Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1


Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
| Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantiketuntukmati

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantiketuntukmati dan erti kata lain kanser bukan bermakna kematian.

Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut.

Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Siapakah Zaki?


Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak.

Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014.

Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak ketika ingin bertolak ke Sabah


'' Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. "

'' Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. "

Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari - Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook, Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengelilingi Kepulauan Sabah dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula.

Sepanjang perjalanan beliau, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihatin dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. 


Allhamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !


Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM 1

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Jelajah Borneo Dengan RM1

Sekiranya anda ingin ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, anda boleh  follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda.

Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Beliau perlukan sokongan kita untuk meneruskan misinya.

Kalau-kalau nampak beliau, jangan pula malu dan segan untuk menghulurkan bantuan.

Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima.

Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Mari kita bersama-sama support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantiketuntukmati.


Segala pertanyaan atau bantuan yang ingin di salurkan (mana tahu beliau singgah perkampungan kamu) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM dekat facebook Zaki Bijak.

Kongsikan Inspirasi

Dengan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan kepada Zaki Bijak iaitu Unni Anje, Sabahan Blogger, AFBians dan geng blogger yang lain.

Artikel sebelum ini : Rezeki akan lebih murah jika lakukan amalan ini