Percayakah anda penulis blog mampu meraih pendapatan ratusan dan juga ribuan ringgit setiap bulan? Bagaimanakah mereka menjana pendapatan dari blog?
Untuk mendapat pendapatan daripada blog, ianya perlu berperingkat dan melalui pelbagai sumber. Maksud berperingkat ialah, fokus pada matlamat yang logik dan sederhana dahulu. Sebagai contoh, tetapkan matlamat untuk mendapat income sebanyak RM 1. Baru la naikkan matlamat anda kepada RM 10, lepas tu RM 50 dan seterusnya.
Matlamat yang terlalu besar seperti mahu jana RM 2000 sebulan untuk kali pertama dengan blog tidak salah, cuma akan menyusahkan anda dan membuat anda cepat mengalah. Menjana RM 1 pertama adalah sangat penting kerana ia akan memotivasikan anda untuk meneruskan ke peringkat selanjutnya.
Bagaimanakah Mengunakan Blog Untuk Mendapatkan Wang?
1. Melalui Pengiklanan
Dengan traffik yang datang ke blog, anda boleh sewakan ruangan iklan kepada orang lain. Maksudnya, orang akan membayar anda sekiranya anda meletakkan iklan mereka di dalam blog anda. Selain itu anda juga boleh mendaftar dengan medium pengiklanan online seperti :
dan banyak lagi.
Setiap views dan klik kepada iklan yang tersebut boleh menjana pendapatan.
2. Melalui Produk
Anda boleh membuat dan menjual produk anda sendiri. Pendapatan melalui produk sendiri merupakan pendapatan yang agak mengancam dan padu sekiranya kena pada caranya seperti promosi produk secara konsisten. Antara produk yang boleh anda sediakan ialah ebook, vcd, dvd, audio mp3, buku bercetak, khidmat nasihat, servis perkhidmatan dan ebagainya.
3. Melalui Program Affiliate
Tiada produk? Jangan risau. Anda boleh mendaftar dengan Program Affiliate. Program affiliate bermaksud kita sebagai agen akan mempromosikan produk pihak lain dan akan mendapat bayaran jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate kita.
Lebih banyak anda jual, lebih banyak komisen dan biasanya komisen yang diberikan adalah sebanyak 30% hingga 50%. Ada juga yang menawarkan komisen sebanyak 70%.
Lebih banyak anda jual, lebih banyak komisen dan biasanya komisen yang diberikan adalah sebanyak 30% hingga 50%. Ada juga yang menawarkan komisen sebanyak 70%.
Sekiranya 1 produk yang berharga RM100 dan komisen yang ditawarkan ialah 50% , anda akan dapat RM50 untuk 1 produk yang berjaya dijual.
Antara Program Affiliate yang popular di Malaysia ialah :
4. Melalui Review Produk
Ramai blogger yang mempunyai kredibiliti dalam penulisan blog sehingga ada syarikat sanggup membayar RM 50 hingga RM 350 untuk blogger meletakkan review dalam blog. Membuat duit melalui penulisan review bukan saja membolehkan blogger menjana pendapatan tetapi mengasah bakat dan skill penulisan.
Antara platform yang menyediakan perkhidmatan penulisan review ialah Advertorial.my
NOTA TAMBAHAN :
Membuat duit dengan blog bukanlah perkara mudah. Ianya perlu usaha berterusan. Ianya ada cabaran tersendiri. Fokus dan jangan mudah putus asa. Sentiasa menambah ilmu dan cekal, pasti berjaya :)
Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk buat duit online dengan blog. Ada yang dapat income 4 angka dan ada juga yang langsung tiada. Ianya bergantung pada sepenuhnya pada usaha.
Usaha, konsistensi dan tahan lasak antara kuncinya.
Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk buat duit online dengan blog. Ada yang dapat income 4 angka dan ada juga yang langsung tiada. Ianya bergantung pada sepenuhnya pada usaha.
Usaha, konsistensi dan tahan lasak antara kuncinya.