Saya sayang perempuan.
Kadang-kadang saya hairan kenapa ada sesetengah lelaki berbangga dengan memperkecilkan dan merendah-rendahkan perempuan.
Saya ada seorang kawan lelaki dan setiap kali bila dia ternampak sekumpulan perempuan mesti dia akan buat lawak lucah ektrim sebagai hiburan.
Nak bagitahu anda apa lawak yang dia buat pun saya tak sanggup.
Bukankah perempuan itu salah satu ciptaan Tuhan yang indah?
Banyak kelebihan yang ada pada perempuan.
Pernah anda membayangkan bagaimana rasanya memiliki perut yang berisikan makhluk hidup lain yang kedatangannya anda tunggu-tunggu ?
Cuba anda bayangkan, ke manapun anda pergi, makan, mandi, ke luar rumah pun anda harus membawa perut yang berisikan calon buah hati yang tentunya harus dijaga dengan sebaik mungkin.
Cuba pikirkan sejenak.
Kerana itu, perempuan perlu diberi perhatian.
Perlu sentiasa sihat tidak kira dari dalam dan luar.
Dan salah satu cara menjaga kesihatan, tidak kiralah lelaki atau perempuan adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Dengan mengamalkan gaya hidup sihat kita mampu menjamin kestabilan kesihatan mental serta dapat mengurangkan tekanan.
Saya sarankan anda follow fb Dayang Sufriah Hanim, dia ada misi yang penting untuk membantu wanita untuk kekal sihat dan bahagia selalu. Bantu gadis comel ni.
Kenapa saya suruh perempuan jaga kesihatan? Perempuan tak pandai jaga kesihatan ke?
Bukan macam tu.
Lelaki dan perempuan masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Kelebihan dan kekurangan ini adalah untuk kita melengkapi antara satu sama lain.
Memang betul lelaki dan perempuan ada banyak banyak berbezaannya.
Dan perbezaan itu diciptakan oleh Tuhan untuk melahirkan suasana hidup saling tolong-menolong.
Kenapa perlu membenci kalau kita boleh menyayangi?
Oleh sebab tu, penting bagi kita untuk hormat-menghormati antara satu sama lain agar hidup kita dipenuhi dengan kedamaian.
Antara kita pasti ada yang mempunyai ibu, adik-beradik dan kawan
perempuan, hargailah dan sayangi la mereka. Jangan sakiti mereka.
Jika anda yang sedang
membaca ni adalah perempuan, berbanggalah..
...kerana anda memang istimewa.
Selamat Hari Wanita
Ikhlas dari,
*Mungkin hari wanita sudah berlalu. Tapi bagi saya, hari-hari, hari wanita. Cia cia cia