Apakah senaman yang terbaik untuk kuruskan badan?
Setiap orang mempunyai tujuan masing-masing apabila bersenam. Ada yang bersenam untuk kesihatan dan ada juga untuk menguruskan badan yang sudah sedia gempal.
Pernahkah anda dengar kata-kata motivasi seperti,
Yang penting jujur pada sendiri. Bersandiwara hanyalah akan melelahkan dirimu. Jadilah diri sendiri dan berbahagia la dengannya.
Manusia senantiasa menilai anda. Walau siapa pun anda hari ini jadilah diri anda sendiri. Lihatlah siapa yang boleh menerima anda.Kata-kata ni suatu masa dulu memberi semangat saya untuk tidak bersenam. Sebab saya jujur yang saya malas bersenam dan lebih bahagia berbadan gempal,
Tapi apabila saya cuba jadi diri sendiri saya (yang gempal), saya cepat penat. Buat kerja sikit dah nak tidur. Saya tidak produktif.
Dan saya bertanya kepada diri saya sendiri, adakah ini diri saya sendiri? Adakah ini balasan saya untuk menjadi seorang yang jujur?
Suatu hari saya terbaca satu lagi kata motivasi,
Janganlah hanya menjadi diri sendiri. Jadilah diri sendiri yang lebih baik.Saya bercelaru. Kata motivasi yang mana perlu saya ikut ? Nampaknya kata-kata motivasi ni tak boleh pakai ikut 100%
Adakah gemuk itu tidak baik atau tidak comel? Comel. Antara diabetis dan masalah jantung, mungkin anda sendiri akan memilih untuk sihat kan?
Oleh itu saya tanamkan semangat untuk jadi menjadi diri saya yang lebih baik.
PENAFIAN : Artielni bukanlah untuk menghina atau merendahkan mereka yang gemuk sebab saya sendiri pun berbadan gempal.
Cuma untuk memberitahu bahawa kita ada pilihan. Terpulang pilihan apa yang kita mahu pilih asalkan membawa kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain.
Peringatan untuk diri sendiri juga.
Kembali kepada topik asal. Adakah hanya dengan senaman saja kita boleh kuruskan badan?
Senaman dengan pemakanan yang terkawal merupakan cara paling berkesan untuk kuruskan badan. Kalau bersenam 8 jam tapi makan 10 jam, rasanya tak kurus la gayanya.
Sumber : Authority Nutrition
Apakah senaman yang terbaik untuk kuruskan badan?
Senaman kardio
Senaman kardio sekiranya anda belum tahu, ialah senaman yang meningkatkan kelajuan degupan jantung dan penafasan.
Senaman kardio menggunakan pergerakan otot besar jangka masa yang panjang masa mengekalkan kadar jantung anda kepada sekurang-kurangnya 50% daripada tahap maksimum
Sumber : Health Status
Jenis-jenis senaman kardio
Berjogging
Jogging adalah salah satu bentuk senaman aerobik tertua dan paling popular . Terdapat banyak manfaat kesihatan jogging yang menjadi penyebab ia kekal begitu popular.
Sekiranya anda belum pernah bejogging sebelum ini, bermula dengan perlahan. Jangan kecewa sekiranya anda tidak dapat berjogging sejauh 100 km pada pertama kali mencuba.
Saya sendiri kepenatan dan berasa kejang kaki setelah berlari selama 1 minit pada hari saya pertama.
Gunakan pakaian yang betul serta kasut yang sesuai bagi mengekalkan keselesaan dan mengelakkan kecederaan.
Berjogging tempat yang selamat dan betul. Lebih baik tempat yang terang. Bagi yang perempuan, pastikan pakaian yang tidak menaikkan nafsu dan kalau boleh mempunyai teman untuk bersenam.
Berjogging tempat yang selamat dan betul. Lebih baik tempat yang terang. Bagi yang perempuan, pastikan pakaian yang tidak menaikkan nafsu dan kalau boleh mempunyai teman untuk bersenam.
Ambil langkah berjaga-jaga semasa berjogging. Bayangkan sekiranya ada orang ini lakukan jenayah kepada anda, dapat tak anda larikan diri dengan badan gempal itu?
Berbasikal
Walaunpun berbasikal merupakan senaman impak rendah tetapi ia masih membantu anda menjadi sihat dan kurangkan lemak.
Cara terbaik untuk membina kecergasan kardiovaskular anda pada basikal adalah untuk menunggang untuk sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu.
Cara terbaik untuk membina kecergasan kardiovaskular anda pada basikal adalah untuk menunggang untuk sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu.
Sebagai contoh, anda boleh berbasikal ke pada waktu pagi atau petang, lakukan aktiviti berbasikal yang pendek pada hari berkerja dan waktu yang lebih panjang pada hari minggu.
Sumber : Men's Health
Purata kalori yang terbakar dengan berbasikal lebih rendah daripada berjogging. Tapi sekurangnya anda duduk semasa bersenam dengan basikal.
Sebelum melakukan aktiviti berbasikal ni, pastikan anda mempunyai basikal.
Berenang
Source : sofiahydman.tumblr.com
Semua orang tahu bahawa berenang adalah salah satu cara yang baik untuk membakar kalori, tetapi ramai yang tidak menyedari ia boleh hanya sangat berkesan setanding dengan senaman cardio yang ekstrim.
Banyak kelebihan yang anda dapat dengan berenang, antaranya ialah full body workout (senaman badan penuh).
Berenang tidak kira la anda dengan renang kuak lentang, kuak kupu-kupu, rama-rama, katak-katak, anda dapat seluruh tubuh anda bergerak untuk itu.
Berenang tidak kira la anda dengan renang kuak lentang, kuak kupu-kupu, rama-rama, katak-katak, anda dapat seluruh tubuh anda bergerak untuk itu.
Berenang secara kosisten dapat menghilangkan stress, mengurangkan kebimbangan dan kemurungan, dan meningkatkan kualiti tidur anda.
Malu sebab tak pandai berenang? Boleh baca cara mudah belajar berenang.
Sumber : swimming.org
Ia mungkin hanya tali tapi dengan satu alat ini anda, mampu menjadikan diri anda sihat. senaman lompat tali membakar lebih banyak kalori berbanding dengan berjalan.
Menurut British Rope Skipping Association, 10 minit skipping boleh mempunyai manfaat kesihatan yang sama seperti berlari 45 minit.
Selain itu, anda tidak perlu bimbang tentang peluh anda sebab belum pernah saya nampak perenang biasa mahupun atlet olimpik yang berpeluh semasa berenang.
Lompat tali
Lompat tali atau dalam bahasa Inggeris, skippping, adalah cara terbaik dan mudah bagi orang-orang yang malas untuk membakar lemak dan kuruskan badan.
Apa yang anda perlukan hanya tali skipping dalam harga RM 5.00.
Menurut British Rope Skipping Association, 10 minit skipping boleh mempunyai manfaat kesihatan yang sama seperti berlari 45 minit.
Sumber : Cosmopolitan
Selain itu, anda tidak perlu keluar rumah kerana ianya boleh dilakukan di mana-mana tempat. Hujan lebat pun tak boleh menghalang anda daripada bersenam, cuma diri anda sendiri yang menghalangnya.
Apa senaman yang anda biasa lakukan pada waktu lapang anda?