan dalam 1 minggu


Cara ekstrim yan kedua ini saya panggil diet gila. Saya jumpa diet ni di google beberapa bulan atau setahun yang lalu.

Kenapa saya kata diet ni gila? Dalam selang beberapa hari, diet ni tak perlu makan apa-apa cuma minum air 1-2 liter atau lebih dalam sehari.

#update : Cara ini dinamakan Water Fasting. Biasanya diamalkan oleh pelakon antarabangsa untuk mendapatkan berat badan ideal untuk watak mereka.


kuruskan badan dalam 1 minggu, cepat dan berkesan, tanpa bersenam
Image : Food.ndtv

Hari pertama


➸ 1-2 liter susu. Apa-apa jenis susu. (lebih baik rendah lemak)
➸ 2 biji telur rebus atau 2 biji pisang.

Hari kedua


➸ 1-2 liter air. Atau secukupnya.

Dan selang-seli. Selama seminggu.

Pengalaman saya cuba diet ni

Saya cuba diet ni sebab terdesak nak kurus. Haha. Semasa saya praktikal, saya sangat bersyukur sebab staff tempat praktikal saya sangat baik hati kerana hampir setiap hari belanja nasi ayam penyet dan kuih-muih.

Seminggu sebelum semester baru bermula, baru saya sedar saiz badan saya naik mendadak. Kerana tak mahu diketawakan dan diejek kawan-kawan saya, saya buat diet ini dengan diselitkan senaman ringan.

Hasil? Cepat dan berkesan.

Berapa berat saya kurang? Jujurnya, saya tak ingat.

Saya agak ada dalam 5 KG hingga 7 KG. 
Ramai kawan saya puji bila nampak badan saya. Dan ramai yang nak minta id Wechat saya. Tapi..
Ada tapi.. Saya dapat rasakan metabolisma saya menurun. Keupayaan membakar lemak saya menurun.

Walaupun saya ambil makanan dalam kuantiti yang sikit, badan saya cepat naik berat badan. Ianya cepat kurus tapi bertahan hanya untuk beberapa minggu saja.

Oleh itu saya tidak galakkan anda guna diet ni untuk kuruskan badan sebab kurusnya hanya sementara.. Kalau nak guna juga, terpulang kepada anda.

Jika anda betul-betul nak kurangkan berat badan dengan serius, boleh cuba yang ini : Pelan Mudah & Teknik Cepat Bakar Lemak


Kurangkan berat badan dengan air lemon

 kuruskan badan dalam 1 minggu, cepat dan berkesan, tanpa bersenam
Image : Liputan6

Kelebihan air lemon ialah dapat detoksisfikasi atau membersihkan sistem tubuh. Hal ini kerana lemon mempunyai acid citric yang membantu pengeluaran jus pencernaan dan proses pencernaan. 

Air lemon menambah elemen dinamik untuk pembersihan usus. Ia boleh membantu usus dalam penghapusan toksin, dan ia boleh membantu mengurangkan gas dan perut kembung.


Caranya ialah dengan meminum perahan lemon bercampur dengan air suam setiap pagi. Pastikan air perahan lemon anda tidak terlalu masam. Boleh tambah dengan daun mint untuk kurangkan masam atau pun lebihkan air.

Kenapa diet air lemon popular? Mengurangkan berat badan dengan meminum air lemon adalah cara yang biasa dibuat oleh artis antarabangsa seperti Gwyneth Paltrow.

Bagaimana air lemon boleh buat anda kurus?


Sebenarnya meminum air lemon tidak menurunkan berat badan secara langsung.

Cuma.. jika anda biasa minum minuman bergas atau manis dan mengantikan minuman manis tersebut dengan air lemon, badan anda akan lebih terhidrasi.

Dengan itu metabolisma badan anda meningkat dan membakar lemak dengan cepat.

Selain itu, seperti saya nyatakan tadi, air lemon juga dapat mengurangkan toksin dan elakkan perut kembung.

Sumber : Women's Health

menurunkan berat badan, kurus

Mana satu cara menguruskan badan yang anda pernah cuba?