Tahukan anda bahawa ada stress boleh memotivasikan diri kita? Stress positif ini kenali sebagai ustress, stress jangka pendek yang boleh memberikan kekuatan, meningkatkan kreativiti dan semangat.
Tapi pada topik hari ini, kita akan membincangkan tentang stress negatif dan depressi.
Apakah itu stress?
Stress merupakan suatu respon terhadap kejadian yang berlaku di persekitaran kita.
Ketika dilanda stress,otak kita membaca sesuatu kejadian itu dan sebagai mekanisma perlindungan diri memberi signal kepada tubuh dan hormon dan reaksi kimia seperti adrenalin, kortisol, dan norepinefrin.[Sumber]

Kadangkala stress boleh membantu menyelesaikan tugasan dan hal harus anda lakukan, tetapi stress yang banyak dan berterusan boleh membuat kita tertekan dan keletihan.
Ianya boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, mental dan emosi.
Ianya boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, mental dan emosi.
Stress adalah baik sekiranya ia memotivasikan anda tapi ianya teruk jika berlaku sebaliknya dan ia boleh membawa kepada depresi.
Apakah itu depresi?
Depresi merupakan lebih serius dan berlaku dalam jangka masa lama berbanding stress. Ianya perlu ditangani dengan segera.
Ia juga boleh disebabkan oleh genetik dan suasana persekitaran kehidupan harian. [Sumber]
Kehidupan harian yang sukar boleh membawa risiko depresi sekiranya stress tidak hadapi dengan sebaiknya.
Depresi boleh menyebabkan perubahan besar kepada emosi seperti berasa sedih dan putus asa, menjauhkan diri dengan orang lain, hilang semangat dan tidak bermotivasi.
Depresi boleh menyebabkan perubahan besar kepada emosi seperti berasa sedih dan putus asa, menjauhkan diri dengan orang lain, hilang semangat dan tidak bermotivasi.
Apakah beza depressi dan stress ?
Sebahagian besar menganggap bahawa depresi dan stress merupakan perkara yang sama. Akan tetapi terdapat perbezaan besar antara kedua-dua.
Depresi sekiranya tidak ditangani dengan berkesan boleh memudaratkan nyawa.
Ianya penting untuk anda mengetahui samaada anda mengalami depresi atau pun stress agar anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga sebelum terlambat.

Anda boleh mengambil ujian stress/depresi di : Take the Depression, Anxiety & Stress Test
Gejala/tanda-tanda Stress dan Depresi
Antara gejala Stress
- Susah untuk tidur.
- Sukar untuk menumpukan perhatian.
- Perubahan rutin makan.
- Merasa gugup atau cemas.
- Merasa marah, mudah tersinggung, atau mudah merasa kecewa.
- Merasa sangat penat akibat belajar atau tugas harian.
- Merasa anda tidak dapat mengatasi berbagai kesusahan di dalam kehidupan..
- Kesukaran menjalani kehidupan harian.
Sumber : WebMD
Antara gejala Depressi
- Sukar membuat keputusan.
- Lemah daya ingatan.
- Merasa bersalah atau merasa diri sangat teruk.
- Dipenuhi dengan rasa marah.
- Merasa bahawa tidak dapat mengatasi berbagai masalah di dalam kehidupan.
- Masalah fizikal yang tidak dapat dijelaskan, seperti sakit belakang atau sakit kepala.
- Sentiasa terfikir tentang mati dan cuba membunuh diri.
Sumber : MayoClinic.com
Salah faham Tentang Depresi
Terdapat salah faham dalam membezakan stress dan depresi. Ramai juga yang beranggapan bahawa depresi itu mudah untuk diubati dan dielakkan.
Ramai yang memandang rendah, memperkecilkan mereka yang mengalami depresi seakan-akan orang yang menghidapi depresi sebagai manja, lemah dan tidak perlukan bantuan.
Ramai yang memandang rendah, memperkecilkan mereka yang mengalami depresi seakan-akan orang yang menghidapi depresi sebagai manja, lemah dan tidak perlukan bantuan.
Ini juga menimbulkan perdebatan di internet di mana seleberti internet, Youtuber Prince Ea mengatakan depresi itu seperti alat kawalan televisyen (TV remote control) yang boleh turun naik, ditutup dan dipasang.
Beliau juga mengatakan depresi itu tidak wujud (depression is not real) ianya boleh datang dan pergi seperti awan-awan di langit.
Beliau juga mengatakan depresi itu tidak wujud (depression is not real) ianya boleh datang dan pergi seperti awan-awan di langit.
Melalui komen yang pada video tersebut, ramai tidak bersetuju dengan informasi yang disampaikan oleh Prince EA. Depresi bukan lah sesuatu yang boleh dianggap mudah kerana ia sangat teruk sehingga ada yang ingin membunuh diri !
Dari itu, Youtuber Boyinaband membuat satu video menyangkal video dibuat oleh Prince EA dan mendakwa Prince EA menyampaikan maklumat yang salah.
Boyinaband juga mengatakan kebanyakan video Prince EA tidak disertakan dengan sumber betul dan menimbulkan perbalahan antara mereka.
Tentang Lexi Willams
Siapakah Lexi Williams? Lexi Williams merupakan seorang remaja yang berumur 16 tahun dan meninggal dunia kerana membunuh diri dengan terjun dari jambatan di North Carolina, Amerika Syarikat pada 21 November 2016.
Semasa Lexi masih hidup, dia banyak meluah tentang depresi di akaun Twitternya, @lexynw. Dia meluahkan bagaimana depressi memberi kesan kepada dia dan tiada orang memberikan pertolongan.
Antara luahan Lexi di Twitter ialah
"When you try to talk to your mom about your stress and mental health issues & she tells you to get over it"
"Apabila anda cuba untuk bercakap dengan ibu anda mengenai isu-isu tekanan dan kesihatan mental dan dia memberitahu anda untuk lupakannya "
Dan salah seorang penguna twitter dengan nama Jal @goodluckJal94 membalas salah satu tweet Lexi dengan mengatakan :
@lexynw She's right though, You complain way too much. Do something about it. Lexi
" Ibu anda betul. Kau terlalu banyak komplain. Lakukan sesuatu tentangnya. Lexi. "
Ini tidak sepatutnya berlaku. Orang ramai perlu mengambil serius tentang depresi dan tekanan perasaan.
Akan tetapi..
Ramai lagi dari kita apabila melihat seseorang memuat turun status seperti Lexi dan berfikir
" Ah . orang ini cuma minta perhatian saja,"
atau
" Alaa rileks la, perkara kecil."
atau
"Kenapa juga mahu post status-staus macam tu di media sosial "
Kata-kata ini diungkapkan dan bukannya benar-benar membantu mereka.
Saya tidak mengenali Lexi Williams dan tidak pernah berjumpa dengan dia. Tapi kisah remaja 16 tahun ini betul-betul memberi kesan kepada saya.
Sekiranya saya berada di tempat Lexi, mungkin saya juga melakukan perkara yang sama.
Sekiranya saya berada di tempat Lexi, mungkin saya juga melakukan perkara yang sama.
Apabila melihat tweet Lexi, terasa seperti boleh hantarkan mesej kepada dia dan menghalang daripada kejadian itu berlaku, akan tetapi ianya sangat terlambat.
Saya rasa ramai orang perlu tahu kisah tentang Lexi Williams, dan ambil pengajaran daripadanya.
Mungkin blog post ini tidak dapat ubah apa-apa tanggapan orang ramai tentang depresi, tapi sekurang-kurangnya saya cuba dan cuba untuk timbulkan kesedaran kepada orang lain.

Dihentam ribuan emosi
Lahirnya bukan untuk simpati
Cuma harap ada yang memahami
Lalu meminta keluarga untuk menemani
Hampanya tidak dipeduli
Disuruh tanganinya sendiri
Apakan daya sahabat tiada disisi
Coretan media sosial luahan isi hati
" Haruskah aku tamatkan semua ini? "
Lantas dia pun memilih
Untuk berhenti
Meneruskan nadi
Selamat malam, Lexi
Pergi ; Depresi
Nov, 21, 2016
Lahirnya bukan untuk simpati
Cuma harap ada yang memahami
Lalu meminta keluarga untuk menemani
Hampanya tidak dipeduli
Disuruh tanganinya sendiri
Apakan daya sahabat tiada disisi
Coretan media sosial luahan isi hati
" Haruskah aku tamatkan semua ini? "
Lantas dia pun memilih
Untuk berhenti
Meneruskan nadi
Selamat malam, Lexi
Pergi ; Depresi
Nov, 21, 2016
#RIPlexi
#rememberinglexi
#semicolon
#projectsemicolon
#semicolon
#projectsemicolon
Saya harap Lexi tahu bahawa dia tidak berseorangan..