12 Fakta Menarik Lagi Unik Tentang Emas

fakta, menarik, tentang emas

Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai ukuran untuk banyak matawang dalam sejarah.

Emas juga telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut.

Dalam blog post kali ini, saya kongsikan 12 fakta menarik+unik untuk para pembaca Dedaun Comel :

Fakta Menarik Dan Unik Tentang Emas :

    1. Emas telah ditemui di setiap benua di bumi.
    2. Emas dan tembaga adalah logam pertama yang ditemui oleh manusia sekitar 5000 SM dan hanya emas dan tembaga logam yang bukan berwarna putih. 
    3. Istilah "emas" adalah dari pangkal Proto-Indo-Eropah, ghel/Ghol bermaksud "kuning", "hijau" atau "terang".
    4. Di Mesir purba, emas dianggap kulit atau pun daging dewa, termasuklah Dewa Matahari Mesir, Ra. Oleh itu, emas tidak boleh dimiliki sesiapa kecuali Firaun, dan hanya kemudiannya untuk paderi dan ahli-ahli mahkamah di-Raja. Makam para raja pada zaman itu dikenali sebagai "rumah dari emas". 
    5. Orang-orang Yunani (Greeks) pada waktu dulu menganggap bahawa emas merupakan gabungan padat air dan cahaya matahari.
    6. Simbol kimia bagi emas ialah Au, dari perkataan Latin, 'aurum' yang bermaksud "subuh bersinar" dan dari Aurora, Dewi Rom. Pada 50 S.M, Rom mula mengeluarkan duit syiling emas dipanggil Aureus dan Solidus bagi syiling yang lebih kecil.
    7. Emas sebenarnya bersifat begitu lembut dan ianya boleh dibuat sebagai benang jahit. 1oz (28.35g) emas sekiranya dijadikan benang jahit boleh mencapai panjang lebih daripada 50 batu (80.467 km).
    8. Sekitar 300 S.M Orang Yunani dan Yahudi mula melakukan eksperimen untuk alkimia untuk mencari cara menukarkan logam asas menjadi emas. Kegiatan tersebut berakhir pada akhir Zaman Pertengahan dan Renaissance.
    9. Pada tahun 1912, pingat emas Olimpik telah dibuat sepenuhnya daripada emas. Pada masa ini, pingat emas Olimpik hanya mengandungi 6 gram emas.
    10. Semasa abad ke-14, meminum emas lebur dan zamrud yang dihancurkan adalah sebagai rawatan untuk penyakit taun. 
    11. Gumpalan emas terbesar yang pernah ditemui dinamakan "Welcome Stranger" ditemui oleh John Deason dan Richard Oates di Australia pada 5 Februari, 1869. Gumpalan tersebut sebesar 10 x 25 inci dan seberat 63729.73 gram (2,248 oz) emas tulen. Ia telah dijumpai hanya dua inci di bawah permukaan tanah !
    12. Ketulenan emas diukur dalam berat karat. Istilah "karat" berasal dari "benih carob," yang merupakan ukuran untuk menimbang kuantiti yang kecil di Timur Tengah.
     

    Bonus : Fakta Menarik Dan Unik Tentang Emas di Malaysia


    Pada 1998, kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan emas sebagai mata wang perdagangan dunia seperti mana yang diperkenalkan semasa zaman Rasulullah SAW dahulu.

    Emas dipilih kerana sifat kimianya yang stabil dan nilainya yang tidak berubah. Selain itu, dinar emas juga diharap dapat menggantikan pergantungan dunia terhadap Dollar Amerika dan Euro. 
    Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia keempat ketika itu, dinar emas tidak akan menggantikan mata wang setempat (sebagaimana Euro), tetapi mata wang ini hanya akan digunakan sebagai mata wang perdagangan antara negara sahaja.
    Sumber / Rujukan :