Apakah yang dimaksudkan dengan paradoks?
Definisi :
- Paradoks adalah gaya bahasa yang mempunyai pertentangan yang nyata dengan fakta-fakta yang ada tetapi kenyataannya mengandungi kebenaran dengan pendapat umum atau realiti.
- Paradoks adalah sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum.
- Paradoks adalah gaya bahasa yang hampir sama dengan ironi. bahasa yang digunakan bertentangan atau begitu asing dengan kenyataan sebenar meskipun maknanya betul.
Sumber Rujukan :
2. Kamus Puisi, DBP (2005:71)
3. Memahami Istilah Sastera, Karya Bistari (Rahman Shaari,1985:70)
Mari Dedaun Comel mulakan dengan contoh paradoks mudah :
Air mata kegembiraan.
Air mata biasanya dikaitkan dengan kesedihan tapi ironinya sedih dalam gembira.
Benci tapi rindu.
Kemajuan teknologi membuatkan kemunduran nilai sosial.
Contoh di atas merupakan paradoks dari segi bahasa dan sastera.
Bagaimana pula dengan paradoks yang lain?
Grandfather Paradox
Datuk Paradoks (Grandfather Paradox) adalah paradoks perjalanan merentasi masa yang wujud melalui ketidak-konsistensi yang muncul bila ada perubahan pada masa lalu.
Nama paradoks ini berdasarkan situasi sekiranya Ali melawat masa lalu dan membunuh datuknya.
Sekiranya datuknya dibunuh, sudah pasti bapa atau ibu Ali tidak dilahirkan dan seterusnya menghalang kewujudan Ali sendiri.
Sekiranya Ali tidak wujud, bagaimana Ali dapat membunuh datuknya?
Sekiranya datuknya dibunuh, sudah pasti bapa atau ibu Ali tidak dilahirkan dan seterusnya menghalang kewujudan Ali sendiri.
Sekiranya Ali tidak wujud, bagaimana Ali dapat membunuh datuknya?
Antara versi lain paradoks ini :
Jika perjalanan merentasi masa itu wujud, maka mesin masa yang dibina oleh Ali sudah pasti dimusnahkan oleh Ali (masa depan) untuk menghalang dari Ali (masa lalu) daripada membunuh datuknya.
Jika mesin masa dimusnahkan, maka bagaimana Ali (masa depan) pergi ke masa lalu untuk musnahkan mesin tersebut?
Dengan paradoks ini, ramai yang percaya perjalanan waktu dan masa itu adalah mustahil.
Dan kenapa Ali hendak membunuh datuknya?
Sumber : Plato.stanford.edu
Barber Paradox
Tukang Gunting Paradoks (Barber Paradox) merupakan hasil dari teka-teki diambil dari Russell Paradox. Bertrand Russell mengunakan paradoks ini sebagai illustari dan penjelasan terhadap set matemetik yang dijumpai/dicipta beliau pada 1901.
Walaupun begitu paradoks ini bukanlah dari beliau tapi dicadangkan oleh sesorang (nama tidak diketahui).
Paradoks ini menujukkan sesuatu situasi yang munsabah tapi secara logiknya mustahil. Ianya menceritakan tentang pengunting rambut yang mencukur janggutnya dan tidak mencukur janggut.
Teka teki paradoks itu lebih kurang seperti ni :
Dalam sebuah bandar, cuma ada seorang tukang gunting. Dan bandar tersebut mempunyai undang-undang yang ketat. Hanya tukang gunting mencukur orang yang tidak mencukur janggut sendiri.
Soalannya, adakah tukang gunting mencukur janggutnya sendiri?
The barber is the "one who shaves all those, and those only, who do not shave themselves." The question is, does the barber shave himself?
Untuk menjawab soalan ini. tukang tidak boleh mencukur janggutnya kerana dia hanya mencukur mereka yang tidak mencukur diri mereka sendiri.
Oleh itu, jika dia mencukur janggutnya, dia bukanlah dikira tukang gunting.
Sebaliknya, jika tukang gunting tidak mencukur dirinya, maka ia termasuk dalam kumpulan orang-orang yang akan dicukur oleh tukang gunting, dan dengan itu, kerana dia adalah tukang gunting rambut, dia mesti mencukur sendiri.
Oleh itu, jika dia mencukur janggutnya, dia bukanlah dikira tukang gunting.
Sebaliknya, jika tukang gunting tidak mencukur dirinya, maka ia termasuk dalam kumpulan orang-orang yang akan dicukur oleh tukang gunting, dan dengan itu, kerana dia adalah tukang gunting rambut, dia mesti mencukur sendiri.
Sangat membingungkan kan?
Tapi paradoks ini tidak mungkin wujud dalam realiti kehidupan kita kerana tukang gunting boleh mencukur jangutnya sendiri tanpa dihalang mana-mana undang-undang. Barber Paradox hanyalah sebagai ilustrasi untuk Teori Paradox Russell.
Epimenides paradox
Epimenides paradox dinamakan menurut Epimenides Knossos yang hidup sekitar tahun 600 SM. Epimenides Knossos merupakah ahli falsafah Cretan.
Beliau sebagai warga Cretan membuat tulisan/kenyataan berbunyi,
Semua Cretans adalah berdusta
Paradoks timbul apabila beliau sebagai Cretan menyatakan semua Cretan adalah berdusta. Menurut itu, Epidemides juga adalah berdusta (sebab dia Cretan). Dan jika dia menipu, kenyatan dia tidak betul.
Oleh itu, apa yang dikatakannya betul kerana menunjukkan dia semua Cretan berdusta, Epidemis berdusta dan apa yang dia kata olehnya adalah tidak betul.
Pening juga nak paham kan? Yang tengah taip ni pun tengah pening.
Antara contoh lain untuk Epimenides Paradox ialah :
Kenyatan ini salah. (This statement is false)
Kenyataan di bawah betul.Kenyataan di atas salah.
Parenting Paradox
Berkata tentang Parenting Paradox, sudah tentu ia berkait rapat dengan ibu bapa. Berbanding paradox yang sebelum ini, saya janji ianya lebih mudah difahami.
Sebab paradox ini sesuatu yang mudah untuk kita bayangkan dan mungkin pernah berlaku sepanjang dalam kehidupan kita.
Adakalanya ibu bapa memberi arahan/nasihat kepada anak-anak yang tidak selari dengan perbuatan mereka.
Sebagai contoh dalam kehidupan :
Jangan merokok, merokok itu tidak bagus untuk kesihatan. Padahal mereka sendiri menghabiskan sekotak rokok sehari.
Tidurlah awal. Awak tu sekolah pagi. Walhal ibu bapa bermain Whatsapp sampai ke subuh.
Sudah la asyik bermain dengan handphone. Buat kerja sekolah. Padahal mereka menonton drama Melayu dan Korea dari pagi ke malam.
Kenapa tak pergi sekolah? Ponteng ye? Kata Si Ayah sambil merotan punggung anaknya ketika beliau berada di rumah pada waktu pejabat.
Contoh terbaik :
Teringat pepatah " Anak itu ibarat kain putih, Ibu bapalah yang akan mencoraknya "
Sumber : IamProudMama
Anak-anak akan mengikut kelakuan dan perkara yang dinampak pada persekitaraannya, Perkataan saja tidak cukup untuk mengajar anak tapi kelakuan dan perbuatan itu sangat kuat pengaruhnya.
Walaupun tidak boleh salahkan 100% kepada Ibu bapa tapi ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik dan memupuk nilai murni pada anak mereka sejak kecil lagi.
Raven Paradox
Paradoks raven juga dikenali sebagai paradoks Hempel adalah satu paradoks dan mungkin merupakan salah satu paradoks yang paling kompleks.
Paradok ini ditulis oleh Ahli Logik, Hamplel pada sekitar 1940. Ianya adalah ilustrasi untuk eksperimen yang dijalankan,
Bermula dengan soalan : Bagaimana kita hendak tahu sesuatu itu betul dari sesuatu kenyataan?
Anda sudah tentu ingat ekperimen Sains semasa sekolah rendah dan menengah tentang hipotesis kan?
Contoh :
- Semakin berat pendulum, semakin laju masa tali untuk membuat pusingan.
- Semakin luas dahi, semakin sikit rambut menutupi kepala.
Hipotesis
- Semua burung gagak berwarna hitam
- Setiap yang bukan berwarna hitam itu bukan burung gagak.
Kedua-dua kenyataan ini betul.
Dan apa yang menjadikan ia paradoks?
Sekiranya kenyataan kedua betul, kenyataan pertama juga betul.
Hipotesis yang tercipta daripada pemerhatian ini ialah
Dengan memerhati epal hijau meningkatkan kemungkinan bahawa semua gagak berwarna hitam.
Tapi masalah dengan hipotesis ini ialah generalisasi. "Semua." Ada kemungkinan gagak yang akan berwarna putih berdasarkan pemerhatian pengkaji dari lokasi yang lain. maka hipotesis itu berubah (berdasarkan pemerhatian) :
- Semua burung gagak berwarna putih
- Setiap yang bukan berwarna putih itu bukan burung gagak.
Raven Paradoks mungkin bertujuan untuk menguji cara ekperimen sains yang dijalankan melalui pemerhatian dan hipotesis.
Anda mungkin berminat : 12 Fakta Menarik dan Unik Tentang Emas
Anda mungkin berminat : 12 Fakta Menarik dan Unik Tentang Emas
Memang membingungkan. Tapi ianya bukanlah paradox kalau tidak membingungkan.
Saya sendiri telah menghabiskan berhari-hari untuk cuba memahami paradoks-paradoks ini.