Pelajaran Bernilai $25,000


Ivy Lee adalah seorang bekas perunding di New York City.

Pelanggannya terdiri dari Rockefeller, Morgan, Carnegie keluarga Du Ponts dan beberapa usahan yang lain.

Suatu hari, Charles Schwab dari Bethlehem Steel CO. bertanya Lee tentang perkhidmatan yang diberinya. Lee menerangkan  dengan ringkas khidmat-khidmat yang disediakan dan mengakhiri penerangannya dengan berkata,

Dengan khidmat kami anda akan dapat mengetahui cara menguruskan syarikat denga lebih baik 
Schwab menyergah,

" Saya masih tidak dapat mengurus dengan baik walaupun saya sudah tahu caranya.

Masalahnya bukan 'mengetahui' cara membuatnya tetapi 'perbuatan' itu sendiri, Bagaimana mengunakan cara yang sedia ada dan mempraktikkanya.

Apa yang saya mahu bukan pengetahuan dalam penyelesaian masalah, tetapi perbuatan untuk menyelesaikan dan tindakan.

Jika anda boleh menunjukkan cara bagaimana melakukan sebahagian perkara yang telah kami ketahui, sila tunjukkan bagaimana melakukan. Saya bersedia melanggan khidmat anda dengan apa juga bayaran. "
"Baiklah." Lee bersetuju.
" Saya akan memberi pelajaran itu dalam masa 20 minit dan ianya akan dapat memberi menyempurnakan lebih kerja anda pada hari esok daripada hari-hari sebelum ini." ujar Lee.

"Okay." jawab Schwab. " Saya pun ada lebih kurang 20 minit sebelum keretapi saya tiba. Apakah idea anda? "

Lee pun mengeluarkan kad berukuran 3 x 5, kemudian memberikannya kepada Schwab.

Dan berkata,

" Luangkan masa selama 10 minit setiap petang sebelum berhenti kerja untuk penyemak pekerjaan anda hari itu. Tanya pada diri sendiri,
  1. Apakah pekerjaan yang saya terlupa, tidak endahkan atau telah membuat kesilapan?
  2. Apakah langkah yang perlu saya ambil untuk melaksanakan kerja dengan lebih teliti tanpa membuat kesilapan lagi di masa hadapan?
  3. Apakah yang perlu dibuat untuk memperbaiki perkerjaan hari ini?

Kemudian luangkan masa 4 minit lagi untuk menulis di atas kad itu 6 perkara mustahak yang perlu disiapkan hari esok. Semua ini mengambila masa 8 minit.

Lee meneruskan penerangannya. " Sekarang aturkan atau beri nombor kepada perkara-perkara tersebut mengikut urutan nombor  yang mana paling mustahak di antaranya.

Lalu masukkan kad ini dalam poket anda dan lihatlah ia diwaktu pagi dan lihat perkara dalam senarai nombor 1. Mula berkerja untuk selesaikannya.

Lihat perkara pertama d atas kad itu pada setiap masa dan mula bekerja untuk menyiapkannya.

Setelah selesai pekerjaan pertama,  barulah lihat perkara yang kedua dalam kad tersebut. Selepas selesai, baru ke perkara ketiga dan seterusnya sehinggalah masa berkerja anda berhenti pada hari itu.

Padamkan kerja-kerja yang telah diselesaikan dari senarai di atas kerja itu.

Jangan bimbang jika anda hanya dapat menyiapkan hanya dua atau tiga perkara saja atau anda tidak dapat menyiapkan walau perkara pertama pada hari itu. Anda akan cuba menyiapkan perkara paling musatahak sekali. Pekerjaan yang lain boleh ditangguh.

Dengan cara ini anda dapat membuat keputusan apakah perkara mustahak yang penting buat diri anda.

Sebelum membuat senarai untuk hari esok pula, pindahkan kesemua item yang tidak dapat disiapkan semalam.

Luangkan 5 minit setiap hari untuk membuat senarai Kerja Yang Perlu Dibuat esok.

Jika anda sudah mencuba cara ini, ajak pekerja anda atau pun kawan-kawan mahupun bos anda untuk mencuba pula.

Lee mengatakan kepada Schwab, uji cara ini seberapa lama yang anda suka, kemudian hantar cek kepada saya dengan seberapa bayaran yang anda anggap wajar.

Schwab telah mengirim cek sebanyak $25,000 dan menulis,
Cara paling mudah ini adalah cara paling praktik sekali dalam hidup saya.
Ia telah memberi saya motivsi untuk membuat panggilan telefon yang saya telah tangguhkan selama 9 bulan sebelum ini.
Panggilan itu telah membawa kepada satu pesanan membekal tiang besi yang memberi keuntungan sebanyak 2 juta kepada syarikat.
Pengajara ini sebenarnya saya kongsikan dari buku Sentuhan Kejayaan yang ditulis oleh Frank Tibolt ( A touch of greatness by Frank Tibolt ). Buku ni susah nak cari dan saya ingat saya pernah baca semasa sekolah menengah.

Pelajaran yang bernilai $25,000 merupakan sebahagian kecil dari isi buku ni. Antara bab-bab yang menarik ialah

1. Pelajaran Bernilai 1 Juta bagi Charles Schawb
2.Teknik untuk kejayaan terulung/hebat
3. Teknik kejayaan kedua terbesar
4. Himpunan ilmu kebijaksaan  sepanjang hayat

Dan banyak lagi !

Kalau nak tahu betapa bernilainya dan langka (rare) buku ni, boleh periksa harga buku ni kat Amazon. Klik sini : A touch of greatness

Seperti orang lain yang ternama dan berjaya, idea yang paling mdah itulah yang paling berkesan.

Walter Chysler berkata,

Saya tidak pernah memulakan sebarang pengeluaran sehinggalah saya bertemu sesuatu kaedah iaitu menyenaraikan " Apa yang perlu dibuat setiap hari.

Henry Ford,

Tiada seorang pun yang layak dipanggil eksekutif jika dia tidak mempunyai jadual bertulis untuk kerja-kerjanya.

Henry Kaiser tidak akan mengambil seseorang itu sebagai pegawai kelas atas di syarikatnya jika dia mengetahui calon itu tidak mempunyai tabiat suka menulis-tugasnya diatas kertas.

Dr Charles dan Dr. William Mayo dari Klinik Mayo, kedua-duanya akan menghabiskan  waktu bekerja mereka dengan menulis  satu senarai kerja  untuk hari esoknya pula.

Cliffor Holland  dan Fred Ecker akan  menulis  setiap hari  di atas kertas notanya 'Pekerjaan yang perlu dibuat hari ini '

Pengalaman saya dengan cara ini memang berkesan. Cuma untuk minggu pertama memang okay.. tapi sikap saya yang sering terlupa bawa nota buat teknik ni tak berkesan.

Oleh itu, saya muat turun applikasi telefon yang membolehkan saya guna cara ni.

Sebenarnya banyak juga applikasi telefon pintar yang berlumba-lumba untuk buat apps ni untuk meningkatkan produktiviti dan kurangkan kerja bertangguh.

Antara apps kegemaran saya ialah Any.do dan Todoist

Any.do terlalu ringkas dan agak minimalist. Setelah mengunakannya beberapa bulan, saya putuskan untuk mencuba Todoist.

Mahukah anda mempunyai alat yang sentiasa berada di belakang dan mengingatkan anda ke arah cemerlang untuk memperolehi cita-cita anda dalam kehidupan?


Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, Sila share kepada rakan-rakan anda :)