Cara Mudah Letak Butang LIKE dan SHARE Di Setiap Post

letak, share, like, facebook, blog, tutorial


Meletakkan butang Share dan Like Facebook di dalam setiap post akan memudahkan pelawat untuk kongsikan artikel/entry blog anda di laman sosial. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan bilangan traffik.

Sebelum meneruskan bacaan anda, ianya perlu untuk anda mengetahui sedikit tentang HTML kerana akan memudahkan anda untuk mengikuti langkah-langkah yang disediakan. Sekiranya tidak tahu langsung, tidak apa, ikuti langkah Dedaun Comel sediakan secara perlahan dan satu-persatu.


 letak, share, like, facebook, blog, tutorial

Langkah 1


Log in akaun blogger > Klik pada Template > Klik pada Edit HTML. Dan HTML Editor akan muncul.

Langkah 2


Klik pada mana-mana bahagian dalam HTML Editor dan tekan papan kekunci anda Ctrl+F. Find box akan muncul selepas Ctrl+F ditekan.

Langkah 3


Copy paste kode ini <data:post.body> dalam Find Box dan tekan Enter. Berkemungkinan <data:post.body> akan muncul sebanyak 2 kali dalam templete anda selepas Enter ditekan berkali-kali. Ada juga templete yang mempunyai 3 <data:post.body>.


Langkah 4


Sekirnya anda mahu  butang Like dan Share berada di bawah post anda, letakkan kode di bawah sebelum SELEPAS kode <data:post.body>

Sekiranya anda mahu butang Like dan Share berada di bawah tajuk post anda, letakkan kode di atas SEBELUM kode <data:post.body>

Soalan : " Ada dua/tiga <data:post.body> dalam templete saya, nak letak kode di bawah dekat <data:post.body> yang mana satu?

Jawapan : Anda kena cuba satu per satu. Lepas letak kode di bawah pada <data:post.body> yang pertama, SAVE dan tengok pada blog anda sama ada berjaya atau tidak. Kalau tidak muncul butang Like dan Share, cuba pada <data:post.body> yang kedua.



Kode butang Like dan Share :



<!-- AddThis Button BEGIN -->

 <div class='addthis_toolbox addthis_default_style '>
  <a class='addthis_button_facebook_share' fb:share:layout='button_count'/>
   <a class='addthis_button_tweet'/>
   <a class='addthis_button_google_plusone' g:plusone:size='medium'/>

<!--AddThis Button END -->


Ringkasan :


1. Letakkan kode butang Like dan Share selepas <data:post.body>  dalam HTML Editor sekirnya anda mahu butang tersebut di bawah setiap blog post anda. Jika mahu butang Like dan Share di bawah Tajuk blog, letak kode sebelum <data:post.body> 

2. <data:post.body>  akan ada 2 atau 3 dalam HTML dan anda kena cuba satu persatu. Tetapi biasanya  <data:post.body>  yang kedua atau terakhir selalunya berjaya.


Mahu letak butang Tweet dan Google+ sebagai tambahan?



 letak, share, like, facebook, blog, tutorial


Guna kode ini :



<!-- AddThis Button BEGIN -->
<div class='addthis_toolbox addthis_default_style '>
<a class='addthis_button_facebook_like' fb:like:layout='button_count'/>
<a class='addthis_button_facebook_share'fb:share:layout='button_count'/>
<a class='addthis_button_tweet'/>
 <a class='addthis_button_google_plusone' g:plusone:size='medium'/>
<script src='//s7.addthis.com/js/300/addthis_widget.js' type='text/javascript'/></script></a></a></div>
<!--AddThis Button END -->

Semoga berjaya ! :3